1. Terdapat pihak yang
begitu teruja menjadikan AKP sebagai sandaran untuk politik PAS di bumi
Malaysia. Bagaimana keputusan Pilihan Raya terbaru ini menjadi pengajaran
bahawa hakikatnya pendekatan AKP itu bukan jaminan sokongan kekal?
Pertama syabas kepada kepimpinan AKP kerana masih menjadi parti dominan meskipun berlaku kemerosotan popularitinya sebanyak 8.96% berbanding pilihan raya sebelumnya tahun 2011. Dulunya 49.83% sekarang 40.87%. Ia suatu prestasi merundum selepas Ahmet Davutoglu mengambil alih daripada Recep Tayyip Erdogan pada Ogos 2014.

Ini bermakna penguasaan dan
pendekatan politik sesebuah parti itu bukan jaminan pengekalan dominasi. Ia
sudah tentu meletakkan AKP bukan memiliki kunci kuasa mutlak seperti juga BN di
negara kita.
Meskipun umumnya mengetahui
AKP bersikap lebih terbuka berbanding parti lainnya tatkala pada awalnya
diterima sebahagian besar rakyat Turki. Namun disisi rakyat Turki, AKP sentiasa
dilihat bersifat conservative democracy dan dirasakan paling relevan
dalam struktur sosiopolitik Turki kini. Tetapi harus diingat semasa atau
menjelang pilihan raya ada isu-isu yang boleh rakyat mempersoalkan untuk tidak
mengundi lagi AKP. Inilah pengajaran harus diambil perhatian, iaitu aspek
pendekatan dan kerelevanan isu yang berbangkit memungkinkan penilaian semula
sokongan oleh pihak rakyat.
2. Apakah analisis terhadap kecenderungan pengundi berdasarkan keputusan tersebut? Setelah AKP menerajui Kerajaan Turki selama beberapa penggal, mengapa ia mendapat keputusan seperti itu?
AKP ditubuhkan tahun 2001 hasil daripada simpang siur politik, perundangan dan sistem Kemalisme yang terlalu sekular. Sebelum itu Parti Refah dan Fazilet Partisi seagai landasan pemimpin yang memperjuangkan idealisme mesra Islamis. Pengharaman kedua-duanya membawa kepada pemimpin aliran sederhana menubuhkan AKP.

Latar sejarah ini cukup
mendidik kepimpinan AKP memahami selera rakyat Turki yang sekian lama tertekan
di bawah Kemalisme. Sesuai dengan kepimpinannya yang menggabungkan tokoh dan
aktivis Islamis, aliran kiri dan aktivis NGO, maka gandingan tiga pihak ini
telah membentuk sambutan baik rakyat. Sewajarnya AKP pada permulaannya rakyat
menyokong.
Namun begitu keputusan pilihan raya terbaru adalah ujian dari komitmen serta prestasi yang memungkin penilaian semasa rakyat, khususnya pengundi yang tidak berpuas hati serta masih tertekan dengan dasar dan tindakan politik di bawah kuasa AKP. Paling mudah diperhatikan ialah kemerosotan pengaruh AKP di bahagian Tenggara Turki dan kemunculan sokongan terhadap Parti Demokrtik Rakyat (People’s Democratic Party, HDP) diketuai tokoh wanita Selahattin Demirtaş, bekas calon presiden pada pilihan raya presiden yang lepas. Antaranya kerana dikatakan rancangan kuasa AKP yang tidak popular di wilayah Puak Kurdis, lalu HDP dikatakan pilihan pengundi Kurdis yang meraih 13.12% atau 79 kerusi parlimen. Ia suatu lonjakan besar (7.45%) berbanding sebelumnya hanya meraih 5.67%.

Cabaran yang sama diterima
daripada parti pesaing tradisi AKP, iaitu dari Parti Pergerakan Kebangsaan
(Nationalist Movement Party, MHP) yang turut bertambah sokongan (3.28%) dari
sebelumnya hanya 13.01% telah meningkat kepada 16.29% pada pilihan raya baru
lalu. Apabila dilihat kepada peningkatan sokongan kepada dua parti ini (MHP dan
HDP) sudah berjumlah 10.73% atau bersamaan 59 kerusi parlimen daripada 550
kerusi. Di sinilah (yakni di wilayah dimenangi MHP dan HDP) menyaksikan AKP
mengalami kemerosotan sokongan 53 kerusi, iaitu dulunya AKP menguasai 311 dan
telah merosot kepada 258. Sekaligus menggagalkan sasaran 330 kerusi bagi
membolehkan penguasaan dua pertiga.
Ada pandangan yang menilai kemerosotan AKP kali ini kerana tidak popularnya pendekatan terhadap tuntutan pemberontak Kurdis yang digerakkan oleh Partiya Karkeren-I Kurdistan (Parti Buruh Kurdis, PKK) bersifat militia Muslim tetapi pro Marxis. PKK lebih dikenali sebagai sebuah parti politik yang memperjuangkan penentangan secara revolusi dengan bermatlamatkan penubuhan negara Kurdistan. Namun PKK tidak dapat menyertai pilihan raya, maka dalam pilihan raya lalu mereka berpihak kepada HDP.
3. Kononnya AKP sebelum ini dikatakan berjaya mendapat sokongan walaupun tidak memperjuangkan syariat dan menjadikan ulama sebagai teraju. Bahkan pemerintahannya berjaya mencapai lonjakan ekonomi selain populariti antarabangsa diraihnya. Jadi, apakah faktor kemerosotannya?
Sebagaimana sejarah pembentukan AKP dan persimpangan pandangan politik demokrasi antara kumpulan Islamis ketika pemimpian AKP bersama-sama Parti Refah, asasnya antara moderate dengan conservative berhadapan dengan kekangan sistem sekular Kemalisme. Maka AKP berjaya setelah mengambil jalan moderate dengan menzahirkan imej Islamis. Meskipun begitu secara tersirat ia diketahui, terutama setelah AKP berkuasa beberapa dasar mesra Islam telah dibuat. Ia berjaya menarik golongan demokratis liberal dari asuhan Barat, tambahan pula pendekatan ekonominya yang cuba menyertai Kesatuan Eropah (EU) dan mengamalkan diplomasi yang tegas terutama di dalam isu-isu hak asasi termasuk isu Palestine dan pelarian kaum minoriti. Tetapi di dalam pilihan raya lalu ada beberapa isu diamali dan ditangani oleh AKP yang tidak mesra nilai-nilai universal dan liberal itu sendiri. Antaranya ialah yang utama isu penyelesaian tunutan pemisah Kurdish di sempadan Turki-Iraq, lahirnya pengaruh Gerakan Gulen dalam sistem politik dan undang-undang Turki, kebetulan pula berlaku kelembapan ekonomi. Terheret sama isu pembunuhan Özgecan Aslan dan Bencana Soma 2014, tuntutan hak minoriti Kurdis dan minoriti Alevi, dan menjelang pilihan raya Presiden Recep Tayyip Erdogan turut mengadakan perhimpunan kontroversi dan terbuka yang mencetuskan idea sistem presiden yang berkuasa penuh berbanding sistem parlimen.

Diburukkan lagi oleh
beberapa isu sebelumnya seperti protes anti-kerajaan Gezi Park tahun 2013 dan
dakwaan skandal rasuah kerajaan tahun 2013 yang terseret sama ahli politik AKP.
Begitu pula dasar luar AKP mengenai Perang Saudara Syria dan Kebangkitan Negara
Islam Iraq dan Levant. Diikuti pada akhir 2014, isu pengepungan bandar Isil
membawa kepada rusuhan berdarah di Tenggara Turki. Ia menyebabkan kerajaan
meluluskan rang undang-undang kontroversi 'Keselamatan Dalam Negeri' yang
memberi kuasa yang besar kepada polis. Ini mengundang pihak pembangkang dan Kesatuan
Eropah menuduh AKP bertindak mesra 'ketenteraan dan negara polis’.
Serentak dengannya tercetus persepsi teruk dan rekod hak asasi manusia Turki
menurun ekoran pendekatan media dan internet. Ini menampakkan autoritarian
pihak kerajaan AKP atas kepentingan dominasi dan memberi modal kempen kepada
pihak pembangkang.
4. Jika perjuangan AKP dibandingkan dengan PAS dalam soal pendekatan dan dasar, apakah mana satu antara keduanya yang lebih meyakinkan?
Dari segi realitinya tidak boleh membandingkan PAS dengan AKP kerana sejarah, latar belakang dan waqi’ sosiopolitik masyarakat yang jauh berbeza. Cuma asas kesederhanaan yang dipamerkan seawal AKP bangkit dengan nilai-nilai khidmat serta melayani keperluan semasa rakyat berasaskan demokrasi agak praktkal untuk dikongsi sama oleh PAS. Maksudnya, ruang demokrasi dan kekangan sistem perundangan (perlembagaan) boleh diambil pengalaman. AKP boleh menguruskan kepentingan politiknya dengan sistem sekular Kemalisme bagi menatijahkan kebaikan terhadap orientasi Islamis. Maka PAS seharusnya lebih terbuka ruangnya dalam menguruskan kepentingan politik dalam memenuhi harapan rakyat meskipun ada halangan sosiopolitik majmuk dan halangan perlembagaan negara, terutama di dalam memartabatkan sistem perundangan dan kehakiman Islam. Dalam hal ini, amat menyakinkan bahawa PAS boleh maju kedepan sebagai parti Islamis dan boleh menjadi pilihan rakyat. Syaratnya pendekatan yang diambil hendaklah disesuaikan dengan kemajmukan dalam negara.
5. Bagaimana pula jika dibuat bandingan itu antara Kerajaan Kelantan pimpinan PAS dengan Kerajaan Turki pimpinan AKP?
Apa yang penting dilihat, atas nama Kerajaan Negeri Kelantan telah berlaku urustadbirnya secara Islamis sejak 25 tahun lalu. Berbeza dengan Turki, momokan daripada kerajaan AKP dilihat bercirikan Islamis sejak 10 tahun lalu, namun sistem yang mengawalnya tetap sekular dan Kemalisme. Di sini, kelihatan ruang untuk Kelantan mengukuhkan nilai-nilai Islam masih banyak, antaranya isu-isu penghayatan hidup beragama dan kebersihan serta kemakmuran ekonomi. Namun sistem federalisme yang tidak adil oleh penguasa Pusat semacam juga Perlembagaan Turki yang menyekat usaha Islamis oleh AKP. Keputusan pilihan raya terbaru Turki itu, turut menterjemahkan AKP berdepan dengan dilema dan cabaran yang nampaknya AKP turut memerlukan penyesuaian kembali pendekatan dan programnya berpandukan perubahan sokongan rakyat mutakhir ini.
Maka PAS di Kelantan boleh mengambil pengalaman Turki di dalam memenuhi program untuk rakyat yang bersifat kebajikan, kesejahteraan dan kemakmuran ekonominya. Ia termasuklah usaha pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah itu seharusnya diterjemahkan sebagai keperluan ke arah kesejahteraan dan kemakmuran serta keberkatan hidup rakyatnya. Tidak seharusnya Kanun Jenayah itu dilihat dari sudut hukuman yang bersifat fundamental semata-mata. Di samping melakukan pembaharuan ke arah mencetuskan harapan baru rakyat di dalam pembangunan sosioekonomi untuk masa depan.
Sekian.
Soal&jawab oleh Dr Wan Nik Wan Yussof, Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan.
1 Ramadhan 1436 = 18 Jun 2015.

No comments:
Post a Comment