22 May, 2011

Kini 20 th Tok Guru jadi Menteri Besar Kelantan

Kini Tok Guru Nik Abdul Aziz sudah lebih 20 tahun sebagai Menteri Besar Kelantan. Perkembangannya sudah dua dekad. Panduan menjalankan tugas menteri besar ialah prinsip dalam kaedah Islam, iaitu "siasah syariyyah" yang mengamalkan prinsip pentadbiran Ubudiah, Mas'uliah dan Itqan. Prinsip itu menjadi isi kandungan utama dalam dasar Membangun Bersama Islam Negeri Kelantan. Kesan kandungan itulah telah merakamkan sekurang-kurang kemajuan 20 fakta program Dasar “Membangun Bersama Islam – Menerajui Perubahan” yang kini mendapat establishment dan manfaat besar pelbagai pihak.

Berikut adalah rumusan daripada 20 fakta:

Bil.

Program/projek

Pihak pemanfaat

1

Sistem gadaian Islam ar-Rahn dibawah Permodalan Kelantan Berhad.

Bank Rakyat - sistem pajak gadai ar-Rahnu; YAPEIM. Kini turut dilaksana oleh Bank Islam.

2

Peraturan pembinaan rumah kos rendah – tiga bilik.

Pemaju Perumahan

3

Skim bantuan rumah dhuafat

Membantu beban golongan miskin, kini ditiru oleh Kerajaan Pusat sebagai projek rumah mesra rakyat.

4

Kurikulum pendidikan sekolah YIK telah diterima pakai oleh sekolah agama di negeri lain.

Johor dan Sarawak; termasuk di luar negera (Singapura, Kampuchea)

5

Sukatan peperiksaan STU diterima sekian lama sebagai saluran memasuki pengajian di Universiti al-Azhar Mesir.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menerima idea STU ini dan telah melahirkan STAM (ganti STU) sebagai syarat masuk universiti tempatan dan Al-Azhar Mesir.

6

Kurikulum Pendidikan Sepadu YIK (pengajaran selari pendidikan Islam dengan sains-iktisas) berjaya melahirkan pelajar cemerlang.

Pihak KPM secara tidak langsung telah mengesahkan kelebihan kurikulum sepadu YIK apabila memasukan aliran agama di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)

7

Amalan tazkirah di pejabat-pejabat Kerajaan Negeri telah diterima secara meluas.

Seluruh negara oleh swasta/korporat/bank.

8

Amalan tazkirah dalam waktu solat tarawih di masjid dan surau.

Di seluruh negara.

9

Sekolah tahfiz al-Quran telah berkembang pesat atas usaha Kerajaan Negeri Kelantan

Selepas itu berkembang di seluruh negara, termasuk inisiatif swasta.

10

Perbankan Islam dicetus di Kelantan ekoran tindakan memindah akaun kerajaan kepada Bank Islam

Merangsang bank-bank konvensional membuka kaunter Sistem Perbankan Tanpa Faedah/Sistem Perbankan Islam.

11

Penggunaan wang syariah beteraskan emas dan perak melalui Dinar dan Dirham Kelantan mendapat sambutan hangat dan alternatif dalam sistem pertukaran/ perniagaan.

Kelantan mendahului negeri-negeri lain, termasuk menjayakan hasrat Dr. Mahathir sebelum bersara dari Perdana Menteri; menambahkan lagi produk perniagaan Islam untuk menghalang riba.

12

Mencetuskan produk pelancongan Islam – industri pelancongan agama dengan menjadi masjid, pusat pengajian pondok, dan bulan Ramadhan sebagai produk agama, termasuk membuka Kariah Ramadhan setiap tahun.

Memberi ilham kepada kemajuan industri pelancongan negara untuk menarik pelancong umat Islam dari negara Arab datang ke Malaysia.

13

Cuti hari Sabtu/dua hari dalam seminggu bagi pejabat Kerajaan Negeri

Diterima pakai oleh Kerajaan Pusat.

14

Pengisytiharan Kota Bharu Bandar Raya Islam, November 2005

Dtiru oleh Kerajaan Terengganu – Kuala Terengganu Bandar Raya Pesisir Air.

15

Cuti bersalin 60 hari bagi kakitangan awam wanita

Diterima pakai di Terengganu (rea pentadbrian PAS) dan dipakai oleh kerajaan Pusat.

16

Memula dan menangguhkan majlis/ mesyuarat berpandukan “etika pentadbiran Islam” membaca al-Fatihah/ al-Asri dan tasbih kafarah

Dipakai oleh kerajaan Pusat – dibuat pengubahsuaian, antaranya bacaan al-Fatihah diubah kepada bacaan doa.

17

Membina masjid seni bina tradisi Cina untuk Masjid Keputeraan Sultan Ismail Petra (dikenali Masjid Beijing) di Rantau Panjang tahun 2008.

Ditiru oleh Persatuan Muslim Cina dan JAKIM.

18

Melaksanakan skim khairat kematian “takaful kifalah” untuk warga emas.

Turut dilaksanakan di negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kedah. Kemudian ditiru oleh pihak Barisan Nasional atas nama “Takaful Merdeka.”

19

Merakyatkan pembangunan menerusi projek “Ladang Rakyat.”

Diterima pakai Kerajaan Selangor sebagai “merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)”; turut ditiru oleh Perdana Menteri – dijadikan slogan “...rakyat didahulukan.”

20

Berkat pentadbiran Islam yang menaungi rakyat, kini seruan ‘Allahu Akbar’ telah mendapat ampun perkenan Tuanku Sultan Muhammad ke-V menggantikan seruan tradisi ‘daulat tuanku’

Natijah ini telah melengkapkan fungsi dan kedudukan Al-Sultan sebagai Ketua Agama Islam di Negeri yang dilihat telah mendahului negeri-negeri lain ke arah memartabatkan Islam sebagai dasar mentadbir negeri.

Semoga, diberkati Allah dan Kelantan terus berkat dan makmur. Amin ya Rabbal 'Alamin.

3 comments:

tungkaran hati.blogspot said...

Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!

Demo LaNie said...

http://azmieyusoff.blogspot.com/

Takbir!!! pentadbiran dibawah pimpinan ULAMAK...

leekonyou said...

NAMA allah boleh digunakan oleh akbar kristian herald N.AJIS tahniah atas usaha mu semoga dipanjangkan umur 20 tahon lagi jadi MB .