Menjelang usia 30 tahun akhbar
rasmi Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Harakah kini kekal tampil sebagai sebuah
akhbar berkala yang menjadi penyambung bicara dengan masyarakat awam, khususnya
dalam khalayaK Ahli PAS.
Mengharungi liku-liku arus media
massa yang sentiasa dihimpit dengan pengaruh media baru berorientasikan
jaringan internet dan olahan berita maya, ternyata Harakah masih di persada
massa dari sudut peranannya sebagai akhbar parti. Peranannya yang amat besar
dalam memajukan perjuangan PAS ke dada masyarakat. Perjuangan PAS dengan misi damai
dan sejahtera ke arah pembentukan cara hidup Islam, maka Harakah tetap memilih
jalan pemberitaan damai. Ia sesuai dengan fungsi Harakah yang menyampaikan
berita secara informasi, mendidik dan membujuk (persuasive).
Akhbar nasional dan Kelantan
Bergerak dengan fungsi-fungsi
pemberitaan sedemikian, maka Harakah telah mempersembahkan pemberitaan yang
bernilai dalam memartabatkan perjuangan PAS sebagai sebuah gerakan Islam.
Berbekalkan taglinenya ‘Membangun Bersama Islam’ sekaligus terkandung nilai berita
yang menyebelahi kerahmatan Islam sebagai sistem hidup yang progresif
berpaksikan sistem Islam. Lebih-lebih lagi, tagline tersebut amat bernilai
kerana ia menerima pakai tajuk bagi dasar Kerajaan Negeri Kelantan,
satu-satunya negeri yang ditadbir oleh PAS yang utuh semenjak tahun 1990.
Sesuailah Harakah dinamakan
sebagai akhbar nasional bagi PAS dan pada masa sama juga merupakan akhbar untuk
Negeri Kelantan. Ini kerada daripada sudut nilai Harakah itu sendiri adalah
sebahagian daripada pemberitaan yang menelusuri tahap-tahap pembangunan dan
pentadbiran Islam di Kelantan. Malah selama lebih 23 tahun Harakah sentiasa dilihat
bernilai sebagai akhbar Kelantan di dalam memuatkan kandungan pemberitaan yang tuntas
melaporkan peranan sosok tubuh tersohor Menteri Besar Kelantan era 1990-2013,
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat. Sosok pemimpin yang satu-satunya
menabur bakti untuk perjuangan Islam dan sekaligus selaku Ketua Negeri Serambi
Mekah. Kini pasca pilihan raya umum 2013, ruang pemberitaan sosok tubuh itu
diisi pula dengan peranan Ustaz Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan yang
merupakan penerus legasi Kepimpinan Ulama di Negeri Kelantan.
Justeru itu, kandungan
pemberitaan Harakah terus utuh di atas prinsip perjuangan damai (silmi) yang
dilihat berjaya mendekatkan isu-isu perjuangan siasah syar’iyyah yang menjadi
tonggak kekuatan perjuangan politik-dakwah PAS. Maka di atas prinsip perjuangan
damai inilah berlakunya peranan Harakah sebagai sumber berita yang mendamaikan
para pencinta kehidupan Islamis di Negeri Serambi Mekah itu.
Jauh sama sekali bagi Harakah
untuk melaporkan berita yang bernilai konflik mahupun provokasi. Sebaliknya pendirian
Harakah sentiasa mengutamakan keilmuan menerusi penerbitan isu dan peristiwa
yang mendekatkan jemaah dengan warga pembaca kalangan Ahli PAS. Ia turut
mengundang minat para pembaca awam yang sukakan pemberitaan alternatif kepada
akhbar milik kerajaan. Justeru tidaklah pelik jika dikatakan para pembaca
Harakah juga terdiri daripada individu yang bukan Ahli PAS.
Apa yang menarik lagi,
petak-petak kandungan dalam pemberitaan Harakah adalah bersifat complexity
dan compulsory. Complexity
daripada segi keilmuan yang berpandukan minda kepimpinan PAS yang menghidangkan
pelbagai sudut fikrah yang boleh melengkapkan nilai-nilai berita dan peristiwa
aktiviti PAS di seluruh negara. Di samping turut menyiarkan berita-berita dari
sumber agensi berita milik kerajaan (khususnya BERNAMA), lantaran keterikatan
Harakah dengan syarat kelulusan permit penerbitan. Namun Harakah tetap dianggap
akhbar parti dan syarat permitnya hendaklah untuk ahli PAS sahaja.
Cabaran survivability
Dalam meneliti fungsi dan prestasi Harakah itu sudah
tentu terdetik di hati bagi mendoakan agar akhbar kesayangan ahli PAS ini terus
relevan sesuai dengan arus kontemporari. Walaupun himpitan pengaruh media baru
kini memungkin kitaran pemasaran yang merundum, maka Harakah seharusnya dapat
mengimbangi fungsinya agar seiring dengan minat dan trendy kalangan pembaca
yang sekarang ini banyak merujuk kepada berita di hujung jari. Apa yang pasti pendekatan baru Harakah berkonsepkan
e-paper, online daily (Harakahdaily) dan penjualan Kad Istiqamah
kepada warga pembacanya sedikit sebanyak telah dapat memenuhi selera sesetengah
pembaca yang jemu membelek Harakah edisi cetak.
Namun begitu, inisiatif kempen ke
arah meningkatkan jumlah pembaca dan kuantiti jualan telah diperkasa. Antaranya
dengan memperkenalkan kempen 3B (Beli, Baca dan Beri) ia telah berjaya
mengekang titik merundum kuantiti pengedaran dan jualan. Malahan menerima
kempen satu Harakah satu keluarga PAS pula telah berjaya meningkat pembelian
atas nama PAS Kawasan dan pihak PAS Kawasan kemudiannya mengagihbaca kepada
ahli PAS di peringkat Cawangan.
Harakah tidak berkubur
Demikian pula, Harakah tidak
mungkin berkubur dalam arus ledakan maklumat yang bersifat bestari berikutan
keputusan Kerajaan Negeri Kelantan yang membeli dan mengagih kepada Pusatt
Khidmat Dun (Wakil Rakyat ). Justeru 45 Pusat Khidmat Dun telah menyambung
peranan Harakah dalam menyampaikan maklumat aktiviti PAS di seluruh negara.
Oleh sebab itu, isi kadungan Harakah telah ditambah dalam ruangan berita hal
ehwal Kelantan. Langkah tersebut amat tepat di dalam usaha memugar emosi ahli
PAS dalam mengikuti apa yang berlaku dalam tempoh seminggu.
Ternyata fungsi dan konsentrasi
pemberitaannya memerlukan nilai berita yang bersifat evergreen dan forever
serta dapat melebar, malah menebalkan persetujuan masyarakat kepada PAS sebagai
parti pilihan yang tepat. Semoga Allah memelihara survival Harakah sebagai
pembawa misi damai untuk terus maju mengatur perjuangan Islam agar diterima
oleh majoritit masyarakat Malaysia.
No comments:
Post a Comment