Terbaru akhbar (Berita Harian 22 September 2010, hal. 7) melaporkan kenyataan Menteri Dalam Negeri bahawa kes “pembunuhan kejam Sosilawati” akan disiapkan dalam masa dua minggu. Kenyataan berupa jaminan itu dibuat dalam keadaan pihak forensik belum memperolehi sebarang hasil analisis DNA. Cuma pihak penyiasat sudah mempunyai beberapa bukti, termasuk mengambil komputer dan fail dari pejabat suspek utama dan terbaru menemui gelang dari sungai dekat Pasar Besar Banting. Persoalannya, apakah semua bukti itu sudah cukup untuk mendakwa suspek di mahkamah yang melepasi tahap keraguan?
Justeru, polis di bawah kepimpinan baru (biarpun menterinya yang sama) perlu membuktikan kesungguhan untuk meyakinkan pejabat Peguam Negara agar kertas pendakwaan dapat disiapkan lebih awal, bukan dua minggu. Lebih-lebih lagi, penemuan kes baru melibatkan suspek utama mengenai kehilangan seorang kontraktor kira-kira lima bulan lalu. Maka sesuai dengan mood masyarakat yang mahu melihat agensi polis dapat menyiasat secara betul dan cemerlang. Apa yang pasti masyarakat sudah sekian lama ditakuti dengan pelbagai kes jenayah yang menganggu keselamatan awam. Pihak kerajaan BN melalui polis dan peguam negera perlu memastikan pelaku atau suspek jenayah mendapat pembalasan setimpal di dunia sebelum mendapat hukuman mutlak Allah SWT di akhirat kelak.
Boleh dibaca juga tulisan Lutfi Othman dalam Harakah (20 Sept. Isnin)/Harakahdaily, juga Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment