Keputusan kutipan pendapat menerusi “SMS” anjuran NTV7 menunjukkan majoriti tidak bersetuju menerima semula Zulkifli Nordin menyertai PAS. Maka, tiada parti untuk Zulkifli Nordin!!
Keputusan itu diperoleh oleh NTV7 menerusi siaran berita Edisi 7 pada petang 9 Mac, 2010, jam 7.00-7.30 malam adalah berpandukan persoalan: WAJARKAH PAS TERIMA SEMULA KEMASUKAN AHLI PARLIMEN KULIM-BANDAR BARU ZULKIFLI NORDIN.
Keputusannya mendapati pihak penonton menghantar jawapan pilihan A = Ya berjumlah 37% dan pilihan B = Tidak berjumlah 63%. Pilihan Ya bermaksud bersetuju atau wajar dan pilihan Tidak bermaksud tidak setuju atau tidak wajar menerima semula ahli parlimen Kulim-Bandar Baru (K-BB) itu menyertai PAS.
Jawapan yang diumumkan pada penghujung siaran berita itu jelas membuktikan warga penonton menolak feel wakil rakyat yang dipecat untuk menyertai PAS. Ia jelas apabila 63% adalah mewakili majoriti menganggap feel itu tidak wajar untuk diterima semula menyertai PAS.
Walau bagaimanapun, kes ahli parlimen K-BB itu tidak sama dengan kes tiga lagi ahli parlimen KeADILan bagi parlimen Bayan Baru, Nibong Tebal dan Bagan Serai. Tiga ahli parlimen itu dikatakan menghadapi persoalan peribadi dengan parti dan pemimpin mereka.
Persoalan itu dilihat begitu tenat untuk diselesaikan, kerana ia melibatkan persoalan integriti, maruah dan kepentingan rakyat dan kerajaan. Melainkan mereka keluar dari parti yang memberikan simbol dalam pilihan raya lepas. Tiada lagi terima kasih kepada parti, apabila pemimpin yang menguruskan parti itu tidak dapat menyelesaikan persoalan mereka. Marah kepada pemimpin, marah juga kepada parti, jadilah wakil rakyat yang berparti sendiri-sendiri.
Demikian jugalah dengan sikap diambil oleh ahli parlimen K-BB, apabila sikap Islamiknya mengatasi keputusan parti. Parti menegurnya atas tindakan mengkritik ahli parlimen Shah Alam mengenai isu kalimah Allah. Maka, boleh dikatakan sikap Islamiknya itu hanya sesuai untuk kepercayaan diri sendiri yang tidak layak dikongsi oleh pemimpin dan rakan separti yang lain . Sikap itu tidak sesuai diterapkan dalam KeADILan, mahupun Pakatan Rakyat. Layaklah parti memecatnya.
Apakah sikap ahli parlimen K-BB, Bayan Baru, Nibong Tebal, Bagan Serai dan tidak dilupakan Pasir Mas sesuai dipelawa menyertai parti lagi. Rasanya, biarlah mereka mencapai impian ’kuasa’ dengan kebebasan masing-masing:
Semoga Tuhan Yang Esa menetapkan pendirian para hamba-Nya yang bertekad berjuang di atas syariat-Nya.
No comments:
Post a Comment