Pakatan Rakyat(PR) dah buat hatrik pilihan raya kecil di tiga parlimen: bermula Permatang Pauh kemudian Kuala Terengganu dan terbaru Bukit Gantang. Namun nilai kejayaan yang menambah kerusi PR di Dewan Rakyat ialah kejayaan merampas kerusi Kuala Terengganu daripada milik Barisan Nasional (BN).
Begitu pula bagi pilihan raya kecil DUN, nampaknya keputusan seri. PR menang di Bukit Selambau dan BN kekal di Batang Ai.
Namun, sekarang berbangkit pula kemungkinan pilihan raya kecil di DUN Penanti dalam parlimen Pernatang Pauh. Penanti adalah kubu baru bagi PR ekoran penyertaan Anwar Ibrahim bersama PR. Sementara di sebalik isu pilihan raya kecil Penanti, Mohd Fairuz dah letak jawatan. Kekosongan kerusi telah disahkan oleh Speaker. Tunggu lagi penentu untuk diadakan pilihan raya kecil atau tidak adalah berada dalam pertimbangan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Dalam hal ini, SPR era Perdana Menteri baru ini dikatakan berkuasa untuk menentukan, apakah benar kekosongan berlaku di DUN berkenaan? Berdasarkan pengalaman di Perak, SPR berkuasa dan secara sah memutuskan pengesahan kekosongan oleh Speaker sebagai tidak sah. Maka, dengan taktik SPR melambat-lambat dalam membuat keputusan untuk DUN Penanti semacam ada isu di sebalik perletakan jawatan Mohd Fairuz yang ada logik bagi SPR untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil!!
Antara isu yang boleh dilihat ialah asas kekosongan kerusi itu berlaku atas dua sebab sahaja: pertama, kematian wakil rakyat dan kedua hilang kelayakan sama ada oleh sebab perundangan mahupun hilang akal (gila yang disahkan oleh doktor pakar). Justeru itu, perletakan jawatan oleh Mohd Fairuz dikatakan tidak termasuk di dalam sabitan yang nyata. Munasabahnya SPR terpaksa termenung sekejap; mengambil masa untuk buat keputusan. Tetapi SPR sebelum ini boleh bersetuju dengan kes perletakan jawatan Wan Azizah sebagai sah, maka diisytiharkan berlaku kekosongan kerusi parlimen Permatang Pauh! Sebaliknya SPR pasca 'kekalahan BN' nampaknya tidak begitu. Mungkin pada awal-awal, SPR berminat untuk menyaksikan pilihan raya kecil, tetapi sekarang mungkin sudah jemu dengan karenah lima pilihan raya kecil.
Walau apapun, DUN Penanti sedang menanti tibanya satu pilihan raya kecil, kecuali Mohd Fairuz yang kononnya telah digugurkan namanya dari senarai penyiasatan SPRM ada berita lain pula.
Sekiranya terjadai juga pilihan raya kecil, yang jelas Penanti adalah kubu PR. Lihat sahaja keputusan empat pilihan raya lepas: PR menang 1999, kalah 2004, menang kembali 2008 dan menang bergaya ketika semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh apabila undi Anwar di DUN Penanti melonjak majoriti sampai 3,825. Berikut adalah jadual keputusan untuk tiga pilihan raya tersebut. Justeru itu, Perdana Menteri baru sudah membayangkan BN akan kaji untuk masuk atau tidak. Apa yang jelas, DUN Penanti bukan medan BN/UMNO memulih imejnya yang sudah jatuh berkecai.
Walau apapun, yang pasti ialah setiap ketentuan daripada Tuhan Yang Esa tetap akan berlaku. Maka kita selaku hamba-Nya hendaklah yakin, di sana (berlaku/tidaknya pilihan raya kecil) di Penanti, pasti ada hikmahnya yang tersendiri!!
No comments:
Post a Comment