29 July, 2010

AMBANG RAMADHAN

Hayatilah ayat-ayat hikmah al-Quran menjelang Ramadhan al-Mubarak. Ia suatu kekuatan bagi menghadapi program mengimarahkan ibadat sepanjang Ramadhan bagi umat yang bertakwa.

Al-Baqarah 183 - “Wahai orang-orang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa, sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelumkamu, agar kamu bertakwa.”

Al-Baqarah 185 – “Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Qur'an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan perbezaan (antara yang benar dan yang salah)."

Sabda Nabi SAW – Riwayat Ahmad: “Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan;
1.Bulan yang diberkati.
2.Allah memerintahkan berpuasa di dalamnya.
3.Dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka
4.dan dibelenggu segala syaitan.
5.Dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebajikan malam itu, bererti telah diharamkan baginya segala rupa kebajikan”.

Atas kelebihan ini, Nabi Muhammad SAW menyambut Ramadhan dengan ucapan “Marhaban Ya Ramadhan” tidak “ahlan wasahlan” kerana bulan Ramadhan perlu disambut dengan mengimarahkan sepanjnag bulan itu dengan amal ibadat.

Sekarang kita dalma Sya'aban tinggal 13 hari lagi kepd 1 Ramadhan (11 Ogos 2010).
Ayuh sejenak berfikir bagaimana amalan Ramadhan berupaya memperkasa perjuangan menghadapi masa depan selepas 20 tahun Membangun Bersama Islam ini.
1.Ramadhan – kawal nafsu … apa hikmah mengawal nafsu? … tidak kebendaan menjadi matlamat.
2.Tingkat ibadat – giatkan program perjuangan … kukuhkan sumbangan parti dan persediaan dalaman berhadapan ancaman luaran.
3.Impian syurga, elak Neraka … buat baik kpd semua.
4.Kenali musuh – syaitan yang menghasut … elak pemfitnah sanggah fitnah.
5.Berjuang lebih banyak pahala dibanding tidak masuk jemaah.

Sekian, wallahu’alam.

No comments: