Meneliti Kronologi - Siri 1
Kewujudan Kluster PUI Sivagangga menyebabkan kebimbangan baharu melibatkan zon utara Wabak COVID-19. Ia mula bertapak di Kubang Pasu Kedah dan terkini sampai ke Perlis dan Pulau Pinang. Oleh tu, fahami Kluster PUI Sivagangga ini dari sudut kronologinya.
Pada 26 Julai 2020, terdapat 13 kes baharu yang telah dilaporkan. Tiga (3) kes daripadanya adalah
kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan seorang
(1) warganegara Malaysia dan dua (2) bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke
Malaysia. Tiga (3) kes import tersebut adalah dari negara: Pakistan (1 kes di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); Kazakhstan (1 kes di Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur); dan Indonesia (1 kes di Kelantan). Sehingga 26 Julai, memang
belum ada kes import daripada India yang melibatkan Negeri Kedah.
Pada 27 Julai 2020, terdapat tujuh (7) kes baharu yang telah dilaporkan. Empat (4) kes daripadanya
adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan
tiga (3) warganegara Malaysia dan satu (1) bukan warganegara yang berkahwin
dengan rakyat Malaysia. Empat (4) kes import tersebut adalah dari negara: Pakistan
(1 kes di Sabah); Rusia (1 kes di Selangor); Australia (1 kes di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur); dan Indonesia (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur). Ini bermakna pada 27 Julai, masih
belum ada kes import daripada India yang melibatkan Negeri Kedah.
Pada 28 Julai 2020, berlaku ledakan kes baharu penularanan Wabak COVID-19 dengan 39 kes baharu
yang telah dilaporkan. Daripada 39 kes,
didapati 11 kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar
negara yang melibatkan empat (4) warganegara Malaysia dan tujuh (7) bukan
warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia.
Terdapat 11 kes import tersebut adalah dari negara: Arab Saudi (1 kes di
Sabah); Ireland (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); Korea Selatan (2
kes: 1 kes di Sarawak dan 1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); India
(1 kes di Kedah); Rusia (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
Amerika Syarikat (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); Amerika Selatan
(1 kes di Sarawak); United Kingdom (2 kes di Sarawak); dan Filipina (1 kes di
Wilayah Persekutuan Labuan). Daripada 28 kes penularan di dalam negara, 22 kes
adalah dalam kalangan warganegara Malaysia dan enam (6) kes adalah dalam
kalangan bukan warganegara Malaysia.
Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara dalam kalangan warganegara
Malaysia (22 kes) adalah: Sarawak 19 kes: Tujuh (7) kes daripada Kluster
Sentosa; Empat (4) kes daripada Kluster Kejuruteraan Kuching; Empat (4) kes
daripada Kluster Satok. Kluster ini diperincikan melibatkan; Satu (1) kes
daripada Kluster Mambong; Satu (1) kes daripada Kluster PUI Melbourne; Satu (1)
kes saringan pemantauan di pintu masuk lapangan terbang. Beliau tidak bergejala
dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak; Satu (1) kes saringan kendiri.
Beliau tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak; Sabah dua
(2) kes saringan pesakit berisiko tinggi, iaitu satu (1) kes di Hospital Wanita
dan Kanak-Kanak Sabah; Satu (1) kes di Hospital Lahad Datu; Kedah satu (1) kes daripada Kluster PUI
Sivagangga. Kluster ini kemudian menyumbang kepada kes jangkitan dalam
negara (6 kes) dalam kalangan bukan warganegara pula, iaitu empat (4) kes daripada Kluster PUI
Sivagangga. Ini bermakna mulai 28 Julai, Kluster Sivagangga mula muncul di
Kedah.
Ini disahkan KKM iaitu dua (2) buah kluster baharu yang telah dikenalpasti pada
28 Julia, iaitu pertama Kluster PUI
Sivagangga, India dan kedua Kluster Satok, Sarawak.
1.
Kluster PUI Sivagangga, India : Kes indeks kluster ini merupakan seorang
pemastautin tetap yang telah pulang ke Malaysia dari negara India pada 13 Julai 2020 (iaitu kes ke-8,937).
Saringan COVID-19 di Pintu Masuk Antarabangsa KLIA didapati negatif. Individu
berkenaan kemudian telah menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di
Rumah (HSO) namun didapati tidak mematuhi syarat perintah tersebut. Selepas
itu, saringan ulangan dibuat dan didapati positif dan dimasukkan ke Hospital
Sultanah Bahiyah, Kedah. Susulan itu, aktiviti pengesanan kes secara aktif
(Active Case Detection) dan saringan
kontak rapat telah dijalankan.
Sehinggalah pada 28 Julai 2020,
28 kontak rapat dengan individu dari Sivagangga itu telah disaring dan mendapati
Lima (5) dikesan positif COVID-19; dan 23 negatif. Ia menjadi kes indeks
merupakan seorang pemilik kedai makan yang didapati menjangkiti empat (4)
orang pekerja kedai tersebut yang didapati positif dan merupakan bukan
warganegara, manakala seorang (1) lagi adalah ahli keluarga kepada kes indeks.
Kesemua kes positif ini berkongsi tempat kediaman dengan kes indeks. Premis kedai
makan tersebut telah ditutup bagi proses pembersihan dan nyah kuman dibuat.
2. Kluster Satok pula dikesan di sebuah pasar
di Satok, Kuching berikutan saringan COVID-19 telah dijalankan di pasar
tersebut. Pada 28 Julai 2020 sebanyak 229 orang peniaga telah disaring,
didapati Empat (4) dikesan positif COVID-19 dan 225 negatif. Kesemua kes
positif adalah tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak
untuk rawatan. Aktiviti pencegahan dan kawalan jangkitan di pasar tersebut
dilaksanakan termasuk proses pembersihan dan nyah kuman bagi premis dan
kemudahan yang berkaitan.
Pada 29 Julai 2020, terdapat 13 kes baharu
yang telah dilaporkan melibatkan lapan (8) kes adalah kes import yang telah
mendapat jangkitan di luar negara, iaitu empat (4) warganegara
Malaysia dan empat (4) bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia.
Lapan (8) kes import tersebut adalah dari negara: United Kingdom (2 kes di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); India (2 kes di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur); Filipina (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); Pakistan (1 kes
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); Gambia (1 kes di Selangor); dan Ukraine
(1 kes di Selangor).
Seterusnya, daripada lima (5) kes penularan di dalam negara, tiga (3) kes
adalah dalam kalangan warganegara Malaysia dan dua (2) kes adalah dalam kalangan
bukan warganegara Malaysia. Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara dalam
kalangan warganegara Malaysia (3 kes) adalah : Johor satu (1) kes saringan di
tempat kerja (iaitu sign-off kapal); Sarawak satu (1) kes daripada Kluster
Sentosa; Sabah satu (1) kes saringan bergejala di Hospital Queen Elizabeth,
Kota Kinabalu.
Bagi kes jangkitan dalam negara (2 kes) dalam kalangan bukan warganegara adalah Sarawak satu (1) kes daripada Kluster Mambong; Perlis satu (1) kes saringan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sebelum dipindahkan ke Depot Tahanan Imigresen Kangar. Maka pada 29 Julai, tidak ada kes yang berlaku akibat Kluster PUI Sivagangga. Apa yang ada ialah muncul Kluster Sentosa Sarawak, iatu daripada kapal berlabuh.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment