Perkembangan penularan Wabak COVID-19 di Asia Tenggara sehingga hari ini (21 April) menyaksikan tiga negara mengalami kes-kes yang melonjak ketara. Paling tinggi ialah Sngapura mencecah 9,125 keseluruhan kes, diikuti oleh Indonesia 7,135 kes, Filipina 6,599 dan Malaysia ditangga ke-14 sebanyak 5,482 keseluruhan kes. Berikutnya Thailand 2,811 keseluruhan kes, diikuti oleh lima negara Asia Tenggara lagi yang jumlah penularannya amat rendah iaitu, Vietnam 268 kes, Brunei 138 kes, Kemboja 122 kes, Myanmar 119 kes dan terendah Laos hanya 19 kes.
Menarik untuk dilihat ialah perbandingan mudah pola pertambahan kes di antara Indonesia dan Singapura yang ketara kedua-dua negara ini menunjukkan pola mendongak. Sebagaiamana diulas di dalam posting semalam (20 April) pertambahan di Singapura telah dinyatakan sumber penularan akibat daripada kedudukan Singapura yang terbuka dan faktor warga negara asing yang bekerja melebihi 100,000 orang ditempatkan di asrama. Justeru pola pertambahan digamba secara data dan carta seperti di bawah.
Demikian pola yang serupa berlaku di Indonesia seperti digambarkan melalui carta dan data-data di bawah.
Walau bagaiamanapun, perkembangan di Indonesia akan dilihat secara khusus menerusi posting hari ini (21 April) memandang faktor penularan Wabak COVID-19 di sana turut menjadi penyebab pertambahan kes di Malaysia.
Dilaporkan Wabak
COVID-19 telah menular di Indonesia pada 2 Mac, 2020 ketika seorang instruktur tarian
dan ibunya di Depok, Jawa Barat yang dijangkiti COVID-19 daripada seorang warga
negara Jepun. Di sinilah bermulanya "kluster Jakarta" atau "kluster
kelas tarian” yang kemudiannya menjadi
punca/pembawa beberapa kes COVID-19 di Jawa Barat dan Jakarta.
Semenjak itu,
kes COVID-19 yang disahkan di Indonesia mula meningkat secara perlahan-lahan. Didapati
pada 8 Mac, seramai 6 orang yang telah mengikuti kelas tarian adalah dijangkiti
COVID-19.
Menjelang 9
April, wabak tersebut telah menular di Indonesia setelah provinsi Gorontalo,
Pulau Sulawesi disahkan menerima kes pertama. Daripada dua kluster itu, ia menular ke provinsi Jakarta, Jawa Barat,
dan Jawa Timur menjadi provinsi yang paling terkesan.
Mulai 5
Februari Indonesia melarang semua penerbangan pergi balik ke China. Ekoran
daripada itu, pihak berkuasa tidak lagi mengeluarkan visa untuk warga negara
China. Larangan itu disusuli dengan melarang semua mereka yang pernah ke China
di dalam edah 14 hari daripada memasuki atau bertransit di Indonesia. Larangan
itu turut disokong oleh penegasan, warga negara Indonesia tidak digalakkan mengunjungi
China.
Berikutnya pada 4 Mac, MRT Jakarta pula mulai membuat pengimbasan
suhu penumpang yang akan memasuki stesen dan tidak membenarkan mereka yang
mengalami gejala demam tinggi menaiki tren. Langkah yang sama turut dibuat di semua pintu
masuk di beberapa tempat awam seperti pusat membeli-belah dan sekolah.
Mulai 8 Mac pula, sekatan perjalanan diperluaskan ke
wilayah Daejeon dan Gyeongsangbuk-do di Korea Selatan, bandar Lombardy, Veneto
dan Emilia-Romagna di Itali dan bandar Teheran dan Qom di Iran.
Pada 13 Mac, Kerajaan Indonesia menetapkan 132 pusat
rawatan di seluruh Indonesia dan pada
18 Mac, ia ditambah lagi sebanyak 227 hospital (109 hospital tentera, 53
hospital polis dan 65 hospital milik kerajaan) ekoran daripada pertambahan lebih
banyak pesakit COVID-19. Ia diikuti dengan penubuhan Coronavirus Disease Mitigation Acceleration Task Force diketuai
Doni Monardo.
Pada hari yang sama (18 Mac), Menteri Dalam Negeri, Tito
Karnavian meminta semua pemimpin wilayah Indonesia untuk menghentikan semua
perjalanan yang tidak penting ke negara asing.
Sebelum itu,
pada 15 Mac, Presiden Indonesia, Joko Widodo telah merayu agar rakyat Indonesia
mempraktikkan cadangan ahli epidemiologi supaya mengamalkan penjarakan sosial (social
distancing) untuk memutus rantaian penularan Wabak COVID-19.
Begitu pula
pada 16 Mac, Kementerian Perusahaan Milik Negara telah mengarahkan pekerjanya
yang berumur 50 tahun ke atas untuk bekerja dari rumah. Presiden Joko Widodo
juga memaklumkan keputusan untuk melaksanakan perintah berkurung (lockdown) di bandar atau kabupaten
setelah berunding dengan pihak berkuasa Pusat.
Pada 30 Mac,
Jokowi menolak untuk mengenakan lockdown
di Jakarta. Justeru itu, laluan bas yang menghubungkan Jakarta dan bandar dan
provinsi lain telah dibenarkan berikutan keputusan pembatalan untuk
menghentikan sementara operasi bas antara bandar dan antara provinsi (AKAP) yang berpusat di Jakarta
Pusat.
Pada 13 April, Jokowi mengisytiharkan COVID-19 sebagai bencana nasional
setelah menjangkiti 4.557 individu dan menyebabkan 399 kematian di Indonesia.
Prof Mahfud MD selaku Kementerian Koordinator Bidang Politik, Undang-Undang dan
Keamanan (Indonesia) menyatakan bahawa bencana nasionalnya tidaklah disandarkan
atas kekuatan undang-undang semata (cannot be
based for force majeure).
Sehubungan itu, langkah Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) adalah pilihan yang
dikatakan berupaya untuk membatasi beberapa kegiatan sosial untuk memutuskan
rantaian penularan Wabak COVID-19.
Meskipun
keputusan melaksanakan lockdown
nasional suatu keputusan terbaik, namun pihak berkuasa wilayah tertentu masih
boleh merayu untuk Pembatasan Sosial Berskala
Besar (PSBB) mengikut kesesuaian. Namun ia perlu mengemukakan bukti langkah-langkah
endemik dan mitigasi kepada Kementerian Kesihatan.
Di Aceh, Plt Gubernur
Aceh, Nova Iriansyah mengisytiharkan keadaan darurat "skala provinsi"
di Aceh selama 71 hari, yang berlangsung dari ada 20 Mac hingga 29 Mei. Di Sumatera
Utara pula, pihak berkuasa provinsi telah mengisytiharkan keadaan darurat
bermula 31 Mac hingga 29 Mei 2020.
Hubungan Kluster dari Indonesia
terbawa ke Malaysia
Sebuah kluster baharu telah dikesan di pintu masuk
antarabangsa iaitu menunjukkan kes positif COVID-19 dikesan di kalangan rakyat
Malaysia yang pulang daripada Indonesia melalui Lapangan Terbang Kuala Lumpur
(KLIA) pada 16 April 2020. Kluster tersebut terdiri daripada 43 orang pelajar yang pulang dari Temboro, iaitu salah satu zon merah di
daerah Magetan, Indonesia.
Apapun pelajar tersebut telah menjalani kuarantin, iaitu seramai
34 orang telah dikuarantin di Melaka dan sembilan orang di Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur dan Putrajaya. Tindakan kuarantin dan menyaring semua rakyat
Malaysia yang pulang dari luar negara adalah sebahagian daripada aturan yang
perlu dipatuhi. Ini bagi memastikan kes import tidak menjangkiti ibu bapa atau
keluarga mereka di Malaysia.
Kluster Bali
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
juga telah mengenal pasti dua subkluster COVID=19 yang berkaitan di Kuantan,
Pahang hasil daripada penelusuran, penyaringan dan pengujian ke atas kelompok
berisiko tinggi. Sub-kluster tersebut ialah kluster Bali di kesan di Kuantan.
Asal jangkitannya dikesan pada 13 April, seramai 20 orang dalam kelompok yang mempunyai sejarah perjalanan ke Bali,
Indonesia.
Kemudian pada 19 April, pihak KKM
mengumumkan terdapat lagi 43 orang dari Jawa Timur, tiga dari Acheh dan
satu kes dari Kalimantan.
Berdasar data-data ini (kluster Magetan, Bali dan lain-lainnya)
kesemuanya berjumlah sekurang-kurangnya 67 kes COVID-19 daripada kontak
Indonesia. Jumlah ini boleh dianggap pembawa pertama dari Indonesia yang jika tidak dikawal dari awal bakal berjangkit kepada generasi kedua atau seterusnya.
Malaysia Berdoa
Alhamdulillah, dengan perkembangan yang berlaku di Malaysia telah berjaya mengambil langkah awalan meskipun dilihat terlewat di dalam mengekang penularan Wabak COVID-19. Meskipun Malaysia turut terdedah dengan kemasukan pembawa COVID-19 dari China, Singapura, Indonesia dan lain-lain, namun keupayaan dan kerjasama berkesan menerusi pendekatan PKP (bermula 18 Mac) merupakan inisatif yang patut dipuji.
Semoga kita terus berdoa dan seluruh lapisan masyarakat sedia mematuhi arahan dan panduan untuk mengekang dan memutuskan rantaian Wabak COVID-19. Hanya kepada Allah kita berserah dan berdoa agar Malaysia terus selamat dan bebas daripada Wbak COVID-19. Ins sya Allah.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment