17 January, 2009

DARI KUALA TERENGGANU KE GAZA

Pada 14 Januari 2009, Cikgu Husin Ismail, Presiden Yayasan Amal Malaysia meninggal-kan Kuala Terengganu, di mana diadakan pilihan raya kecil bagi memilih ahli parlimen baru menggantikan ahli parlimen yang meninggal dunia (pada 28 November 2008). Hari ini (17 Januari 2009) berlakunya pilihan raya kecil tersebut dan Cikgu Husin pula telah berada di Kaherah untuk memberi khidmat kemanusiaan kepada mangsa ganas Israel di Gaza.
Laporan dari Kaherah (seperti dipetik dari Harakahdaily.net), rombongan Cikgu Husin disertai sama ahli dewan undangan negeri Meru, Kelang Selangor, Dr. Abdul Rani Osman (foto: ehsan Harakahdaily.net) telah menjayakan misinya di pusat rawatan Nasser Institute Hospital yang menempatkan 37 orang mangsa keganasan tersebut.
Semuga Tuhan Yang Esa memberkati pengorbanan Cikgu Husin dan ahli rombongannya (foto kiri) dan mengabulkan doa umat Islam seluruhnya - menyelamatkan umat Islam di Gaza.

No comments: