Hari ini (8 Mac 2010) genap dua tahun usia Pakatan Rakyat (Pakatan). Usianya dihitung dari tarikh pilihan raya umum 2008 yang mencatatkan kemenangan berangsang tanda sambutan baik sokongan rakyat. Tarikh itu juga pentng dikenang kerana Pakatan berjaya membentuk kerajaan berteraskan pilihan raya rakyat berikutan kemenangan besar di Kelantan, dan membentuk kerajaan baru di Perak, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.
Namun, di sebalik sinar harapan rakyat itu, ketika di perjalanan kerajaan negeri, pada 5 Februari 2009 kerajaan Pakatan di Perak telah ditumbangkan melalui rancangan kotor (konspirasi rampasan kuasa). Ia adalah suatu rancangan merampas kuasa rakyat yang memberi kuasa kepada Pakatan memerintah. Kuasa rakyat telah dirampas dan disahkan pula oleh mahkamah pada 9 Februari lalu. Ia suatu pendekatan undemocratic dalam era pendemokrasian global tajaan Barisan Nasional (Barisan) era kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Segala-galanya bermula daripada sikap wakil rakyat Pakatan sendiri yang silap langkah mendedah diri dengan kes yang mendorong melompat parti. Mungkin kerana tiada pengalaman menjadi wakil rakyat-exco-pemimpin kerajaan, lalu mudahnya mereka diperangkap, dipujuk dan diugut. Lantaran itu, tiada pilihan melainkan menyokong Barisan, meskipun terpaksa menggulingkan sebuah kerajaan yang sama-sama didukung.
Gejala wakil rakyat tersebut berulang dan sedang mengalun arus perjuangan Pakatan sepanjang dua tahun ini. Ia merakamkan cerita feel politik 'katak lompat', 'ular salin kulit' dan 'ananiyah' wakil rakyat dan pemimpin kanan Pakatan. Kunci segala-gala feel itu adalah 'tiada integriti politik' dan 'penting diri' serta rakyat dianggap alat mencapai kuasa!!
Maka, sejarah mencatatkan nama-nama wakil rakyat yang 'bertitik hitam' di hatinya. Sekiranya skala Pakatan dijadikan piawai timbangan dan bukti kukuh, mungkin boleh diterima jika dicatat wakil rakyat yang memudaratkan harapan rakyat: adun-adun - Behrang, Changkat Jering, Jelapang - mereka ini 'auta' rakyat. Selain itu, beberapa ahli parlimen yang mengisytihar diri sebagai 'bebas' adalah antara wakil rakyat yang 'penting diri' dan tak ngam lagi dengan Pakatan.
Apapun renungilah perutusan Tok Guru Nik Abdul Aziz sempena dengan dua tahun usia Pakatan. Antara lain Tok Guru meakamkan, "...sukacita kiranya para pemimpin dan pendukung perjuangan Pakatan Rakyat dapat menguatkan lagi tekad ke arah membina perpaduan dan persefahaman serta keyakinan agar terus utuh di atas prinsip keadilan untuk semua rakyat. Ini kerana prinsip tersebut adalah sejajar dengan ajaran Islam yang mengutamakan keadilan untuk semua kaum di negara."
"Semoga amalan dan kebajikan yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa taala. Panjang usia Pakatan Rakyat, panjanglah keadilan untuk semua rakyat."
Semuga Tuhan Yang Esa merestui kehendak rakyat untuk menyaksikan perubahan politik Negara, dan berlakunya keadilan sebenar dalam negara merdeka.
No comments:
Post a Comment