12 December, 2009

Kesan Kepimpinan Ulamak di Kelantan

Seminar Menjelang 20 Tahun Kepimpinan Ulamak Membangun Bersama Islam Negeri Kelantan pada 10 Disember 2009 lalu diadakan di Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre (Dewan KTC), Kota Bharu. Seminar yang menjadi garis lonjakan komitmen Kerajaan Negeri Kelantan terus diperkasakan lagi untuk tempoh masa depan.

Seingatan saya, dewan KTC yang baru berusia setahun itu telah acap kali menjadi tempat mencipta sejarah. Antaranya pelancaran kutipan Tabung Serambi Mekah pada Ramadhan 1430 lalu. Sebelum itu, diadakan Seminar Politik dan Pentadbiran anjuran Pejabat Timbalan Menteri Besar Kelantan bersama Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan. Sementara esok (12 Disember) pula satu lagi sejarah akan berlaku di situ, Wacana Isu-isu Semasa yang bakal mempertemukan agamawan dan politisian popular, YB Mohd Amar (Exco Kerajaan Negeri Kelantan Darunaim), Dr Mohd Asri (bekas Mufti Perlis Indrakayangan) dan Ustaz Nakhaie (bekas Naib Yang Dipertua PAS Pusat yang menyertai UMNO dan dianugerahkan Yang Dipoertua YADIM) serta Dr Mohd Agus (pengulas politik Uni Kebangsaan Malaysia).

Jelas, Dewan Konvensyen KTC yang tersergam gah (seperti gambar) adalah salah satu imej pembangunan bertaraf lima bintang milik Kerajaan Negeri (melalui anak syarikat SEDC Kelantan - Kelkon) juga adalah simbol idea korporat Kepimpinan Ulamak Tok Guru Nik Aziz.

Semuga Tuhan Yang Esa merahmati segala usaha baik Kepimpinan Ulamak Negeri Kelantan atas jasanya mengukuhkan keyakinan rakyat Kelantan kepada ulamak penjana dan pelaksana warisan anbiya' di era pembaharuan (tajdid) kebangkitan Islam.

2 comments:

Anonymous said...

Syabas kpd PKS atas penganjuran seminar 20KU MBI. Cuma saya ada beberapa pandangan yg ingin dikongsi
1. Mengapa hanya PKS yg dilihat menjadi urusetia. Di mana urusetia penerangan. tidakj berbaloi skadr pengarahnya jd mc.
2. Tenaga urusetia seperti tidak ada hingga memaksa cari pelajar2 yg berselipar jepun!
3. Benar pks kekurangan tenaga, tetapi mgapa tidak dimanafaatkan tenaga urusetia penerangan
4.program dilihat agak tergesa-gesa kejar masa..
5. kerana kekangan masa, program terhad kepada satu hala.
Apapun syabas kpd pks yg semakin kelohat berfungsi dripad sebelumnya.
itu saja pandagan hamba yg hina dina

wanibrah said...

Terima kasih atas sokongan dan kepekaan. Insya Allah segala teguran akan diambil perhatian dan penambahbaikan.
Sebenarnya adik-adik pelajar universiti itu adalah ahli Markaz Siswazah Kelantan; atas permintaan dan latihan masa cuti untuk khidmat kepada kerajaan Negeri. Apapun, segala-gala akan diperkemaskan.