Tuhan Yang Esa mencipta manusia melalui tahap kematangan yang berterusan. Pengundi muda adalah aset yang bakal mematangkan masa depan politik negara!
Justeru itu, pengalaman daripada pilihan raya Bukit Gantang adalah menguji sejauh mana sokongan masa depan masing-masing parti: Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional.
Realiti yang ada, membuktikan dukungan pengundi muda di sana lebih kecil berbanding pilihan kecil Kuala Terengganu Januari lalu. Ini kerana di Bukit Gantang penyertaan pengundi muda (dengan mengambil kira kohort umur 21-40 tahun) hanyalah 33.59% daripada 55,562 pengundi yang layak. Keadaan ini mungkin disebabkan komitmen mendaftar sebagai pemilih amat rendah di kalangan orang muda. Ia boleh jadi ada hubungannya dengan kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), mahupun pihak parti di dalam menggerakkan orang muda mendaftar.
Jadual berikut adalah menerangkan senario sokongan pengundi muda kepada PAS dan BN (berdasarkan analisis keputusan pilihan raya kecil Bukit Gantang 7 April lalu) .
Sehubungan itu, adalah wajar bagi mana-mana pihak terutamanya pihak SPR dapat berusaha menyedarkan golongan muda untuk turut terlibat dalam arus pendemokrasian demi survival politik dan hak golongan muda. Begitu pula bagi Pakatan Rakyat, jangan mudah berpuas hati dengan tingginya sokongan orang muda berbanding BN. Ini kerana, berdasarkan sokongan di Bukit Gantang yang tak sampai 60% adalah amat membimbangkan; takut nanti pilihan raya umum akan datang peratus itu makin mengecil ekoran daripada perkembangan baru dalam kepimpinan muda BN!!
No comments:
Post a Comment