Hari ini, 5 Februari - mandat rakyat yang bernilai majoriti menyokong Pakatan Rakyat (PR) dari pilihan raya umum 2008 lalu telah dihancurkan oleh kuasa 'prerogatif' seorang Sultan.
Usaha Menteri Besar Perak, Ir Mohd Nizar Jamaludin untuk memulih semula mandat rakyat dengan cadangan 'bubar dewan' ditolak Sultan, tapi cadangan bentuk kerajaan baru dari BN telah diterima. Maka, 'tangan' Sultan itu sebenarnya bercanggah dengan prinsip demokrasi!!
Dalam PRU 2008, undi popular masing-masing parti ialah PR 51.99%, BN 47.81% dan Bebas 0.19%, dan sekarang mandat rakyat 47.81% + 'tangan' Sultan menjadi dominator menewaskan mandat popular rakyat 51.99%.
Apakah hukum politik 'dari rakyat untuk rakyat kepada rakyat' masih betul? Sekarang ini, realiti hukum politik itu sudah beralih 'dari rakyat untuk rakyat kepada Sultan'!! Sepatutnya, suasana politik tidak menentu ekoran pemusnahan mandat rakyat oleh Jamaludin Behrang, Osman Changkat Jering dan Hee Yit Foong Jelapang tidak mendapat pengabsahan Sultan. Sewajarnya dewan dibubar. Ini kerana, mereka sudah menjadi Bebas yang hakikatnya dah jadi "pemakan" upahan BN, dan Sivakumar Speaker Dewan sudah mengesahkan kerusi mereka telah 'kosong' angkara "melompat," tapi tidak dihiraukan oleh Sultan. Sebaliknya, Sultan ambil hirau pelan Najib yang "memberkas" ketiga-ketiga jaguh 'lompat' ke dalam guni BN.
Pernahkan Najib + Sultan menyoal diri masing-masing, tindakan dan keputusan masing-masing itu akan disukai Tuhan Yang Esa?
No comments:
Post a Comment