11 March, 2011

PrK Merlimau & Kerdau: Poin kritikal persiapan PAS menghadapi PRU13

Pilihan raya kecil (PRK) Merlimau dank Kerdau adalah ke-15 dan ke-16 dalam siri PRK sejak pilihan raya umum 2008 (PRU12). Keputusannya adalah mengulangi PRK Galas dan Tenang yang menyaksikan kekalahan PAS. Justeru keputusan PRK Merlimau dan Kerdau kali ini tidak mengejutkan, tambahan pula ia berlaku di kubu Umno. Mungkin bagi setengah pihak, agak terkejut bila dilihat kepada lonjakan undi BN yang amat ketara. Apa pun, PAS tetap utuh dengan sokongan undi teras.

Keputusan PrK

(a) PrK Merlimau (Rajah 1)

Berlaku di Merlimau, tatkala pada PRU 1999 undi PAS sebanyak 2,012 sudah dikira cukup baik dalam konteks bertempur di kubu teras Umno. Pada PRU 2004 pula, PAS tidak bertanding, sebaliknya KeADILan yang bertanding dan meraih 1,245 undi. Pada PRU 2008 PAS kembali bertanding dan meraih 2,827 undi. Prestasinya sudah cukup baik dengan hanya berbekalkan lima cawangan PAS. Maknanya, berlaku kenaikan sebanyak 1,582undi di Merlimau.

Namun pada PRK lepas, PAS di Merlimau sudah meraih sebanyak 2,319. Bandingan dengan PRU 2008 berlaku penurunan hanya 508 undi. Tetapi ia tetap lebih baik jika dibanding dengan PRU 1999. Maka teras PAS di Merlimau adalah sekitar angka 2,000 dan tidaklah seteruk PRU 2004 ketika KeADILan bertanding.

Analisis pengundian bagi Merlimau dapat diterangkan seperti mana dalam Jadual 1 berikut:

PAS didapati merosot undi sebanyak 508 (-8.29 peratus) dan prestasi tersebut menggambarkan kemerosotan menyeluruh di semua DM, terutama DM yang keberadaan pengundi India––di Jasin Lalang yang merosot 113 undi (-25.24 peratus) dan Merlimau Utara 64 undi (-17.54 peratus). Merlimau Pasir pula merupakan DM ramai pengundi Cina juga merosot agak besar, iaitu 101 undi (8.81 peratus). Namun di DM Pengkalan Samak, kawasan campuran kaum (majoriti Melayu) kemerosotan adalah paling kecil, iaitu 3 undi (2.49 peratus). Ia berbeza di DM Chin Chin merupakan tempat Calon PAS, didapati merosot agak besar, iaitu 89 undi (12.27 peratus).

(b) PrK Kerdau (Rajah 2)

Pada pilihan raya umum (PRU) 2004, undi PAS di Kerdau 1,871 dan PRU 2008 meningkat kepada 2,250. Berlaku kenaikan sebanyak 649 undi. Namun pada PRK lepas, PAS meraih sebanyak 2,336. Berlaku kemerosotan sebanyak 184 undi. Mudah dikata, undi PAS masih utuh pada pengaruh status-quo, kerana yang merosot adalah pengundi atas pagar (184 undi) telah kembali kepada BN. Maka sokongan kepada PAS masih segar dan teras PAS tidak tergugsat di Kerdau. Jadual 2 berikut menerwngkan perbandiungan keputusan dari PRU ke P{RK Kerdau.


Analisis pengundian bagi lima daerah mengundi (DM) terpilih (Rumpun Makmur, Jengaka 22, Jengka 23, Kerdau dan Kuala Kerdau), mendapati pengundi muda – berdasarkan jumlah undi muda dari saluran 2 dan saluran 3 yang mengundi berjumlah 2,127, didapati hanya 37.99 peratus yang mengundi PAS. Jadual 3 berikut menjelaskan.

Jadual 3: Analisis pengundi muda PRK N.28 Kerdau, Pahang (6 Mac 2011)

Pengundi muda ikut saluran muda (PAS) = 808 /37.99%
Pengundi muda ikut saluran muda (BN) = 1,319 / 62.01%
Jumlah pengundi muda 5 DM terpilih = 2,127


Pengundi tua – berdasarkan jumlah undi tua (warga emas) dari saluran 1 sahaja (dari lima DM) yang mengundi berjumlah 1,676, didapati hanya 30.97 peratus yang mengundi PAS. Jadual 4 berikut menjelaskan.

Jadual 4: Analisis pengundi tua PRK N.28 Kerdau, Pahang (6 Mac 2011)

Pengundi tua ikut saluran tua (PAS) = 519 /30.97%
Pengundi tua ikut saluran tua (PAS) = 1157 /69.03%
Jumlah pengundi tua 5 DM terpilih = 1676

Ini bermakna, peratus sokongan pengundi muda agak baik berbanding pengundi tua. Pola sokongan sebegini adalah lumrah bagi Dun ‘kuat’ Umno-BN.

Pengundi dewasa/pertengahan – berdasarkan pengu8ndian di tiga DM (Jengka 22, Jengka 23 dan Desa Murni) sejumlah 1,240 yang mengundi, 28.95 peratus kepada PAS dan 71.05 peratus kepada BN. Lihat jadual 5 berikut.

Jadual 5: Analisis pengundi dewasa PRK N.28 Kerdau, Pahang (6 Mac 2011)

Pengundi dewasa ikut saluran 2 (PAS) = 359 /28.95%
Pengundi dewasa ikut saluran 2 (BN) = 881/ 71.05%
Jumlah pengundi dewasa 3 DM terpilih = 1,240

Analisis pengundi dewasa dari tiga DM itu darjah sokongannya terlalu lemah kurang 30 peratus dan lebih rendah berbanding PRU 13. Misalnya di Desa Murni pada PRU 46.49 peratus untuk PAS, tetapi merosot pada PRK kepada 33.08 peratus.

Secara umumnya, prestasi PAS bagi PRK Kerdau boleh disifatkan sebagai satu ‘kajian kes’ (case study) yang mewakili keupayaan sedia ada (sebelum dilaksanakan projek reinventing PAS) di Dun-dun yang setaraf. Penting diberi perhatian ialah keputusan PRK Kerdau kali ini telah menyaksikan kemerosotan undi PAS sebanyak 184 undi atau 6.29 peratus, kerana agak setara dengan Manek Urai (14 Julai 2009; merosot 6.36 peratus).

Sehubungan itu, PAS dan Pakatan Rakyat perlu merencana projek pintas bagi memastikan kira-kira separuh daripada Dun yang seumpama Kerdau dapat dimenangi dalam PRU13 nanti.

Bandingan Merlimau dengan Kerdau

Persamaan ketara keputusan bagi dua PRK ini ialah kemerosotan undi (Merlimau 8.21 peratus; Kerdau 6.29 peratus). Kenapa merosot agak besar di Merlimau? Ia suatu persoalan yang prlu dijawab melalui suatu post-mortem yang telus. Apa pun persamaan umum di antaranya ialah kemerosotan menyeluruh undi PAS sejak PRU sehingga PRK ini, iaitu dari aspek undi antara kaum, pola umur dan mengiukut DM.

Hal ini mungkin boleh dirumuskan sebagai kelemahan dan senario politik semasa yang dapat dibutirkan di bawah tajuk ‘faktor kekalahan/kelemahan ( ?).’

Faktor kekalahan/kelemahan (?)

1. Dua Dun ini adalah kubu Umno yang belum pernah dimenangi pembangkang, termasuk Kerdau (semasa nama Sanggang) yang pernah diadakan PrK, PAS kalah sekitar 1,900 undi.

2. Mungkin atas alasan no.1 ini, PAS tidak melakukan penambah baikan kekuatan cawangan sejak PRU 2008. Ada hanya lima cawangan.

3. Jentera lambat bergerak berikutan lambat kepoutusan/arahan kerja dari PAS Pusat. Pergerakan awal hanya berlaku di peringkat Melaka dan Pahang sahaja. Petugas pembantu negeri-negeri bermula secara all-out hanya dua hari sebelum penamaan calon.

4. Kekangan kewangan peringkat perhubungan PAS negeri antara punca “headstart” tidak berorientasi menemui pengundi, tetapi persiapan teknikal bersifat dalaman.

5. Ketidak upayaan jentera kempen berdepan dengan kempen agresif jentera kerajaan BN, terutama dari segi fitnah yang memburukkan pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat.

6. Tiada penyelarasan kempen Pakatan Rakyat untuk menjawab isu hubungan PAS-DAP yang menjadi modal Umno memburukkan ‘politik orang Melayu’ di daerah mengundi Melayu.

7. Isu-isu pembangunan di Negeri Pakatan Rakyat (termasuk isu Kelantan) tidak mampu dijawab secara berkesan dan tidak dijadikan fokus semasa merayu undi rumah ke rumah.

8. Pasukan kempen masih belum menemui isu yang spesifik untuk menarik keyakinan orang Melayu, terutama di Felda. Sementara isu-isu pokok seperti peri penting menyokong perjuangan Islam telah dikelirukan oleh provokasi Umno yang mengaitkan “undi PAS masuk syurga” dan “PAS kuda tunggangan DAP.”

9. Kepelbagaian pendekatan kempen masih terikat dengan program lama (penerangan, ziarah, sebaran risalah). Pendekatan baru seperti billboard, ramah mesra dan majlis bersama pengundi tidak dapat diadakan secara merata disebabkan kekangan kewangan dan kurang kemahiran pihak pasukan kempen pemuda, muslimat dan kempen pimpinan.

10. Strategi kempen berpandukan kumpulan pengundi sasar, seperti MOSWA, pengundi muda dan atas pagar tidak disasarkan secara berstrategik menyebabkan perubahan sikap pengundi/culaan gagal mendapat bacaan tepat.

Kempen melampau BN

Kebalikan daripada wujudnya kelemahan (?), kedua-dua PRK itu pula berhadapan dengan kempen melampau dan terlarang BN yang jalankan oleh agensi-agensi kerajaan BN. Hakikatnya jentera PAS telah berlawan dengan jentera kerajaan BN. Walaupun fakta ini dianggap sebagai ‘alasan’ menutup kelemahan (?), namun setakat keupyaan PAS berdepan dengan ‘program kempen BN’ menerusi jentera kerajaan itu, PAS tidak berdiam diri.

Beberapa report polis, SPRM dan SPR telah dibuat, di samping pendedah media turut dibuat bagi membuktikan kempen terlampau dan terlarang BN. Kesannya, demokrasi ala-BN terus dihalalkan oleh badan penguatkuasa tersebut.

Paling ketara pihak PAS telah membuat tiga jenis report yang siginifiken dalam kes PRK kali ini. Satunya (di Kerdau) melibatkan report polis mengenai sogokan janji Pengurus Felda Jengka kepada pengundi Kerdau berjumlah RM3.368 juta atas nama bayaran SES (dari RISDA) dan RM1.547 juta atas nama bayaran SITS (dari MPOB/kelapa sawit).

Keduanya (di Merlimau) melibatkan report SPRM mengenai integriti ketua menteri Melaka atas anggapan pecah amanah dan unsur rasuah di dalam projek pembinaan kompleks Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang gagal menyiapkan projek ikut jadual dan penjualan lot tanah kepada kontraktor dan pihak tertentu.

Akhirnya, (di Merlimau dan Kerdau) melibatkan report SPR mengenai penggunaan premis awam (dewan orang ramai – Kerdau; politeknik – Merlimau) sebagai pusat operasi jentera BN yang dilihat secara terang-terangan premis untuk kepentingan awam telah disalah guna untuk kepentingan jentera BN.

Kesemua report berkenaan tidak dipedulikan, dan kesannya pengundi menganggapkan perkara itu sebagai sah dan BN sebagai tidak bersalah. Justeru, pihak PAS boleh menggunakan report ini sebagai bahan kes kemungkinan tindakan petisyen membantah kempen melampau dan terlarang BN di Merlimau dan Kerdau. Tindakan petistyen amat penting sebagai protes dan political action untuk mencetuskan gelombang bersih demokrasi menjelang PRU13.

Pengajaran menjelang PRU

PAS sebagai parti politik-dakwah tidak seharusnya serik mengorak langkah perjuangan bersama Pakatan Rakyat. Apa pun PAS memerlukan persiapan rapi menghadapi mencabar dalam meraih keyakinan rakyat. Masanya masih ada membina saf kemenangan menjelang PRU 13 nanti dengan memberi perhatian kepada tanggungjawab berikut:

1. Mendaftar pengundi baru di dun sasaran dalam tempoh Mac-Jun 2011 (baki masa yang ada) menjelang kemungkinan PRU November 2011 nanti.

2. Mengurus pengundi luar lebih awal dengan menemui mereka di lokasi seperti di Lembah Klang, Bandar-bandar utama, Sabah dan Sarawak.

3. Mengurus selera pengundi muda dengan program mesra dan menambat hati seperti membanyakkan NGO belia di bawah naungan PAS.

4. Memperjelas isu-isu kejayaan pentadbiran Negeri Pakatan Rakyat secara ‘nationwide’ menerusi forum dan seminar serta ceramah bergerak pimpinan PAS.

5. Menguruskan dan membekalkan maklumat strategik menjawab fitnah dan provokasi serta pre-amptive pihak Umno-BN, media cetak, media elektronik dan media baru.

6. Serentak itu, pemerkasaan jentera parti dan cawangan harus dibuat bersempena dengan mesyuarat agung parti sehingga menjelang PRU13.

Penutup

Berpandukan keputusan dua PRK serentak ini, kemerosotan undi yang dialami PAS adalah melibatkan semua kaum dan umur pengundi serta lokasi pengundi. Ini memberi amaran pendekatan persepsi (issues based) bukan memberi jaminan kepada pengupayaan PAS-Pakatan Rakyat membina pengaruh, setidak-tidak untuk bertahan pada undi PRU 2008.

Oleh itu, langkah reinventing jentera parti amat penting, khususnya ke arah melengkapkan nilai kemenangan berasakan KPI pilihan raya, iaitu mendaftar pemilih mengikut Dun tumpuan, melatih kepakaran pimpinan dan petugas pilihan raya, pengurusan isu dan krisis dalaman secara bijaksana dan persiapan kewangan yang cukup.

Sekian.

Wassalam.

PAS UNTUK SEMUA
5 Rabi’ulakhir 1432/10 Mac 2011.

09 March, 2011

PrK Merlimau & Kerdau: Poin kritikal persiapan PAS menghadapi PRU13.

Keputusan pilihan raya kecil (PRK) Merlimau dan Kerdau tidak mengejutkan kerana ia berlaku di kubu Umno. Mungkin bagi setengah pihak, agak terkejut bila dilihat kepada lonjakan undi BN yang amat ketara. Apa pun, PAS tetap utuh dengan sokongan undi teras.

Keputusan PrK

a)PrK Merlimau

Berlaku di Merlimau, tatkala pada PRU 1999 undi PAS sebanyak 2,012 sudah dikira cukup baik dalam konteks bertempur di kubu teras Umno. Pada PRU 2004 pula, PAS tidak bertanding, sebaliknya KeADILan yang bertanding dan meraih 1,245 undi. Pada PRU 2008 PAS kembali bertanding dan meraih 2,827 undi. Prestasinya sudah cukup baik dengan hanya berbekalkan lima cawangan PAS. Maknanya, berlaku kenaikan sebanyak 1,582 undi di Merlimau.

Namun pada PRK lepas, PAS di Merlimau sudah meraih sebanyak 2,319. Bandingan dengan PRU 2008 berlaku penurunan hanya 508 undi. Tetapi ia tetap lebih baik jika dibanding dengan PRU 1999. Maka teras PAS di Merlimau adalah sekitar angka 2,000 dan tidaklah seteruk PRU 2004 ketika KeADILan bertanding.

b)PrK Kerdau

Pada pilihan raya umum (PRU) 2004, undi PAS di Kerdau 1,871 dan PRU 2008 meningkat kepada 2,250. Berlaku kenaikan sebanyak 649 undi. Namun pada PRK lepas, PAS meraih sebanyak 2,336. Berlaku kenaikan sebanyak 86. Mudah dikata, undi PAS masih utuh pada pengaruh status-quo. Sokongan kepada PAS masih segar dan pihak BN tidak mampu menggugat teras PAS di Kerdau.

Kempen melampau BN

Kebalikan daripada wujudnya kelemahan(?)yang membawa kecundangnya PAS di kedua-dua PRK, ia ada hubung kait dengan kempen melampau dan terlarang BN yang dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan BN. Hakikatnya jentera PAS telah berlawan dengan jentera kerajaan BN. Walaupun fakta ini dianggap sebagai ‘alasan’ menutup kelemahan(?), namun setakat keupayaan PAS berdepan dengan ‘program kempen BN’ menerusi jentera kerajaan itu, PAS tidak berdiam diri.

Beberapa report polis, SPRM dan SPR telah dibuat, di samping pendedahan media turut dibuat bagi membuktikan kempen terlampau dan terlarang BN. Kesannya, demokrasi ala-BN terus dihalalkan oleh badan penguatkuasa tersebut.

Report

Paling ketara pihak PAS telah membuat tiga jenis report yang siginifiken dalam kes PRK kali ini. Satunya (di Kerdau) melibatkan report polis mengenai sogokan janji Pengurus Felda Jengka kepada pengundi Kerdau berjumlah RM3.368 juta atas nama bayaran SES (dari RISDA) dan RM1.547 juta atas nama bayaran SITS (dari MPOB/kelapa sawit).

Keduanya (di Merlimau) melibatkan report SPRM mengenai integrity ketua menteri Melaka atas anggapan pecah amanah dan unsur rasuah di dalam projek pembinaan kompleks Majlis Agama Islam Melaka yang melibatkan pihak tertentu dengan kontraktor yang gagal menyiapkan projek ikut jadual serta penjualan lot tanah kepada kontraktor dan pihak tertentu.

Akhirnya, (di Merlimau dan Kerdau) melibatkan report SPR mengenai penggunaan premis awam (dewan orang ramai – Kerdau & politeknik – Merlimau) sebagai pusat operasi jentera BN yang dilihat secara terang-terangan premis untuk kepentimgan awam disalah guna untuk kepentingan jentera BN.

Kesemua report berkenaan tidak dipedulikan, dan kesannya pengundi menganggapkan perkara itu sebagai sah dan BN sebagai tidak bersalah. Justeru, pihak PAS boleh menggunakan report ini sebagai bahan kes kemungkinan tindakan petisyen membantah kempen melampau dan terlarang BN di Merlimau dan Kerdau. Ini sebagai move mencetuskan gelombang bersih menjelang PRU13.

Pengajaran menjelang PRU

PAS sebagai parti politik-dakwah tidak seharusnya serik mengorak langkah perjuangan yang kini bersama Pakatan Rakyat. Apa pun PAS memerlukan persiapan rapi menghadapi mencabar dalam meraih keyakinan rakyat. Masanya masih ada membina saf kemenangan menjelang PRU 13 nanti dengan memberi perhatian kepada tanggungjawab mendaftar pengundi baru, mengurus pengundi luar, mengurus selera pengundi muda, memperjelas isu-isu kejayaan pentadbiran Negeri Pakatan Rakyat, menguruskan dan membekalkan maklumat strategic menjawab fitnah dan provokasi serta pre-amptive pihak Umno-BN, dan pemerkasaan jentera parti dan cawangan sehingga menjelang PRU13.

08 March, 2011

PRK Merlimau dan Kerdau: Rasuah-sogok-salah guna kuasa

Bersempena dengan genap tiga tahun usia penggal pilihan raya umum ke-12 (PRU 2008) pada hari ini 8 Mac 2011, berikut diperturunkan pemerhatian yang daripada penjalanan pilihan raya kecil Merlimau, Melaka dan Kerdau, Pahang.

Salah guna kuasa/sogokan/rasuah/pancing/beli undi dan penyelewengan pihak BN mengiringi sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau dan Kerdau. Kes-kes berikut telah dicatatkan berlaku menjelang penamaan calon sehingga kempen 2 Mac 2011:

1. Pada Seminar Kecemerlangan Institusi Keluarga di Sekolah Kebangsaan Chenderah di Merlimau, Rabu (2 Mac) - Mohd Ali, Ketua Menteri Melaka menyogok 70 basikal kepada murid sekolah SK Chenderah (MstarOnline 3 Mac) dengan taktik memancing undi ibu bapa pelajar terbabit.

2. Muhyiddin dalam lawatannya ke Dun Merlimau (1 Mac), memancing undi dengan menjanjikan peruntukan geran pembinaan sekolah agama rakyat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau berjumlah RM1.5 juta (Utusan online 3 Mac).

3. Pihak Felda (seperti diumumkan Ahmad Maslan) turut membantu BN di PRK Kerdau membeli undi melalui pengumuman bayaran ses di bawah Skim Insentif Tanam Semula yang diberi kepada 433 peneroka dengan bayaran wang insentif RM1,000 sehektar atau bersamaan RM4,000 seorang yang kesemuanya bernilai RM1.8 juta. Majlis membeli undi itu dijadualkan pada Jumaat ini (4 Mac), dua hari menjelang pengundian (Umno online 2 Mac; Utusan online 3 Mac).

4. Umpan untuk beli undi ibu bapa pelajar telah dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dengan memberi sumbangan kepada seramai 34 pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu termasuk 29 pelajar dari Sekolah Menengah Dang Anum. Majlis mengumpan itu diadakan di Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang dan Jamuan Rakyat DUN Merlimau (dlm. Sinar Harian online http://www.sinarharian.com.my/merlimau/).

5. PAS menerusi Naib Ketua Pemuda PAS, Ahmad Sabki telah mengadu secara rasmi kepada pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melibatkan penggunaan jentera kerajaan/premis awam pihak BN di Kerdau sebagai tindakan salah guna kuasa dan penggunaan melampau premis Sekolah Rendah Batu Sawar, Padang Awam Teluk Sentang dan Dewan Orang Ramai Felda Jengka 23 serta Balai Raya Kuala Tekal. Di situ telah didirikan khemah dan menaikkan bendera parti serta aktriviti kempen.

6. Tan Sri Muhyiddin telah berjanji bersifat menyogok 300 seramai ibu bapa merupakan pengundi Dun Kerdau sedia meluluskan pembinaan blok tambahan untuk bengkel kemahiran hidup dan makmal bernilai RM5 juta di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau dan turut mempengaruhi pengundi sebagai pancing undi dengan sanggup dimasukkan cadangan dalam projek Rancangan Malaysia ke-10. Di samping turut berjanji untuk menyiapkan 18 sekolah di parlimen Kuala Krau yang akan diberikan peruntukan penyelenggaraan sebanyak RM1.9 juta (Malaysiakini 1 Mac).

7. Berlaku pengedaran kotak barangan kepada pengundi Cina di Kerdau dan dilihat menyogok dan merasuah pengundi apabila peenerima diarahkan memasang pelekat BN pada rumah masing-masing dan dibuktikan lagi (sogokan dari BN) kerana pada kotak itu ada gambar wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menterinya Datuk Seri Shahrizat Jalil. Setiap kotak mengandungi nasi, Milo, biskut, susu tepung dan sardin dalam tin (Malaysiakini 28 Februari).

8. Datuk Seri Najib Razak mengumumkan satu nilai sogokan untuk memancing undi berjumlah hampir RM10 juta bagi projek pembangunan rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau menjelang hari penamaan calon. Pengumuman itu dibuat di dua majlis perjumpaan berasingan di hadapan pengundi di Batu Sawar dan pengundi Cina, India dan Orang Asli di Kampung Baru Kerdau. Sogokan sebanyak RM10 juta itu dalam bentuk sogokan projek mengganti paip bernilai RM9.25 juta, gelanggang serbaguna masyarakat Cina RM400,000, membina kuil Hindu RM100,000, dan Balai Bomba sukarela RM150,000 (Malaysiakini 27 Februari).

9. Kehadiran Mohd Najib dan isterinya Rosmah menaiki helikopter berkempen sebelum penamaan calon di sekitar daerah mengundi Kerdau dan 'kawasan 3+1' – gugusan Felda Jengka 22, Felda Jengka 23, Felda Jengka 25 dan Felcra Rumpun Makmur dilihat sebagai salah guna kuasa kerana menggunakan wang kerajaan. Helikopter itu tidak dibiayai oleh Umno Kerdau (Malaysiakini 28 Februari).

10. Masjid as-Sujjah Merlimau (premis awam) juga digunakan sebagai pentas menyampaikan kempen oleh pengkuliah antara waktu maghrib-isyak (pada Isnin, 2 Feb). Antara ucapan pengkuliah yang sempat dicatatkan ialah "Yahudi menguasai ekonomi di Amerika Syarikat kerana ia adalah negara mereka, dan di Malaysia, orang Melayu tidak menguasai ekonomi, tetapi sebaliknya mereka menguasai politik. Jadi, anda mesti menyokong parti yang melindungi dan mempertingkatkan martabat Melayu... Saya berharap rakyat akan membuat keputusan yang betul dalam pilihan raya supaya martabat kita dapat dipertahankan." Memahami konteks itu, jelas pengkuliah itu adalah berkempen untuk BN atas masjid (Malaysiakini 2 Mac).

11. Tan Sri Muhyidin mengumumkan akan membina sekolah agama rakyat di Taman Muhibah dekat Masjid as-Sujjah Merlimau berjumlah RM1.5 juta di majlis perjumpaan pegawai agama masjid yang dihadiri sama calon BN Roslan (Berita Harian 2 Mac). Pengumuman itu satu sogokan dan mempengaruhi pengundi dari kalangan pegawai masjid seluruh Dun Merlimau.

12. Satu majlis di SMK Dang Anum, Merlimau (premis awam) pada hari Isnin (28 Februari) Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengeluarkan kenyataan, berikutan pengumuman kenaikan gaji para guru oleh Tan Sri Muhyidin, lalu beliau meminta 311 orang guru di Merlimau dapat membalasnya dengan mengundi BN (Malaysiakini 2 Mac).

13. Agensi kerajaan Pusat, Biro Tata Negara Negara (BTN) turut menyertai kempen pilihan raya kecil Merlimau dengan mengadakan tiga ceramah setiap hari bermula Ahad (27 Mac) lalu. Misinya ialah memburuk-burukkan DAP yang kononnya ‘menentang Islam dan mengancam orang Melayu’ (Malaysiakini 1 Mac).

14. Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari telah membuat laporan SPRM berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan pentadbrian di bawah Mohd Ali Rustam melibatkan projek dan dana Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berjumlah RM13.85 juta. Penyelewengan didakwa berlaku dalam kes pembinaan kompleks MAIM dan penyerahan milik lot PT 83 kepada kontraktor dan penjualan lot 106 dan 106 oleh kontraktor terbabit kepada pihak ketiga serta kelewatan jadual pembinaan kompleks yang tidak diambil sebarang tindakan (Berita Harian 2 Mac). Atas kes ini ada isu amalan kronisme, subhat dan semacam melindungi penyelewengan oleh MAIM dan Mohd Ali selaku Ketua Menteri.

15. Mohd Ali Rustam juga diketahui umum oleh para kontraktor yang menyertai tender projek negeri Melaka, sebagai ketua menteri yang mengamalkan kronisme dan rasuah. Mana-mana kontraktor yang ingin mendapatkan projek dan kelulusan tender perlu mendapat surat akuan daripada runnernya dan perlu berjumpanya terlebih dulu, kemudian membuat beberapa komitmen untuk kepentingannya (Laporan menerusi SMS 3 Mac).

16. Sementara pada Jumaat (3 Mac), berlaku di Kerdau––dua hari menjelang hari mengundi, pihak PAS menerusi seorang individu telah membuat report polis mengenai sogokan janji Pengurus Felda Jengka kepada pengundi Kerdau berjumlah RM3.368 juta atas nama bayaran SES (dari RISDA) dan RM1.547 juta atas nama bayaran SITS (dari MPOB/kelapa sawit).

17. Sementara sehari sebelummengndi (5 Mac), Muhyidin hadir menyogok bungkusan hadiah kepada petani dan nelayan di Merlimau yang secara terang-terangan berkempen dalam majlis anjuran agensi kerajaan (dilapor oleh Berita Harian 6 Mac 2011).

Perkara yang sama turut dilaporkan oleh seorang profesor dari salah sebuah universiti di USA yang membuat kajian berkaitan pembangunan negeri Melaka.

Berdasarkan pendekatan BN yang tidak bermoral, tiada integriti dan mencabar amalan demokrasi di PRK Merlimau-Kerdau, maka by hook or by crook BN telah menang!

Semuanya disebabkan pihak pengundi sedia terperangkap dengan segala janji manis, takut dengan ugutan dan terpukau dengan sogokan berjuta-juta ringgit. Itulah pengundi BN.