20 April, 2010

Menanti hujah agama Tok Guru Nik Abdul Aziz di Hulu Selangor

Benar sekali pendirian dan tujahan Tuan Guru Nik Abdul Aziz (dari Mekah melalui telefon) dalam menanggapi kemelut politik di sebalik pilihan raya kecil Hulu Selangor. Menurut Tuan Guru Nik Abdul Aziz, “Umno kalut berkempen nak ko Mat Taib jadi calon Hulu Selangor, sedangkan di situ kerusi MIC, padanlah dengan pendirian PAS yang tak terima untuk berbaik dengan Umno.”

Satu lagi, Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengungkapkan mengenai serangan peribadi berunsur fitnah terhadap Zaid yang dikatakan minum arak, kini dia insaf. Kata Tuan Guru, “sahabat-sahabat Nabi sebelum Islam ramai juga yang minum arak, tapi lepas terima Islam, mereka tak minum lagi.”

Tujahan itu mengandungi makna besar dalam konteks kempen buruk Umno-BN-MIC yang kini menepikan nilai dan fatwa agama semasa berkempen. Menyentuh isu tersebut ia perlu dilihat secara agama, pertama atas sifat Umno yang suka menzalimi rakan politik, dan keduanya, suka memfitnah lawan politik terutama ketika kempen piliha raya.

Bagi isu pertama, adalah peringatan agar PAS sentiasa menoleh ke depan dan menilai setiap tingkah laku pemimpin Umno di dalam mengurus permuafakatan dan kerjasama politik dengan parti kawan dan parti lawan. Apa yang jelas, pengalaman PAS yang pernah berkawan dengan Umno, hakikatnya parti itu tidak boleh dipercayai. Umno akan bersikap oportunis dan pragmatis semata-mata untuk meraih untung politik di atas kesusahan parti kawan dan parti lawan serta rakyat jelata menyokongnya.

Sebagaimana tahun 1969, ketika Umno lemas dek kerana rusuhan kaum, pemimpin Umno bersujud sembah merayu-rayu memujuk PAS bersama mereka. Namun, malang sekali tatkala PAS bermasalah, mereka mencurah gasoline ke dalam rumah tangga PAS. Akhirnya PAS terbelah dan kecundang di Kelantan. Pengalaman inilah yang menjadi ukuran dan hujah bagi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz tegas menolak Umno dan terus serik tidak nak berbaik-baik dengan Umno.

Sehubungan itu, Umno sudah dianggap pengkhianat kepada persetujuan antara dua kumpulan umat Islam. Sesuai dengan musim pilihan raya kecil Hulu Selangor, pengundi perlu menilai sedalam-dalamnya sudut pandangan agama tentang akhlak Umno yang pernah merosakkan kepimpinan PAS di Kelantan dan sampai sekarang terus mencabar politik umat Islam di sana. Kenapa pemimpin Umno tiada salam persaudaraan. Yang selalu bising adalah salam dari pemimpin PAS. Mislanya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz pernah membangkitkan mahu berbincang dengan pemimpin Umno bagi menyelesaikan isu-isu berbangkit dalam soal agama (Februari 2010). Sampai kini, pemimpin Umno tidak ada daya usaha, atau sekurang-kurangnya menteri jabatan perdana menteri bahagian hal ehwal Islam datang bertanya khabar, apa maksud Menteri Besar Kelantan menghukur salam perbincangan. Ini buktinya pemimpin Umno tidak serius di dalam menjaga kepentingan umat dan agama Islam.

Sementara isu kedua pula, terkini telah muncul beberapa blogger pembela Umno (contohnya: gerakan antipkr blogspot) telah mengadunkan gambar calon KeADILan secara tidak berakhlak dan dari sudut agama telah termasuk di dalam kategori memfitnah yang perlu diperangi habis-habisan. Mengikut Kamus Dewan,mem fitnah bermaksud tuduhan, khabar atau kisah yang diada-adakan atau dibuat-buat untuk memburukkan seseorang.

Sehubungan dengan fahaman makna fitnah itu, dikaitkan pula dengan maksud tujahan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di atas, maka suatu pandangan dan hujahan agama perlu diterangkan secara terperinci kepada pengundi agar semua pengundi mendapat bimbingan agama yang sebenar di dalam membuat keputusan untuk mengundi nanti. Apapun, sedutan hujahan dan pandangan agama tentang perbuatan kempen fitnah itu, di sini diperturunkan keterangan-keterangan yang jelas sebagai panduan bagi menilai di mana agama dalam kempen Umno-BN-MIc di Hulu Selangor.

  • Imam Abu Laits As Samarqandi menyatakan, "tidak ada perbuatan jahat lebih besar daripada fitnah." Ada ulama menyatakan penyebar fitnah lebih jahat daripada pembunuh, tukang sihir dan syaitan.
  • Pernah diungkap Imam Yahya Aktsam, "orang yang suka memfitnah dan mengadu domba lebih jahat daripada tukang sihir kerana kejahatannya dalam sesaat, pada hal tukang sihir memerlukan waktu banyak."
  • Perbuatan orang yang suka memfitnah dan mengadu domba lebih berbahaya daripada syaitan kerana perbuatan syaitan hanya dengan khayalan dan bisik sedangkan perbuatan memfitnah dan mengadu domba secara terang-terangan dan berdepan.
  • Akibat fitnah juga lebih merosak daripada pembunuhan kerana pembunuhan hanya mengorbankan satu atau dua orang sedangkan fitnah dan adu domba mampu menghancurkan masyarakat dan negara.
  • Dalam hadis Rasulullah daripada Abi Hurairah menerangkan secara jelas pengertian fitnah, "tahukah kamu apakah memfitnah?" Sahabat berkata: "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui." Baginda bersabda, "memfitnah adalah mengatakan sesuatu mengenai saudara (Muslim) ketika tiada yang dia tidak suka." Ditanya, "wahai Rasulullah, jika kekurangan itu sungguh ada dalam diri seorang Muslim, maka apa yang harus kami katakan?" Baginda menjawab, "Jika apa yang dikatakan itu benar, maka itu adalah mengumpat." (Riwayat Muslim).
  • Ada ulama menafsirkan penabur fitnah sebagai memakan daging orang mati. Daging manusia yang disiat, digigit dan dikunyah mendatangkan kesakitan dan penderitaan yang amat sangat, begitulah perumpamaan mengumpat dan memfitnah yang menyakitkan hati orang lain.
  • Fitnah bukan perkara baru, bahkan berlaku sejak zaman silam. Rasulullah tidak sunyi daripada dilanda fitnah yang sengaja dicetuskan musuh Islam antaranya mereka menuduh Rasulullah gila, tukang sihir dan lelaki pemecah-belah masyarakat.
Tinggal lagi pengundi Hulu Selangor, khususnya orang Melayu yang terpacak tegar fahaman Umno sudi atau tidak mendengar hujahan Tuan Guru Nik Abdul Aziz nanti. Tunggulah kehadiran Tuan Guru 23-24 April hadir bersama pengundi Hulu Sel

Oleh:

Wan Nik Wan Yussof,

Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan

Merangkap anggota Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.

No comments: