06 January, 2010

NEGARA DILANDA BALA KERANA PEMIMPIN TOLAK SYARIAT

PEMUDA UMNO Kelantan nampaknya mencipta isu untuk berkokok. Mengamati maksud kenyataan media ketuanya Anuar Sapian mengenai ’doa’ Tok Guru Nik Aziz mensabitkan perdana menteri nampaknya cuba dikelirukan dengan hujah yang mencabar kuasa Tuhan Yang Esa.

Pertama meletakkan Kelantan sekarang di bawah kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz selaku Menteri Besar berada dalam ’landaan’ bencana akibat ’pantulan’ doa. Adakah wajar pemuda UMNO membuat penilaian atas fakta yang bersandarkan pengamatan semata-mata untuk mengisytiharkan ”bencana melanda Kelantan.”

Berikut adalah petikan kenyataan akhbar yang disiar Bernama (34 Januari 2010):

KOTA BAHARU, 3 Jan (Bernama) -- Pemuda Umno Kelantan mendakwa bencana yang menimpa kerajaan PAS Kelantan sekarang adalah pantulan daripada doa oleh pemimpin tertinggi parti itu agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ditimpa musibah baru-baru ini.

Ketuanya Anuar Sapian berkata antara isu itu ialah:
• rasuah iaitu tajaan mengerjakan haji kepada Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat oleh sebuah syarikat,
• pelantikan menantunya Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK),
• perbalahan antara Exco,
• peletakan jawatan menteri besar dan terbaru saman sebanyak RM800 juta.

“Ini semua Allah SWT telah tentukan dan mungkin pantulan doa supaya Tuhan jatuhkan bala ke atas Perdana Menteri mengena diri sendiri," katanya kepada pemberita selepas majlis Pemuda Umno Bersama Media di sini pada Ahad.

Anuar berkata PAS sepatutnya sedar dengan kesilapan dan tidak melakukan perkara-perkara di luar batasan syarie termasuk mendoakan sesama Islam supaya dikenakan bala.


Jika mengambil kira hujah pemuda UMNO itu sebagai ’bencana’, maka logiknya Negara di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib sekarang sedang kalut dengan fakta-fakta ’bencana’ selepas Tok Guru berdoa. Tok Guru berdoa pada hari raya haji (aidil adha) lepas (27 November , 2009); sekarang apa sudah jadi.

Kemudian, jika diambil kira teknik pengamatan hujah pemuda UMNO itu, maka peristiwa berikut boleh dikatakan sebagai Negara sedang terkena ’bencana malah bala serta musibah’ akibat perbuatan kepimpinan Negara sekarang khususnya perdana menteri. Antara peristiwa itu ialah:

• Kematian pelajar yang tidak berdosa akibat runtuhnya jambatan gantung di Perak, negeri yang Mohd Najib mengetuai ’rampasan kuasa.’

• Kemalangan dahsyat di lebuh raya utara selatan berlaku di Perak, negeri yang Mohd Najib mengetuai ’rampasan kuasa.’

• Kini sudah terbongkar kehilangan dua enjin jet pejuang angkatan tentera (bernilai RM100 juta) semasa Mohd Najib jadi menteri yang menjaga angkatan tentera.

• Perletakan jawatan tergesa-gesa ketua pesuruhjaya SPRM dan kematian TBH ekoran penyiasatan yang dipertikaikan yang tidak selesai sampai kini dan turut menjatuhkan imej SPRM di mata dunia.

• Paling mensengsarakan lagi, ekonomi negara makin teruk, upaya kebajikan sudah punah bila mana gula ditarik subsidi dan harga dinaikkan sebanyak 20 sen sekilo yang sudah pasti membawa impak kenaikan harga barangan makanan lain yang berkait. Bencana makanan sebagai hak asasi sedang ditanggung rakyat buka sahaja di Kelantan malah seluruh negara.

• Paling malang dan bala besar kepada umat Islam, berlaku pula keputusan mahkamah yang membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada agama Kristian Katolik sehingga mencabar hak eksklusif umat Islam di Malaysia. Maka dimana maruah kehebatan Malaysia yang diisytiharkan Negara Islam!

Memandangkan fakta di atas adalah sedikit sedutan ’bencana malah bala serta musibah’ ditanggung rakyat termasuk pemuda UMNO. Apakah ’mereka’ tidak berfikir kesemua itu adalah gara-gara pemimpin yang tolak dasar syariat. Semuga Tuhan Yang Esa membuka pintu kesedaran dan masukkan hidayah kepada mereka yang ’kabur mata dan tersumbat jantung hati’ di dalam menilai kebenaran. Doa kita semua, ”semuga kebenaran akan tersirna menggantikan kebatilan dan kemaksiatan.” Amin.

No comments: