06 April, 2010

Permainan Media - cubaan jatuhkan integriti TG Menteri Besar Kelantan

Saya bersetuju dengan tajuk berita oleh Moh Nor Yahya yang disiarkan dalam Tranungkite.net. Sebaliknya saya tidak setuju, malah saya mengutuk tajuk berita Bernama.com dan Sinar Harian pada 5 April 2010. Pun begitu, saya paling tidak senang dengan cara laporan Sinar Harian. Lihat paparan tajuk berita yang dilampirkan.


















Sinar Harian, dilihat jelas memanipulasikan berita, dan berniat untuk melaris jualan semata-mata, kerana teknik menggunakan wajah Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz boleh ditafsirkan secara tidak ikhlas apabila mengaitkannya dengan isu penulis blog.













Bagi wartawan, tidak sepatutnya persoalan apa yang ditulis oleh blogger itu dikemukakan kepada seorang Menteri Besar. Lebih-lebih lagi apabila bloggers yang telah dikenali berpihak dan menentang kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz.

Sehubungan itu, para pembaca hendaklah mempunyai prinsip penilaian yang rapi dan bersifat menyiasat terlebih dahulu sebelum mempercayai sesuatu tema yang dipaparkan media cetak dan elektronik serta maya (internet).

Ingatlah akan firman Allah (al-Hujurat 48:6)bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."

Semuga semua pihak berfikiran rasional dan mempertimbangkan sesuatu berita itu secara articulate dan cerdas. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetauhi di atas sesuatu yang berlaku dan niat hamba-Nya.

No comments: