Sebulan lepas, iaitu pada 27 November umat Islam menyambut 1 Muharam tahun baru Hijrah bagi 1433. Sementara pada 7 Safar pula bersamaan 1 Januari merupakan permulaan tahun Masehi 2012.
Hitungan kalendar Hijrah (hitungan peredaran bulan) untuk umat Islam ada kaitan rapat dengan peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW. Sementara kalendar Masehi dikenali sebelumnya Gregorian ialah hitungan peredaran matahari bagi umat Kristian yang ada kaitan rapat dengan sejarah Nabi Isa AS.
Apa pun kiraan peredaran bulan dan matahari adalah berbeza. Justeru jumlah hari dalam sebulan/setahun bagi Hijrah dan Masehi adalah berbeza. Muharam bulan pertama tahun Hijrah dan Januari bulan pertama.
Sejarah hitungan kalendar Hijrah dan Masehi (BERITA HARIAN Rabu, 24 Januari 2007 atau http://www.dbp.gov.my/klikdbp/klikdbp5jan7.pdf):
Perbezaan jarak antara tahun Hijrah dengan tahun Masihi ialah 622 tahun, tetapi jarak perbezaan ini semakin berkurangan sedikit demi sedikit. Ini kerana setahun Hijrah qamariyah mengandungi 354 hari, 8 jam, 48 minit, dan 36 saat, sedangkan setahun Masihi shamsiyah
mengandungi 365 hari, 6 jam, 9 minit dan 9.5 saat dan perbezaan keduanya ialah 10, 11 atau 12 hari dalam setahun, iaitu terpulang sama ada salah satu atau kedua-duanya merupakan tahun kabisah.
Dengan kiraan ini jelaslah bahawa setiap 33 tahun Hijrah lebih kurang sama dengan 32 tahun Masihi. Oleh itu tahun Hijrah dan tahun Masihi akan bertemu atau sama harinya pada setiap lebih kurang 33 tahun sekali.
Untuk mengetahui tahun Hijrah pada tarikh tahun Masihi yang diketahui, kita hendaklah menolak 622 daripada tahun Masihi itu kerana tahun Hijrah bermula pada tahun 622 Masihi, iaitu pada hari Jumaat 16 Julai. Baki yang tinggal selepas itu ialah tahun Masihi yang telah berjalan sejak tahun Hijrah, kemudian kita darab dengan 33 dan natijahnya dibahagi pula dengan 32, kerana setiap 33 tahun Hijrah lebih kurang sama dengan 32 tahun Masihi. Contohnya seperti berikut:
(1980-622)/32 x33 = 1400H.
Apabila kita hendak mengetahui tahun Masihi yang bersamaan dengan tahun Hijrah yang kita telah ketahui, kita darab tahun Hijrah dengan 32 dan natijahnya dibahagi
dengan 33 kemudian ditambah dengan 622. Contoh seperti berikut:
(1100x32/33) + 622 = 1688M
Untuk mengetahui secara lebih lanjut berkaitan sejarah penentuan takwim hijrah, nama saat, hari dan bulan dalam Islam, para pembaca bolehlah merujuk Ensiklopedia Dunia Jilid 21 bagi artikel yang berkaitan dengan Takwim Hijrah.
Cabaran 1433/2012
Memikirkan soal cabaran, subjek pertama dalam fikiran ialah mengurus misi pilihan raya yang cemerlang untuk PAS mempertahan kemenangan mutlak di Kelantan.
Semoga subjek dan misi ini diberkati Allah SWT dan sentiasa dalam bimbingan-Nya serta mendapat kerjasama padu. Kerjasama paling utama diharapkan ialah daripada pelbagai pihak kepimpinan PAS dan peringkat jentera parti.
Hanya Allah SWT titik sandaran dan pertolongan Allah jua bakal memenangkan perjuangan Maha Suci ini.
Allah hu Akbar.
No comments:
Post a Comment