Webinar Ekonomi Politik Islam - KUIZM
3 RabiulAwwal 1446/7 September 2024 jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang.
Google Meet.
Mengikuti pembentangan tiga narasumber:
1) Dr Mohd Syakir Mohd Rosdi USM
2) Zaharudin Muhammad, UZM Group
3) Dr Mohd Zuhdi Marsuki, ALP KUIZM
Kandungan penting
1. Pendedahan teori ekonomi politik dari perspektif Barat dan Islam - perlu kembali kepada mempraktikkan ekonomi politik Islam.
2. Punca permasalahan ekonomi semasa banyak berlaku kerana berorientasikan Ribawi - tidak berteraskan Islam. Penyelesaiannya perlu Negara mengamalkan ekonomi Islam. Perbincangan berkisar kepada Produksi Ekonomi hasil daripada kuasa tawar menawar.
Rumusan saya, Produksi berlaku berpaksikan 5 elemen ekonomi:
Pertama: Pemodal berhajat makin membesar hasil pelaburannya (untung)
Kedua: Pengguna mahukan barangannya murah dan memuaskan (sempurna)
Ketiga: Pengusaha @Pengilang mengurangkan kos dengan hajat kualiti memenuhi selera pengguna dan capai pengeluaran melepasi maksimum (untung)
Keempat: Pemasar berhasrat melaris jualan dengan persetujuan pengusaha dengan khidmat jualan terlaris (untung)
Kelima: Merangkumi kesemua (empat) elemen di atas yang dinayatakan sebagai Persekitaran Ekonomi kondusif bagi sesuatu kitaran ekonomi berkonsepkan pengeluaran. ia termasuk di dalam nilai-nilai aktiviti ekonomi mikro yang bernaung di bawah polisi ekonomi makro (sektor ekonomi nasional).
Terima kasih KUIZM atas perkongsian tersebut.