Latar PRU-13
Pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) menyaksikan Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan penguasaan dua pertiga di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor.
Namun kecundang di Kedah.
Sementara belum kesampaian untuk menawan semula Perak yang kecundang kerana angkara lompat.
Begitu pula hampir berjaya menawan semula Terengganu.
Begitu pula Pakatan Rakyat dilihat belum kesampaian berlabuh di Putrajaya berikutan prestasi sederhana kalangan pengundi Melayu dan belum menggapai sokongan kuat kelompok Bumiptera di Sabah dan Sarawak.
Natijahnya Pakatan Rakyat sekadar meraih kemenangan 89 kerusi Parlimen yang belum cukup menguasi majoriti bilangan mudah sebanyak 112 daripada 222 kerusi. Ia masih kurang (tak cukup) lagi 23 kerusi untuk membuka kunci pejabat Putrajaya bagi mentadbir Kerajaan Pusat.
Bagi Pakatan Rakyat, jumlah kerusi yang dimenangi setakat 89 itu ada sebabnya. Justeru memahami sebab itu, ia terzahir menerusi beberapa siri himpunan yang dinamakan Black Out 505 anjuran beberapa NGO. Himpunan itu turut disertai sama pemimpin Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar yang bergandingan dengan Haji Mohamad Sabu dan Lim Kit Siang. Mereka telah menampilkan fakta dan hujah bagi menggambarkan pengurusan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) berlaku secara tidak demokratik.
Asas tidak demokratik itu dihujahkan berdasarkan kebobrokan SPR dalam menguruskan suatu perjalanan pemilihaan yang bersih, telus dan berintegriti. Ia tidak demokratik apabila berlakunya kes-kes yang tidak bersih, tidak telus dan tiada integriti.
Tidak bersih kerana masih berlambak nama pemilih dalam senarai pemnilih yang telah mati, tidak dikenali dan individu yang tidak wujud. Ia boleh disifatkan sebagai pengundi hantu.
Tidak telus apabila proses pengiraan undi yang keputusnnya diragui dari segi bilangan kertas undi, jumlah yang rosak, catitan Borang 14, proses undi pos dan pengundian awal serta penggunaan jentera kerajaan sebagai organ kempen Barisn Nasional.
Tiada integriti pula membabitkan secara langsung pihak tatkelola SPR. Terutama atas isu penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal yang membabitkan penafian Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPRsendiri. Sementara SPR pula tidak mampu melatih kakitangan yang cekap untuk mengendali beberapa urusan teknikal pilihan raya termasuk penentuan kertas undi rosak, keputusan yang lewat dan penguatkuasaan pasukan pemantau yang berat sebelah.
Kini rakyat bangkit, meskipun PRU-13 telah selesai. Petisyen pilihan raya turut dibuat oleh kedua belah pihak. Membuktikan pihak Barisan Nasional juga telah secara moral tidak dapat mengiktiraf integriti SPR. Ia dikuti dengan kebangkitan beberapa NGO yang melancarkan kempen Black Out 505. Kesemuanya membuktikan suatu reformasi sistem dan pengurusan pilihaan raya hendaklah dilakukan sebelum penggal pilihan raya ke-13 berakhir.
--- Rakyat harus dididik agar memahami roh pilihan raya yang Islamik.
No comments:
Post a Comment