15 September, 2021

Politik pentadbiran yang sering panas - Bahagian 3

Pada 18 Ogos lalu, Negara menyaksikan  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disahlakn sebagai Perdana Menteri ke-9,. Pengesahan itu tidak berlaku secara undian di Dewan Rakyat, tetapi menerusi surat akuan bersumpah (statutory declaration) yang dipersembahan kepada Yang Dipertuan Agong. Kemudian pada  Sabtu, 21 Ogos 2021, majlis angkat sumpah menerima jawatan telah disempurnakan di Istana Negara di hadapan Yang Dipertuan Agong. 

Perlantikan Ismail Sabri merupakan Perdana Menteri ke-9 dalam siri Negara, dan yang ke-3 dalam tempoh penggal Parlimen ke-14 selepas Pilihan Raya Umum ke-14 yang bermula pada Mei 2018. Ketika itu Perdana Menteri ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad daripada Pakatan Harapan. Kemudian pada Mac 2020, Tan Sri Muhyiddin (Mahiadin) Md. Yasin (Perikatan Nasional) pula menggantikan Dr. Mahathir. 

Dalam konteks politik kerajaan, Ismail Sabri merupakan Perdana Menteri yang memperolehi dukungan Ahli Parlimen daripada pelbagai parti daripada empat kumpulan kerjasama, iaitu Barisan Nasional, Perikatan Nasional, Gabungan Rakyat Sabah dan Gabungan Parti Sarawak. Justeru selayaknya politik kerajaan era Ismail Sabri dipanggil Kerajaan Campuran Gabungan (Mix-Coalition Government). 

Perlantikan Ismail Sabri adalah solusi kepada politik kerajaan yang sentiasa panas. Dua Perdana Menteri sebelum ini telah meletak jawatan ekoran daripada hilang kepercayaan majoriti Ahli Parlimen. Dr. Mahathir hilang majoriti ekroan daripada keputusan Parti Bersatu memutuskan keluar daripada Pakatan Harapan dan diikuti pula 11 Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat turut mengisytiharkan keluar daripada Pakatan Harapan. 

Muhyiddin pula hilang majoriti apabila berlaku perselisihan dengan kepimpinan UMNO sehingga membawa kepada 15 Ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan. 

Sementara Ismail Sabri (UMNO) yang baharu dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dipersetujui sebagai Perdana Menteri setelah mendapat kepercayaan majoriti tipis sebanyak 114 daripada 220 Ahli Parlimen (sepatutnya bilangan sebenar 222, tetapi berlaku dua kematian tanpa ganti berikutan kematian berlaku dalam tempoh Darurat - tiada keperluan mengisi kekosongan). 

      

No comments: