Tujuan Barrack Obama mengadakan sidang kemuncak itu untuk mendapatkan sokongan dunia bagi bagi memupuk kerjasama sejagat dalam memerangi keganasan nuklear dan mengawal senjata nuklear daripada jatuh ke tangan pengganas.
Berdasarkan tujuan sidang yang dikendalikan Obama itu, maka dilihat tujuan pengawalan itu kononnya untuk mengawal keganasan oleh pihak lain yang dianggap ganas. Justeru itu ada pihak yang manganggap sidang tersebut sebagai sidang perdagangan nuklear dan sidang keselamatan Obama.
Namun, apa yang utama diambil perhatian antara lain ialah kesungguhan Obama menjayakan visi untuk dunia tanpa senjata nuklear pada masa hadapan. Visi itu telah disokong oleh semua negara pada sidang kemuncak itu. Meskipun perlaksanaannya mungkin mengambil masa yang lama, namun langkah pertama yang diambil ialah memeterai perjanjian antara Amerika Syarikat dan Russia minggu lalu bagi mengurangkan stok penimbal senjata nuklear masing-masing.
Bagi pihak Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak turut menyampaikan ucapan. Dalam ucapannya Mohd Najib menggesa semua negara melakukan sepenuhnya amalan telus dalam program nuklear masing-masing dan mematuhi peruntukan-peruntukan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan Triti Pengawalan Nuklear (NPT). Sebelum ini, Mohd Najib dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah IAEA yang bertangungjawab bagi memastikan kesemua prinsip amalan telus berkenaan dihormati dan dipromosikan.
Kesempatan sidang itu juga, diambil oleh Mohd Najib bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat di luar sidang kemuncak bagi membincangkan isu-isu hubungan dua hala, serantau dan antarabangsa. Sebenarnya, pada kesempatan sidang itu boleh dikatakan semua ketua atau wakil negara telah mengambil kesempatan berbincang dengan rakan-rakan sejawat dari negara peserta.

Berpandukan gambar yang terpampang, pertemuan naib dengan Obama tidak lebih daripada perjumpaan bertanya khabar atas sifat tuan rumah dengan tetamu. Bandingkan susun atur perjumpaan Perdana Menteri Singapura dengan Setiausaha Negara Amerika Syaarikat, duduk semeja dan berdepan secara serius.
Rumusannya,

No comments:
Post a Comment