20 October, 2016

Selama 2 Dekad Pentadbiran Membangun Bersama Islam Negeri Kelantan

Sambungan tulisan yang terdahulu...

Berikutnya dirakamkan nilai-nilai kejayaan yang dicapai oleh Kelantan yang berpandukan dasar Membangun Bersama Islam. Mudah disebut, ketika menjelang dua dekad tempoh pelaksanaannya, bahawa banyak produk pembangunan Kelantan bersifat menerajui perubahan dalam usaha mencapai keberkatan. Justeru itu, memasuki tempoh dua dekad (1990-2010), pelaksanaan dasar Membangun Bersama Islam telah banyak membuahkan program dan projek serta perancangan pembangunan Negeri Kelantan. Dalam tempoh itu (selama 20 tahun), rakyat Kelantan sudah merasai kesannya yang dapat dilihat dalam tiga ketegori tema pembangunan, iaitu kesan ke atas kemajuan pentadbiran, menaikkan martabat Islam dan meningkatnya kesejahteraan rakyat. Meskipun di sebalik catatan ini, tidak dinafikan terdapat kebejatan aspek pelaksanaannya. Namun, komitmen dan kesungguhan serta nilai perubahan yang dicatatkan yang berpandukan syariah adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan.

1. Kemajuan Pentadbiran Kerajaan

1.1       Pentadbiran Islam

1.1.1    Meluluskan Pekeliling Pentadbiran Islam Bilangan 1 (1994) Negeri Kelantan yang menggariskan amalan pentadbiran berkonsepkan dasar Membangun Bersama Islam dan prinsip pentadbiran, antaranya mengamalkan pentadbiran berteraskan al-ubudiah, al-masuliah dan al-itqaan, memperkenal dan membudayakan adab membuka majlis/ mesyuarat dengan surah al-Fatihah dan menutup majlis dengan bacaan al-‘Asr.
1.1.2    Mengutama prinsip penjimatan/tidak berboros dan tanpa membazir di dalam berbelanja. Antaranya memastikan kenderaan dan perabot rumah dan pejabat kerajaan dijaga dengan efisen dan ekonomik.
1.1.3    Menganjurkan amalan at-taawun dalam pelaksanaan projek-projek kecil (konsep gotong-royong) sehingga boleh menjimatkan kos projek dan memupuk perpaduan.
1.1.4    Menubuh Jawatankuasa Pembangunan Islam peringkat negeri dan setiap jajahan dan memperkasakan lagi bahagian penguatkuasaan syarii di jajahan.
1.1.5    Menubuh Jawatankuasa Pembangunan Ummah Mukim (JaPeM) sejak 1995 yang menjadi jentera penggerak pembangunan di peringkat mukim yang boleh diperkasakan lagi sebagai wadah perpaduan di peringkat grass-root.
1.1.6    Melantik wakil kaum (hak bukan Islam) sebagai ahli majlis di Majlis Daerah dan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandara Raya Islam (MPKB-BRI).
1.1.7    Mewujudkan perjawatan khusus (memberi hak) untuk wanita terlibat dengan institusi kerajaan negeri, antaranya:
i.    Melantik wakil wanita sebagai ahli majlis bagi Majlis Daerah dan MPKB-BRI.
ii.   Melantik Penghulu Wanita Tanpa Mukim di setiap DUN dan parlimen.
iii.  Melantik pegawai dan pembantu pegawai dakwah anggota Unit Dakwah Halaqat
iv.  Menubuh portfolio pembangunan wanita dan Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan yang diurus oleh seorang ahli Exco wanita.
v.   Menambahkan perlantikan guru wanita menduduki jawatan pengetua-pengetua di sekolah YIK.
vi.  Memberi ruang wanita (wakil muslimat) dipilih sebagai ADUN, ADR, ADN dan ahli Exco, PTN (pengambilan pertama 2007 seramai 15 orang) serta perlantikan politik termasuk Pengarah Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan.
vii. Menginstitusikan Skim Bantuan Armalah dengan melantik pegawai armalah di setiap DUN untuk mengurus program pembangunan insan kepada semua armalah.
1.1.8    Melaksanakan konsep perbandaran Islam secara menyeluruh di semua bandar melalui pihak berkuasa tempatan. Ia dimulakan dengan Kota Bharu telah dibangunkan sebagai perbandaran Islam pertama di Malaysia dengan jolokan Kota Bharu–Bandar  Raya Islam mulai November 2005. Antara perancangan bandar Islam itu ialah amalan seni bina  Islam, siaraya dakwah untuk pendengar bandar, menjadikan masjid-masjid sebagai tumpuan pelancong. Ia diikuti pembudayaan Islamik di dalam aktiviti harian serta perkhidmatan yang mengutamakan mesra, lestari dan bersih. Sehingga kini, beberapa majlis daerah turut merancang ke arah melaksanakan konsep perbandaran Islam seperti Ketereh Bandar Islam dan Bachok Bandar Pelancongan Islam.
1.1.9    Masa pulang diperawalkan dan tiada waktu rehat tengahari dalam bulan Ramadhan bagi membolehkan ibadat digandakan dan membolehkan suri rumah/ kakitangan wanita membuat persiapan untuk berbuka puasa.
1.1.10 Menamatkan majlis rasmi sebelum waktu sembahyang atau memulakannya selepas sembahyang.
1.1.11 Mengamalkan pentadbiran yang prihatin dan mesra serta mengambil kira nilai-nilai kepuasan kerja untuk pegawai dan kakitangan kerajaan negeri. Antaranya melalui: peruntukan cuti bersalin lebih panjang kepada ibu-ibu yang bekerja dari 40 kepada 60 hari, jadual kerja harian pejabat kerajaan negeri dan agensinya selama  lima (5) hari seminggu (Ahad hingga Khamis), mengisytiharkan hari Sabtu sebagai hari untuk keluarga, dan hari Jumaat digalakkan sebagai hari ilmu (mengikuti kuliah agama di masjid atau Dataran Ilmu MPKB-BRI).
1.1.12  Memperkemaskan lagi Enakmen Keluarga Keluarga Islam Kelantan 1993 (pindaan 1999), antaranya diperkemaskan dari pengisian borang, jumlah saksi dan syarat pasangan berkahwin dikehendaki mengambil kursus perkahwinan dan membuat saringan penyakit aids.
1.1.13  Memperkenalkan sistem pendaftaran e-nikah (sejak 2007) yang sistematik dan kad nikah pintar itu berasaskan teknologi elektronik canggih yang dapat memuatkan semua maklumat dan dokumen pernikahan.
1.1.14 Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) menjadi agensi pertama melaksanakan pembayaran gaji mengikut kalendar Islam (setiap 25 haribulan Hijriah) bermula 25 Rejab 1430 bersamaan 18 Julai 2009.

1.2       Pengurusan kewangan

Aspek penting pengurusan kewangan adalah mengamalkan dasar belanjawan ‘Berbelanja Cermat dan Berhemat’ sejak tahun 1990. Prinsipnya adalah berbelanja mengikut keperluan dan mengelak perbelanjaan yang tidak berfaedah atau seperti dinyatakan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, “berbelanja jangan sampai boros, berjimat jangan sampai kedekut.” Dasar Berbelanja Cermat dan Berhemat diterjemahkan dalam empat strategi yang saling berhubungan, iaitu usaha meningkatkan produktiviti, sebarang peningkatan kos pengurusan perlu dipantau dan kawalselia, tumpuan khas perlu diberi kepada projek untuk golongan miskin dan daif, dan pengurusan dan pentadbiran dana awam diperbaiki. Dalam pada itu, Kerajaan Negeri Kelantan turut menjadikan Belanjawan Negeri sebagai strategi untuk menjaga Islam. Justeru dasar Membangun Bersama Islam adalah mengamalkan dasar belanjawan ‘Berbelanja Cermat dan Berhemat’ secara khususnya menekankan dimensi kejuruteraan ekonomi dan sosial secara kolektif bagi memperkukuhkan dimensi pembangunan yang berimbang dari segi material dan rohaniah. Oleh itu, kerajaan negeri amat komited menjayakan program-program berikut:
1.2.1    Mengasingkan akaun kerajaan antara yang halal dengan yang haram.
1.2.2    Memindahkan simpanan tetap dari bank riba ke Bank Islam.
1.2.3    Mengutamakan amalan tender terbuka dalam pembalakan demi menjamin hasil yang besar kepada kerajaan negeri dan mencegah ketirisan hasil.
1.2.4    Menubuhkan Tabung Serambi Mekah sejak 1991 bagi menerima pelbagai sumber derma/sumbangan dan diasingkan sumber halal dan haram untuk pengunaan awam.
1.2.5    Melaksanakan Sistem Gadaian Islam (ar-Rahn) mulai 1992 dan mengarahkan semua pajak gadai riba ditukar kepada sistem Islam mulai tahun 1993. Kemudian sistem pajak gadai itu telah diterima pakai oleh Bank Rakyat tahun 1993 dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) dan diterima pakai oleh beberapa agensi kewangan lain. Sehingga kini, Ar-Rahn Kerajaan Negeri Kelantan selain di Kota Baharu telah membuka cawangannya di jajahan Pasir Puteh, Bachok dan Tanah Merah. Di samping sedang mengembangkan cawangan ke luar Kelantan. Kini telah dibuka 11 cawangan luar Kelantan, iaitu di Kuala Lumpur, Kajang, Bentong, Raub, Kuantan, Alor Star dan Sungai Petani serta Kangar.
1.2.6    Memastikan agensi perniagaan di bawah kerajaan negeri seperti PKINK dan anak-anak syarikat yang lain dapat membayar zakat daripada wang keuntungannya.
1.2.7    Mengamalkan sistem pinjaman tanpa riba kepada kakitangan kerajaan dan wakil rakyat, melibatkan pinjaman perumahan, kenderaan  dan komputer.
1.2.8    Melancarkan penggunaan wang syariah (tahun 2010) daripada emas dan perak dikenali “emas dinar dan dirham” sebagai satu mata wang alternatif untuk simpanan dan pelaburan serta hadiah. Pihak Permodalan Kelantan Berhad (PKB) melalui Kedai ar-Rahn telah diberi amanah sebagai agensi pelaksana.
1.2.9        Mengusahakan pelbagai punca hasil baru, antaranya:

i.    Mendapatkan bayaran daripada Tenaga Nasional Berhad atas ganti rugi kawasan perhutanan Empangan Pergau dan mendapatkan bayaran hasil tahunan daripada penggunaan air untuk menggerakkan tenaga hidro-elektrik.
ii.   Mendapatkan bayaran daripada pelbagai agensi kerajaan pusat (seperti FELDA, FELCRA, RISDA dan KESEDAR) atas penggunaan tanah kerajaan negeri untuk pelbagai projek perladangan getah dan kelapa sawit.
iii.  Menggerakkan pihak Majlis Daerah dan MPKB-BRI membuat kutipan hasil cukai bandar kepada semua bangunan-bangunan kerajaan negeri dan persekutan – sebelum ini sebahagian besar pemunya bangunan tersebut (misalnya, bangunan sekolah – pemunya adalah Kementerian Pelajaran) tidak pernah membayar cukai bandar kepada Majlis Daerah.
iv.  Mempercepatkan proses penyelesaian tanah, kesannya lebih cepat penyelesaian berlaku akan lebih cepat bayaran premium akan dibayar kepada kerajaan negeri.
1.2.10  Kerajaan negeri telah menunjukkan kesungguhan di dalam isu tuntutan wang royalti minyak. Mengambil inisiatif mendapatkan hak royalti minyak daripada Petronas (kerajaan Pusat) berasaskan perjanjian carigali minyak di kawasan perairan Kelantan yang termeterai sejak 1975. Ia sebagai punca hasil baru negeri yang tidak dibayar oleh Petronas sedangkan hasil penerokaan minyak dan gas itu sudah melebihi 10 tahun didaratkan di Songkhla dan disalurkan ke pelantar minyak di Terenganu. Kerajaan negeri yakin, kandungan perjanjian 1975 dan undang-undang joint development area (JDA) adalah memberi hak kepada Kelantan mendapatkan bayaran daripada Petronas.

1.3       Amalan bersederhana dan berkebajikan

1.3.1    Penggunaan kenderaan sedia ada untuk MB dan Exco. Pembelian kenderaan baru untuk MB adalah di atas dasar kenderaan lama yang melibatkan kos penyelenggaraan yang tinggi dan tidak ekonomik.
1.3.2    Memastikan pimpinan kerajaan negeri termasuk ahli Exco mematuhi enakmen saraan dari segi penggunaan harta kerajaan termasuk tidak menyalahgunakan kenderaan khas dan tidak menggunakan kemudahan kerajaan untuk kempen  pilihan raya.
1.3.3    Memotong elaun bulanan untuk tabung kebajikan parti dan potongan tahunan untuk Tabung Serambi Mekah: Tuan Guru Dato’ Menteri Besar, misalnya telah memotong elaunnya sebanyak 45 peratus (40 peratus kepada Parti dan 5% kepada Perbendaharaan Negeri) dan setiap wakil rakyat kerajaan juga memotong 20% kepada tabung kebajikan parti serta setiap pegawai/kakitangan lantikan politik memotong 5% (antaranya semua pegawai lantikan di Pusat Kajian Strategik; Urusetia Penerangan, Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO; Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan; pegawai khas ahli Exco, termasuk penghulu, ahli majlis dan Bahagian (dulu Unit) Dakwah Halaqat) dan menggalakkan pegawai/kakitangan awam/badan berkanun yang lain turut membuat potongan 5% kepada tabung kebajikan parti dan Tabung Serambi Mekah. Hikmah amalan potongan itu ialah untuk menzahirkan keikhlasan dan pengorbanan untuk kebajikan awam.
1.3.4    Tuan Guru Dato’ Menteri telah menunjukkan contoh terbaik dari segi kesederhanaan, meskipun beliau berhak menikmati kesemua kemudahan bertaraf “lima bintang”. Antaranya:
i.    Tidak segera menukar perabot rumah dan hiasan dalaman Kediaman Rasmi MB.
ii.   Lebih 15 tahun tidak menggunakan sepenuhnya (berjimat-cermat) peruntukan khas Menteri Besar bagi mengadakan sambutan hari raya sebanyak RM 30,000 dengan tidak menghalang sambutan yang diadakan secara bersederhana.
iii.  Tidak membelanjakan sepenuhnya peruntukan khas Menteri Besar untuk majlis berbuka puasa sebanyak RM15,000.
iv. Mengembalikan elaun sewa rumah khas Menteri Besar apabila tidak menduduki kediaman rasmi sebanyak RM 3,000 sebulan. Sebaliknya kekal tinggal di rumah sendiri di belakang Masjid Pulau Melaka.
v.   Tidak menggunakan khidmat pengawal keselamatan di rumah sendiri.
1.4       Pentadbiran tanah

1.4.1    Melaksanakan prinsip penyelesaian penerokaan tanah kerajaan yang dibuat oleh mana-mana rakyat sebelum 1990. Sementara tanah yang kerajaan yang diterokai selepas 1990, langkah penyelesaian dibuat mengikut budibicara dan pemberian ganti rugi sekiranya tanah berkenaan akan dimajukan oleh pihak swasta/agensi kerajaan negeri.
1.4.2    Mempermudahkan urusan pemilikan selepas tanah-tanah dilulusmilik dengan memberi keutamaan kepada permohonan hak milik tanah yang telah dibayar deposit, menyedia kemudahan bayaran ansuran untuk premium bagi meringan beban golongan kurang mampu untuk memiliki tanah, dan menurun kadar bayaran premium tanah.
1.4.3    Mempertingkatkan kutipan tunggakan hasil tanah dan memperturunkan kuasa kepada Ketua Jajahan untuk memberi kelulusan tanah (yang kurang 10 ekar) melalui keputusan Jawatankuasa Hal Ehwal Tanah (JHET) jajahan.
1.4.4    Tidak meminda undang-undang tanah bagi mengelakkan pemilikan tanah akan terlepas kepada pihak bukan peranakan Kelantan. Kesannya, negeri Kelantan adalah antara negeri yang memiliki tanah simpanan Melayu yang terluas di negara ini.
1.4.5    Mengadakan kawalan ke atas tanah-tanah pertanian (terutama sawah padi) daripada bertukar status kepada tanah bangunan demi mengekalkan kawasan pengeluaran makanan Negara.
1.4.6    Sentiasa bekerjasama dengan pihak kerajaan Pusat di dalam menyediakan kawasan tanah dan membuat pengambilan balik untuk pembangunan bersama/ kepentingan rakyat. Antara yang terbaru projek Universiti Kelantan di Jeli dan Bachok, projek Taman Makanan Negara (TEMAN) di Jalan Salor, pembinaan sekolah dan sebagainya.

2. Meningkatkan Martabat Islam
           
2.1              Pendidikan Islam––memastikan peningkatan  sumbangan YIK dan YAKIN ke arah menjadikan negeri Kelantan menjadi hab pendidikan Islam dan wujudnya persekitaran pembelajaran yang kondusif di Malaysia menerusi:

2.1.1        Memperuntukkan tambahan perbelanjaan pembangunan sekolah YIK untuk membangunkan bangunan baru dan tambahan kelas, mampu menampung lebih ramai pelajar dan memberi peluang belajar agama lebih ramai kepada anak tempatan dan luar negeri.

2.1.2        Memulakan pengajian tahfiz al-Quran melalui penubuhan Maahad Tahfiz Al-Quran di Pulai Chondong, diikuti dengan Maahad Tahfiz Sains di Tanah Merah. Kesannya berlaku perkembangan pengajian tahfiz secara meluas termasuk penganjuran pihak swasta. Sehingga kini pelajar sulung tahfiz telah berjaya menduduki pelbagai bidang pekerjaan termasuk ahli professional seperti doctor dan engineer.

2.1.3        Menambah bilangan guru terlatih (kursus KDC), tetap dan berelaun. Ko-kurikulum berpandukan Kementerian Pendidikan (akademik) Sukatan pendidikan (agama) dari Universiti Al-Azhar Mesir. Memperbanyakkan jawatan guru tetap dan berpencen (zaman BN hanya 54 orang, di zaman PAS sekarang berjumlah 336 orang). Menaikan elaun guru sekolah bantuan YIK. Mengembang Pusat Pengajian Pondok YIK dan mendapat kebenaran untuk melanjut pengajian di Universiti al-Azhar memasuki tahun dua. Menambahkan peruntukan untuk pengurusan dan pembangunan YIK, dari RM18 juta (masa BN) kepada RM30 juta dan sekarang bertambah kepada RM60 juta. Membuka kelas kemahiran dan sains – sains tulen, teknik, vokasional dan perdagangan.

2.1.4        Berikutan perkembangan baik langkah kerajaan negeri memperkenalkan Maahad Dakwah Wal-Imamah oleh YAKIN sebagai pusat pengajian dan kepimpinan dakwah, ia telah membawa kepada penubuhan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra yang bertaraf IPT yang beroperasi sepenuhnya pada tahun 2000. Sehingga kini, kolej ini dikenali dengan KIAS telah menarik pelajar dalam dan luar negeri datang belajar di Kelantan. Lepasan kolej ini boleh melanjutkan pengajian ke timur Tengah, Indonesia, China dan di semua universiti tempatan. KIAS juga telah meluaskan lagi hubungan dengan universiti luar negara selain dengan timur tengah juga dengan Indonesia, termasuk dengan Acheh Darusalam.

2.1.5        Terus memperkasakan komitmen kerajaan negeri terhadap peluang pendidikan Islam di Timur Tengah termasuk di Universiti al-Azhar Mesir dengan menyedia kemudahan pinjaman pendidikan menerusi YAKIN (peruntukan lebih daripada RM8 juta setahun) dan menyedia asrama yang berharga RM17 juta di Kaherah, Mesir.

2.1.6        Kini, YIK melangkah lagi dengan memulakan pengajian Kolej YIK di Kok Lanas. Dikuti dengan perancangan ke arah pembangunan Gua Musang sebagai bandar pendidikan anjung selatan yang dimulakan dengan pembukaan kelas tahfiz sains dan pembesaran sekolah YIK sedia ada di Gua Musang.

2.1.7        Menyalurkan bantuan untuk pengajian tahfiz al-Quran, pelajar pondok (melalui Majlis Agama/MAIK) dan memberi elaun guru tahfiz (selian guru YIK), di samping guru-guru pondok turut diberi sagu hati bulanan.

2.1.8        Menubuh dan menyalurkan peruntukan khas kepada Perbadanan Pembangunan Pondok Berhad (badan bukan kerajaan) bagi memastikan berlakunya pembangunan pusat pengajian pondok secara berterusan.

2.2              Pendidikan awam dan swasta

2.2.1        Menubuh Pusat ICT Desa melalui projek ICT desa di setiap DUN bagi memberi khidmat kepada pelajar luar Bandar menguasai dan mahir di bidang teknologi maklumat komunikasi (ICT).

2.2.2        Kelantan telah mencapai taraf hub pendidikan yang lestari dan kondusif. Ramai penguasaha pusat pendidikan tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) telah mengembangkan cawangan di Kelantan. Sehinggi kini IPTA yang beroperasi secara kampus tetap ialah Universiti Malaya di Nilam Puri, UiTM Machang dan UiTM Kampus Bandar Kota Bharu dan USM Kampus Perubatan Kubang Kerian serta Kolej MARA, di samping pengajian jarak jauh UKM dan USM. Kini, dibuka satu lagi universiti baru dengan imej Kelantan, UMK Pengkalan Chepa.

2.2.3        Tidak ketinggalan IPTS yang berasaskan pengajian profesional seperti ITTAR, PTPL, OUM, Wawasan Open University, KIST dan Masterskill.

2.2.4        Kesan percambahan IPTA dan IPTS secara tidak langsung turut merancakkan pembangunan ekonomi dan sosial yang berkait serta menjadikan Kelantan pusat pendidikan terulung pantai timur.

2.2.5        Melaksanakan amalan kebertanggungjawaban sosial kalangan agensi kerajaan negeri di dalam memastikan pelajar miskin terus dibantu, misalnya melalui Majlis Agama Islam Kelantan, Perbadanan Menteri Besar dan YAKIN disediakan bantuan pelajaran bulanan kepada pelajar miskin sewaktu dibangku sekolah lagi.

2.2.6        Selain YIK dan YAKIN, Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) juga bertanggungjawab mengembangkan pendidikan berasaskan teknologi komunikasi maklumat. Darul Digital telah ditubuhkan berperanan melahirkan tenaga pakar seni animasi berasaskan teknologi digital bagi melahirkan animator, pengamal filem yang Islamik bertaraf antarabangsa.

2.2.7        Mengiktiraf  pendidikan pra-sekolah PASTI sebagai pusat pendidikan Islam dan kelas fardu ‘ain untuk kanak-kanak; menerima bantuan tahunan sebanyak RM200,000 setahun.

2.3       Pembangunan/pengimarahan masjid

2.3.1.  Menambahkan peruntukan untuk kemajuan masjid melalui MAIK daripada RM 1 juta kepada RM 2 juta. Selain peruntukan tahunan melalui wakil rakyat untuk membaiki dan mencantikan masjid serta melengkapkan perlatan baru.
2.3.2    Melantik Ketua Jajahan selaku pengerusi pembanguna Islam jajahan dan memperuntukan wang pembangunan agama/masjid kepada Pejabat Tanah dan Jajahan sebanyak RM 100 ribu setahun untuk diuruskan oleh Ketua Jajahan.
2.3.3    Menyalurkan peruntukan untuk pengurusan masjid kepada jawatankuasa kemajuan masjid mukim.
2.3.4    Menambah elaun imam-imam mukim dan bilal serta siak antara RM 250 hingga mencecah RM400 sebulan. Di samping setiap setiap tahun menjelang aidil-fitri diberikan saguhati kepada imam-imam solat tarawih di setiap madrasah dan masjid bukan mukim.
2.3.5    Melaksanakan tabung al-Qardhul Hasan di masjid: Sebuah masjid satu jajahan, peruntukan tahunan RM 140 ribu, purata RM 10,000 sebuah masjid.
2.3.6    Membekalkan imam-imam solat tarawih daripada kalangan hafiz setiap tahun ke setiap masjid jajahan/mukim bagi mengembangkan bacaan al-Quran secara betul (tertil).
2.3.7    Menyalurkan peruntukan khusus setiap Ramadhan bagi program tadarus al-Quran dan tazkirah melalui wakil rakyat untuk dilaksanakan di masjid dan madrasah.
2.3.8    Membina masjid berkonsepkan seni bina Cina Muslim (Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Rantau Panjang) sebagai simbol perkembangan dakwah awal Islam dan sebagai syiar dakwah kepada pelbagai kaum, di samping mengiktiraf seni warisan binaan berkonsepkan Islam meskipun ia berasal dari bukan Melayu.

2.4       Perkembangan dakwah

2.4.1 Memperkenalkan Unit Dakwah Halaqat bgai menjalankan aktiviti pengajaran dan kuliah agama kepada orang awam dan menubuhkan Insititut Latihan Islam bagi melatih bakal-bakal pendakwah.
2.4.2 Memperuntukkan RM 20 ribu untuk kursus mubaligh, imam dan guru pondok
2.4.3 Menambah bilangan guru-guru Al-Quran dan fardhu ‘ain, sekurang-kurangnya 50 orang bagi satu DUN.
2.4.4 Memperkemaskan penglibatan dan hubungan Kerajaan Negeri dengan Jabatan Orang Asli, badan-badan dakwah dan pertubuhan Islam seperti PERKIM dan ABIM bagi meluaskan lagi aktiviti pengembangan Islam dan pemurnian akidah.
2.4.5 Mempertingkatkan fungsi Bahagian Dakwah di Jabatan Agama Islam Kelantan.
2.4.6 Menjemput dan menggalakkan orang belum Islam menghadiri program kebesaran Islam seperti sambutan hijratul rasul, berbuka puasa (iftar) dan perayaan dalam Islam.
2.4.7 Menganjur sambutan bulan Sembahyang, ulang tahun al-Quran dan mempertingkatkan kempen amalan kecemerlangan solat.
2.4.8 Menganjur sambutan Hari Hudud setiap tahun.
2.4.9 Memasukkan program Ehya' Ramadhan sebagai aktiviti ibadat terbuka seperti pelaksanaan Kariah Ramadhan oleh MPKB-BRI yang menarik kunjungan pelancong dalam dan luar negeri.
2.4.10 Memasukkan acara seni dan budaya Islam dalam karnival kebudayaan Kelantan dan mempopularkan pertandingan nasyid di peringkat negeri selain memperkenalkan pementasan hiburan alternatif berkonsepkan dakwah dan tautan kasih sayang.
2.4.11 Menetapkan Dasar Islam dalam Dasar Kebudayaan Negeri 1998.
2.4.12 Menguatkuasakan Enakmen Kawalan Hiburan Negeri 1998 berkonsepkan pendekatan Islam; dan mengemaskini peraturan kawalan hiburan 1999.
2.4.13 Merekacipta rehal (simbolik al-Quran adalah perlembagaan hidup rakyat Kelantan) dan sebagai seni bina menjadi mercu tanda Kota Bharu Kota Budaya.

2.5       Pembangunan insan

2.5.1    Satu matlamat penting kepimpinan ulamak yang berteraskan dasar Membangun Bersama Islam ialah untuk melahir sumber insan (human capital) yang menghayati dan menguasai pembangunan insan. Sehingga kini, gandingan pelbagai pihak dan agensi kerajaan negeri (bertanggungjawab secara langsung menjayakan program pembinaan iman, taqwa dan kefahaman agama sebagai ad-din) antaranya:
i.    Jabatan Agama Islam melalui Unit) Dakwah Halaqat (sejak 1991),
ii.   Urusetia Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan (sejak 2004 – sebelum dipecahkan bagi membentuk urusetia yang baru),
iii.  Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO (sejak 2008 – selepas dipecahkan Urusetia Pembangian Wanita, Belia dan Sukan),
iii. Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan (sejak 2008 selepas dipecahkan Urusetia Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan),
v.   Skim Bantuan  Armalah (sejak 2007),
vi. Takaful Kifalah (sejak 2007).
Selain itu melalui beberapa institusi pendidikan sedia ada (KIAS dan YIK) turut merealisasikan program pembangunan insan kepada pelajar, malah secara khusus KIAS turut menganjurkan kursus untuk orang awam mengikuti kursus dakwah bersijil melalui Program Tafaqquh fiddin (sejak 2007). Di samping pihak Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat turut menubuhkan bahagian pembangunan insan kepada pesertanya.
2.5.2    Melengkapkan aktiviti pembangunan insan adalah peranan Majlis Daerah dan Majlis Perbandaran (MPKB-BRI) turut mewujudkan jawatankuasa pembangunan Islam masing-maisng bagi mendidik dan memupuk kefahaman dan dakwah kalangan warga tempatan.
2.5.3    Sementara melalui setiap wakil rakyat pula setiap tahun disalurkan peruntukan untuk menjalankan pelbagai aktiviti kepada semua peringkat rakyat, seperti tadarus al-Quran, sepanjang Ramadhan, mukhayyam, program mengimarah masjid, dan siri kuliah pagi Jumaat, forum, ceramah, tazkirah dan kursus kefahaman Islam.
2.5.4    Pihak jabatan kerajaan negeri dan berkanun juga diarah mengadakan tazkirah berkala untuk kakitangan di samping mengamalkan budaya kerja berasaskan amalan UMI demi mencapai integriti dan kecekapan serta kecemerlangan produktiviti.

2.6       Mempertingkatkan pelaksanaan syariat Islam

2.6.1    Pengharaman premis judi (kedai empat digit/nombor ekor dsb) berkuatkuasa pada 1 Januari, 1992.
2.6.2    Menutup kelab-kelab malam dan mengharamkan aktiviti hiburan sosial yang menyebabkan maksiat dan pergaulan bebas serta penagihan dadah dan arak; melalui penguatkuasaan Majlis Daerah dan MPKB-BRI.
2.6.3    Menghapus kegiatan pelacuran dan pusat-pusat hiburan yang menjadikan wanita sebagai pelayan atau teman sosial.
2.6.4    Menguatkuasakan peraturan yang mesra wanita dan boleh menaikkan martabat wanita. Antaranya:
i.        Menggalakkan dan menguatkuasa etika pakaian Islam (menutup aurat) bagi kakitangan awam (wanita) yang beragama Islam, sementara bagi bukan Islam dianjurkan berpakaian sopan dalam menjalankan urusan (bertugas) dan peraturan ini dijadikan syarat pengeluaran lesen premis perniagaan oleh pihak berkuasa tempatan. Di samping mempertingkat kesedaran menutup aurat kalangan semua muslimah, termasuk peniaga
ii.   Pengawalan kedai gunting (salon) agar tidak berlaku manipulasi tukang gunting wanita yang memberi khidmat bergunting/urut kepada lelaki (bukan mahram).
iii.  Melaksanakan kaunter bayaran berasingan antara lelaki dan wanita di pasaraya.
iv.  Mengamalkan pengasingan tempat duduk antara wanita dan lelaki bagi majlis rasmi kerajaan, jamuan makan dan perhimpunan awam anjuran kerajaan negeri, dan digalakkan dipraktikkan oleh semua pihak.
v.   Tidak membenarkan papan tanda perniagaan atau promosi yang memperagakan wanita terdedah aurat atau mana-mana yang bercanggah dengan Islam.
2.6.5    Menyusun semula penjualan arak mulai 1 Julai, 1993 dengan mengambil kira kedudukan premis yang khusus (boleh menjual dan meminum) untuk bukan Islam dan larangan di tempat awam (hotel, restoran ataupun pasaraya) yang menjadi kunjungan majoriti orang Islam.
2.6.6    Menutup pusat hiburan, permainan snooker dan biliard yang berkonsepkan judi dan pergaulan bebas. Sebaliknya membenar pusat snooker berkonsepkan kesukanan.
2.6.7     Pemasangan papan tanda (pihak Majlis Daerah dan MPKB-BRI) berunsur dakwah, berpandukan ayat al-Quran dan doa serta seruan mengamalkan cara hidup sihat.
2.6.8     Meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) dikenali sebagai enakmen hudud sebagai bukti kesungguhan untuk memartabatkan undang-undang jenayah Islam, meskipun kuasa pelaksanaannya masih tergantung disebabkan batasan Perlembagaan Persekutuan.
2.6.9    Walau bagaimanapun, di bawah bidang kuasa Perlembagaan Negeri yang tiada halangan/batasan daripada Perlembagaan Persekutuan, pihak kerajaan negeri terus komited dengan mengislam dasar dan enakmen-enakmen, antaranya:
i.       Meluluskan Dasar Kebudayaan Negeri 1998 berteraskan prinsip Islam.
ii.      Meluluskan Enakmen Kawalan Hiburan Negeri1998 yang mengutamakan penguatkuasaan nilai-nilai hiburan menurut Islam.
iii.     Meluluskan Dasar Pelancongan Negeri 1998 yang berprinsipkan Islam.
iv.     Meminda Enakmen Keluarga Islam (1993) tahun 1999 agar lebih kemas dari segi hukum kekeluargaan Islam.
v.      Meluluskan Dasar Wanita Negeri 2000 yang menerapkan nilai-nilai Islam – termasuk mempraktikkan amalan bersukan secara Islam melalui penganjuran Sukan Wanita Islam dan menyediakan tempat bersukan khas untuk wanita.
vi.     Meluluskan Dasar Belia Negeri 2001 yang mengutamakan pendekatan Islam
vii.    Menjadikan nilai-nilai Islam di dalam kegiatan pencegahan maksiat sosial dan gejala sosial.
viii.   Mengiktirafkan modul pencegahan secara Islam (melalui Pondok Islah Baitul Taubah di Jeram Pasu, Pasir Puteh sejak 2007) bagi pemulihan penagih dadah dan menganggapkan penagihan dadah adalah maksiat yang perlu dicegah bukan sekadar dirawati.
           
3. Pembangunan kesejahteraan rakyat

3.1       Pembangunan keimanan (spiritual) dan tradisi Islam

3.1.1    Melaksanakan projek Desa Taqwa sejak 1997 dan sehingga kini terdapat 100 buah kampung bertaraf Desa Taqwa yang layak mendapat pembiayaan program sebanyak RM50 ribu setahun.
3.1.2    Memastikan setiap pasar awam terdapat kemudahan beribadat bagi memudahkan pengunjung dan peniaga bersolat, di samping menganjur kuliah agama (waktu zohor) seperti mana di Pasar Besar Siti Khadijah berpusat di Masjid Baraah.
3.1.3    Mendidik masyarakat dengan zikir dan ayat al-Quran dengan cara mempamerkan melalui papan-papan tanda di setiap sempadan antara jajahan/kawasan majlis daerah, di pintu masuk negeri seperti di Gua Musang, Pasir Puteh, Jeli dan Lapangan Terbang.
3.1.4    Memperluaskan penggunaan replika rehal pada tiang bangunan, mercu tanda di Bulatan Jam Besar Kota Bharu dan pintu gerbang Istana Kota Lama, di samping menghiasi tiang-tiang lampu dengan kalimah suci sebagai simbol ketakwaan dan pegangan teguh kepada ajaran Islam.
3.1.5    Mempamerkan seruan Islam (ayat-ayat suci) melalui papan tanda (billboard) yang mengajak rakyat beramal, beriman, berakhlak mulia, menjaga kebersihan hati dan jiwa serta menggalak solat, menutup aurat dan mengindari maksiat – di pasang di pusat-pusat tumpuan umum/orang ramai.
3.1.6    Menguatkuasakan penggunaan tulisan jawi di peringkat kerajaan negeri (buku harian rasmi kerajaan, minit mesyuarat ahli Exco, papan tanda), penguatkuasaan di peringkat jajahan dan majlis daerah yang mengenakan syarat/isentif bagi penggunaan tulisan jawi di papan perniagaan, nama jalan, nama premis pejabat dan tempat awam dan penganjuran pertandingan tulisan khat oleh YIK dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam. Begitu juga mengekalkan tulisan jawi sebagai tulisan rasmi dalam peperiksaan di sekolah-sekolah YIK.
3.1.7    Penerapan unsur dakwah dan kerohanian di dalam seni dan budaya termasuk lirik dikir barat, nasyid dan puisi serta dijayakan melalui pertandingan di peringkat negeri.

3.2       Pelancongan berteraskan Islam

3.2.1    Menjadikan tradisi Islam sebagai produk tarikan pelancong antaranya:
              i.  mempromosikan program Ehya’ Ramadhan dan Kariah Ramadhan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad Kota Bharu,
             ii.  memperkenalkan homestay ibadat di pondok Pasir Tumbuh,
            iii.  merancang bandar satelit Islam di Pasir Tumboh, 
            iv.  mempopularkan tempat-tempat bersejarah Islam seperti Masjid Kg Laut Nilam Puri, Masjdi Pondok Tok Kenali, dan Masjid Lama Mulong kerana mengekalkan seni bina tradisi serta Muzium Islam di Kota Bharu
             v.  mengguna pakai nama-nama tokoh Islam terkemuka di pusat aktiviti perniaga seperti Pasar Siti Khatijah di Kota Bharu, Pasar Siti Aisyah di Kuala Krai, dan Bazar Tok Guru di Kota Bharu serta Pusat Perniagaan Saidina Ali di Kok Lanas.
            vi.  mengukuhkan lagi faktor tarikan pelancongan yang sedia ada dengan sifat keunikan budaya beragama – masjid pusat pengajian Islam yang formal, kuliah pagi Jumaat di bandar Kota Bharu-BRI dengan mengisytiharkan Jalan Dato’ Pati sebagai Dataran Ilmu.
            vii. Memperluas penggunaan tulisan jawi di papan tanda, billboard dan nama-nama tempat.
            viii.Memperluas papan-papan tazkirah dan ayat-ayat al-Quran serta kalimah suci sebagai hiasan bandar yang berunsur dakwah.
            ix.  menggalakkan seni arkitektur Islam bagi bangunan baru di Kota Bharu, dan di bandar-bandar lain.
3.2.2    Memulakan pengurusan hotel Islamik oleh Permodalan Kelantan Berhad (PKB) yang pertama menerusi projek perintisnya di Hotel Ansar Kota Bharu – menyediakan kemudahan bilik penginapan yang dilengkapi arah kiblat, sejadah solat dan al-Quran serta musalla. Di samping menyediakan pakej pelancongan Islam (temasuk lawatan ke pusat pengajian pondok), kakitangan menutup aurat dan hiasan dinding berkonsepkan dakwah dan doa.
3.2.3    Sedang merancang menjadikan Pusat Pengajian Pondok sebagai destinasi pelancongan utama menerusi pondok homestay yang bakal menarik pelancong Islam bertaraf antarabangsa.
3.3.4    Mengisytiharkan sepanjang PCB sebagai Zon Warisan Tardisi  yang rapat dengan budaya Islam sebagai langkah pengiktirafan seni tempatan untuk tarikan pelancong.

3.3       Pembangunan ekonomi

3.3.1    Terus mengekal dan memajukan ekonomi pertanian sebagai economic base ke arah memacu ekonomi rakyat, di samping memastikan Kelantan sebagai jelapang makanan negara dan menjadi ekonomi teras kepada kejayaan Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang dilancarkan pada 2007. Bagi memastikan tercapainya matlamat ini, kerajaan negeri kepimpinan ulamak terus komited:
i.    Menggubal Dasar Pertanian Negeri 2001 dan merangka pelan strategik yang terawal berbanding negeri-negeri lain, di samping bekerjasama dengan agensi keajaan pusat bagi menjayakan Dasar Pertanian Negara.
ii.   Menjadikan PKINK melalui syarikat Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd sebagai peneraju sektor perniagaan tani, pengeluaran input tani, pemasaran hasil tani dan pertanian tanah tinggi Lojing; memperkasa syarikat Ladang Sungai Terah peneraju sektor perladangan sawit, getah dan perkilangan sawit dan getah.
iii.  Mempelbagai aktiviti penanaman, penternakan dan perkilangan melalui penglibatan syarikat swasta dengan menyedia tanah dan pelbagai insentif terutama di dalam memajukan kawasan tanah kerajaan di jajahan Jeli, Gua Musang dan Kuala Krai.
iv.  Menyedia pelbagai kemudahan termasuk subsidi baja dan input bagi penanaman padi, dan menggalakkan penggunaan teknologi organik dalam perladangan padi.
v.   Menubuhkan Kelantan Biotech sejak 2007 (anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan) sebagai teras penerokaan teknologi-bio bagi memacu pembaharuan industri pertanian.
vi. Menggalakkan generasi belia menceburi bidang pertanian sebagai asas usahawan melalui kempen “bertani satu ibadah” pada 2009 dan menyahut seruan kerajaan pusat “pertanian adalah satu perniagaan”
3.3.2    Mempelbagaikan kegiatan PKINK dalam bidang perlombongan, pembalakan, perladangan, hartanah serta pembinaan. Di samping terlibat aktif di dalam usaha melahirkan usahawan Bumiputera yang berjaya di dalam berbagai-bagai bidang perniagaan, pertanian dan perkhidmatan.
3.3.3    Mempertingkat usaha penanaman semula hutan (reforestration) menerusi Projek Tanaman Ladang Hutan oleh Jabatan Hutan, Kumpulan Perkayuan Kelantan (anak syarikat PKINK), Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN), Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan projek penanaman getah klon sebagai sumber balak.
3.3.4    Menyekat pembalakan haram dan menambahkan penguatkuasaan ke atas kegiatan tersebut dan memastikan pemuliharaan kawasan hutan simpan kekal.
3.3.5    Memperbadankan Syarikat Ladang Rakyat sebagai syarikat kerajaan negeri (GLC) yang memajukan industri perladangan dan membuka para peserta (seluruh negeri) kalangan rakyat yang layak bagi menerima keuntungan setiap bulan.
3.3.6    Memacu pertumbuhan bandar baru, kemudahan bangunan perniagan, projek perumahan dan perladangan sawit melalui GLC. Antaranya Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) telah memajukan Bandar Baru Tunjung dan perladangan kelapa sawit.
3.3.7    Mewujudkan penyelarasan melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) bagi memastikan berlaku pelaburan dari dalam dan luar negeri bagi memajukan pelbagai projek ekonomi di Kelantan. Antaranya, diwujudkan:
i.    Pusat Serenti Perindustrian
ii.   Menyediakan skim galakan pelaburan.
iii.  Menganjurkan promosi pelaburan di luar negera, terutamanya ke Republik Rakyat China, Indonesia, Amerika Syarikat, Jepun, Singapura, Kuwait dan Amerate Arab Bersatu.
3.3.8    Memaju dan memberi kerjasama kepada pihak yang menjayakan pelbagai projek untuk kemudahan dan kemajuan ekonomi negeri seperti Projek Kemasin-Semerak, Empangan Pergau dan penyediaan tapak perindustrian.
3.3.9    Pelancaran projek Kelantan Koridor Depu pada pertengahan tahun 2008 dengan mengusahakan penanaman pokok depu/karas bagi pengeluaran gaharu untuk industri minyak wangi-wangian berteraskan teknologi manipulasi suntikan yang menghasil gaharu. Sehingga kini projek ini telah menjana hasil sekitar 10,000 kilogram sebulan.
3.3.10  Pelancaran program pertanian berkonsepkan “Bertani satu Ibadah” sempena Hari Peladang peringkat negeri Kelantan pada 20 Julai 2009. Tujuan utama untuk melahirkan petani yang berjaya di dunia dan akhirat serta memautkan keinsafan bahawa golongan petani, nelayan, penternak dan pekebun sentiasa mendapat keberkatan Allah sekiranya dipautkan dengan niat beribadat.

3.4       Pembangunan prasarana

3.4.1    Mempertingkat fungsi Pejabat Pembangunan Negeri dalam menyelaraskan projek-projek di kampung-kampung.
3.4.2    Mempertingkat peranan Pejabat Tanah & Jajahan dengan memberi kuasa kepada Pegawai Daerah untuk melaksanakan projek jajahan.
3.4.3    Meneruskan semua pelaksanaan pelbagai projek kecil dan kesejahteraan rakyat - mengetar, menaik taraf dan membatu jalan, membina parit dan saliran, menyedia input pertanian, membina dan membaiki jambatan, kalbot (saluran air), wakaf dan seupamannya:
i.    Menyalur peruntukan kesejahteraan melalui wakil rakyat – membaiki rumah, belalan air bersih, bekalan elektrik, projek infratruktur awam.
ii.   Mempertingkat peranan Majlis Daerah dan MPKB dalam menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan untuk semua rakyat. Setiap ahli majkis disediakan peruntukan khas bagi menjalankan projek-projek kecil di zon masing-masing.
3.4.4    Melaksanakan dasar ‘rumah tiga bilik’ bagi setiap projek perumahan, demi mewujudkan hubungan mesra keluarga mengikut syarak: satu bilik untuk ibu-bapa, satu bilik untuk anak lelaki dan satu bilik lagi untuk anak perempuan.

3.5       Pembinaan masyarakat madani (civil society)

3.5.1    Selain mengutamakan kesejahteraan rakyat, kerajaan negeri juga amat prihatin kepada isu-isu kewanitaan, maka kerajaan negeri berusaha melaksanakan program-program berlandaskan kehendak Dasar Wanita Negeri Kelantan. Antaranya:
i.    Pembinaan Hospital An-Nisa, salah sebuah pusat bersalin milik kerajaan negeri, selain menggalakkan pembukaan hospital bersalin anjuran swasta.
ii.   Anugerah Ibu Mithali sebagai mengiktiraf kejayaan ibu-ibu di dalam mendidik anak-anak  dan mencapai kecemerlangan kekluargaan.
iii.  Perayaan Hari Ibu-bapa sebagai usaha mengajak anak-anak mengingati jasa ibu-bapa kepada masing-masing sesuai dengan prinsip ‘syurga di bawah tapak kaki ibu.’
iv.  Berusaha mengembangkan konsep keluargaku syurgaku melalui penggubalan ‘dasar keluarga mawaddah’ mulai tahun 2009.
3.5.2    Prihatin kepada warga emas sebagai golongan yang dilayan mesra melalui pelbagai program kerajaan negeri, antaranya:
i.    Memperluaskan Skim Perlidungan Sosial Warga Emas dengan menyediakan pelan takaful kifalah kepada semua warga emas berumur 60 tahun ke atas.
ii.   Mewujudkan bantuan pesakit kronik dengan mengutamakan warga emas kurang mampu bagi menampung kos rawatan.
iii.  Menggalak penubuhan Kelab Vateran di peringkat jajahan dan DUN sebagai saluran kerajaan menyediakan bantuan untuk aktiviti sosial mereka.
iv.  Menyalurkan bantuan rumah dhuafat dengan keutamaan kepada keluarga warga emas yang tidak berumah. Melalui bantuan itu, rumah mereka dibina baru ataupun diperbaiki mana yang patut diperbaiki.
3.5.3    Mengiktiraf peranan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai langkah membantu menjayakan dasar dan program anjuran kerajaan negeri, terutama NGO berorientasikan dakwah, belia, wanita dan aktiviti kebudayaan dan kesenian. Misalnya, kerajaan negeri telah menubuhkan portfolio NGO yang diuruskan oleh ahli Exco melalui Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO. Antara NGO yang mendapat bantuan ialah NGO dikir barat yang telah berjaya menjadikan pentas hiburan konsep Islam yang menyebarkan nilai-nilai hidup Islam menerima hiburan.
3.5.4    Keprihatinan dengan kehidupan rakyat: Mempertingkatkan usaha membantu rakyat dhaif dan miskin melalui MPKB-BRI (menghapuskan bayaran lesen beca roda tiga, mengenakan bayaran lesen berpatutan kepada penjaja), Jabatan  Pertanian (input pertanian, tanaman kelompok), Pejabat Pembangunan Negeri (bantuan bekalan eletrik, bekalan air bersih, skim subsidi baja padi, bekalan anak benih tanaman dan input nelayan),  Jabatan Perkhidmatan Veterinar (ternakan lembu, kerbau, kambing, biri-biri, ayam itik).

3.6       Kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat

3.6.1        Persepsi dan keyakinan rakyat: Sehingga kini, rakyat Kelantan masih menaruh keyakinan kepada kepimpinan dan ketokohan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz untuk terus memimpin kerajaan negeri. Asas keyakinan adalah kepimpinannya yang berakhlak, bersederhana, bebas daripada penyelewangan, melayani denyut rasa rakyat, tidak pernah serik menyumbang ilmu kepada masyarakat dan ikhlas serta tawaduk.

3.6.2        Cabaran: Persekitaran sosial dan kehidupan beragama adalah serasi dengan jolokan Kelantan, negeri Serambi Mekah. Namun, suasana aman, sejahtera dan selesa, kebelakangan ini tercabar dek pengaruh luar akibat kedudukan bersempadan Thailand menjadikan Kelantan sebagai laluan perniagaan haram seperti penyeludupan dan pengedaran dadah antarabangsa. Akibat tahap penguatkuasaan yang mencabar (seperti Kastam, Polis, Imigresen, Maritim) yang dikawal kerajaan Pusat, kesannya berlaku penularan maksiat dadah, jenayah dan keruntuhan sosial remaja. Walau bagaimanapun, usaha pembangunan insan kalangan rakyat dan pelajar YIK sedikit sebanyak mengurangkan peningkatan gejala sosial dan jenayah yang tidak diingini. Namun, cabaran ini herus diberi perhatian serius demi membina jari diri dan pemupukan generasi pewaris perjuangan.

3.6.3        Istiqomah: Pelaksanaan syariat Islam tetap menjadi keutamaan dan prinsip perjuangan kepimpinan ulamak. Menerusi ruang kuasa dan bidang pentadbiran kerajaan negeri, usaha secara praktikal pihak kerajaan negeri tetap disempurnakan dengan pemakaian/pindaan enakmen dan pelbagai peraturan Islam mengikut kemampuan (kuasa yang ada). Bermula dengan semuadah peraturan, dilakukan penguatkuasaan pakaian menutup aurat, pengharaman judi dan melulus Kanun Jenayah Syariah II (Hudud) adalah pencapaian cemerlang kepimpinan ulamak di Kelantan. Ia tidak berlaku di negeri-negeri yang diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional, sedangkan mereka memiliki kuasa di peringkat pusat. Bermakna, kesungguhan menegakkan syari’at hanya berlaku di Kelantan. Oleh itu, kerajaan di bawah kepimpinan ulamak dengan dasar Membangun Bersama Islam di Kelantan adalah model terulung di dunia yang berjaya melakukan pemerkasaan usaha ke arah mendaulatkan Islam. Berikut adalah catatan kejayaan itu:

·         Kemuncak usaha itu ialah meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (HUDUD) pada 25 November 1993, meskipun Perdana Menteri waktu itu mengugut dan menghalangnya secara bertulis menerusi surat rasmi (8 Jun 1994), di samping mentohmah undang-undang Islam sebagai sebagai “hudud zalim”, “tidak adil” dan “hudud PAS”. Maka, di manakah jiwa agama pemimpin dan penyokong Barisan Nasional.
·         Sehingga kini, tiada seorangpun pemimpin Barisan Nasional yang tampil memohon maaf kepada kepada seluruh umat Islam atas kerja-kerja zalim yang menyekat terlaksananya syariat di Kelantan.

3.6.4        Terus membangun: Walau apapun, di sebalik penolakan pihak tertentu (yang tidak mengiktiraf kejayaan kepimpinan ulama di Kelantan), realitinya negeri Kelantan tetap di bawah limpahan taufik dan rahmah Allah SWT. Maka, berlakunya pembangunan lestari, selari dan berkat dengan izin Allah dan sedang dinikmati rakyat. Di sebaliknya, keupayaan kewangan yang terhad telah mendorong penjimatan dengan amalan berbelanja secara berhemat; tiada ketirisan, sogokan, dan kekal sebagai negeri yang bebas daripada amalan rasuah – Kelantan terus membangun.

3.6.5        Rakyat didera: Ada pihak yang memeiliki kuasa di peringkat Pusat mahupun konco-konconya tidak senang dengan sokongan rakyat di Kelantan terhadap pentadbiran Memabngun Bwersama Islam, mereka melakukan apa sahaja untuk merungkai keyakinan rakyat. Tidak cukup dengan itu, mereka sanggup mendera rakyat Kelantan, termasuklah tindakan yang di luar batas-batas Perlembagaan Persekutuan. Di antara apa yang mereka lakukan ialah mengalih pendaratan minyak dan gas ke Songkhla, sedangkan ia hak rakyat Kelantan. Tidak membayar wang royalti minyak kepada Kelantan, sedangkan perjanjian dengan Petronas telah termaktub sejak 1975. Natijahnya, rakyat Kelantan tidak mudah termakan permainan kuasa dan helah politik pemimpin yang sedemikian. Semoga rakyat Kelantan terus yakin dengan kepimpinan ulama sampai bila-bila. 

3.6.6    Kemajuan 20 Program Menerajui Perubahan: Rumusan daripada perkembangan selama dua dekad pelaksanaan pentadbiran Membangun Bersama Islam negeri Kelantan telah merakamkan sekurang-kurang kemajuan 20 Program Dasar “Membangun Bersama Islam – Menerajui Perubahan” yang kini mendapat establishment dan manfaat besar pelbagai pihak. Kesemuanya diringkaskan dalam jadual yang berikut.

Bil.
Program/projek
Pihak pemanfaat
1
Sistem gadaian Islam ar-Rahn di bawah Permodalan Kelantan Berhad.
Bank Rakyat - sistem pajak gadai ar-Rahnu; YAPEIM. Kini turut dilaksana oleh Bank Islam.
2
Peraturan pembinaan rumah kos rendah – tiga bilik.
Pemaju Perumahan
3
Skim bantuan rumah dhu’afat
Membantu beban golongan miskin, kini ditiru oleh Kerajaan Pusat sebagai projek rumah mesra rakyat.
4
Kurikulum pendidikan sekolah YIK telah diterima pakai oleh sekolah agama di negeri lain.
Johor dan Sarawak; termasuk di luar negera (Singapura, Kampuchea)
5
Sukatan peperiksaan STU diterima sekian lama sebagai saluran memasuki pengajian di Universiti al-Azhar Mesir.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menerima  idea STU ini dan telah melahirkan STAM (ganti STU) sebagai syarat masuk universiti tempatan dan Al-Azhar Mesir.
6
Kurikulum Pendidikan Sepadu YIK (pengajaran selari pendidikan Islam dengan sains-iktisas) berjaya melahirkan pelajar cemerlang.
Pihak KPM secara tidak langsung telah mengesahkan kelebihan kurikulum sepadu YIK apabila memasukan aliran agama di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
7
Amalan tazkirah di pejabat-pejabat Kerajaan Negeri telah diterima secara meluas.
Seluruh negara oleh swasta/korporat/bank.
8
Amalan tazkirah dalam waktu solat tarawih di masjid dan surau.
Di seluruh negara.
9
Sekolah tahfiz al-Quran telah berkembang pesat atas usaha Kerajaan Negeri Kelantan
Selepas itu berkembang di seluruh negara, termasuk inisiatif swasta.
10
Perbankan Islam dicetus di Kelantan ekoran tindakan memindah akaun kerajaan kepada Bank Islam
Merangsang bank-bank konvensional membuka kaunter Sistem Perbankan Tanpa Faedah/Sistem Perbankan Islam.
11
Penggunaan wang syariah beteraskan emas dan perak melalui Dinar dan Dirham Kelantan mendapat sambutan hangat dan alternatif dalam sistem pertukaran/perniagaan.
Kelantan mendahului negeri-negeri lain, termasuk menjayakan hasrat Dr. Mahathir sebelum bersara dari Perdana Menteri; menambahkan lagi produk perniagaan Islam untuk menghalang riba.
12
Mencetuskan produk pelancongan Islam – industri pelancongan agama dengan menjadi masjid, pusat pengajian pondok, dan bulan Ramadan sebagai produk agama, termasuk membuka Kariah Ramadan setiap tahun.
Memberi ilham kepada kemajuan industri pelancongan negara untuk menarik pelancong umat Islam dari negara Arab datang ke Malaysia. Pihak Kementerian Pelancongan pula turut menubuhkan Pusat Pelancongan Islam dan Kebudayaan Malaysia.
13
Cuti hari Sabtu/dua hari dalam seminggu bagi pejabat Kerajaan Negeri
Diterima pakai oleh Kerajaan Pusat.
14
Pengisytiharan Kota Bharu Bandar Raya Islam, November 2005
Dtiru oleh Kerajaan Terengganu – Kuala Terengganu Bandar Raya Pesisir Air.
15
Cuti bersalin 60 hari bagi kakitangan awam wanita
Diterima pakai di Terengganu (era pentadbrian PAS) dan dipakai oleh Kerajaan Pusat.
16
Memula dan menangguhkan majlis/mesyuarat berpandukan “etika pentadbiran Islam” membaca al-Fatihah/al-Asri dan tasbih kafarah
Dipakai oleh Kerajaan Pusat – dibuat pengubahsuaian, antaranya bacaan al-Fatihah diubah kepada bacaan doa.
17
Membina masjid seni bina tradisi Cina untuk Masjid Keputeraan Sultan Ismail Petra (dikenali Masjid Beijing) di Rantau Panjang tahun 2008.
Ditiru oleh Persatuan Muslim Cina Malaysia dan JAKIM.
18
Melaksanakan skim khairat kematian “takaful kifalah” untuk warga emas.
Turut dilaksanakan di negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kedah. Kemudian ditiru oleh pihak Barisan Nasional atas nama “Takaful Merdeka.”
19
Merakyatkan pembangunan menerusi projek “Ladang Rakyat.”
Diterima pakai Kerajaan Selangor sebagai “merakyatkan Ekonmi Selangor (MES)”; turut ditiru oleh Perdana Menteri – dijadikan slogan “...rakyat didahulukan.”
20
Berkat pentadbiran Islam yang menaungi rakyat, kini seruan ‘Allahu Akbar’ telah mendapat ampun perkenan Tuanku Sultan Muhammad ke-V menggantikan seruan tradisi ‘daulat tuanku’
Natijah ini telah melengkapkan fungsi dan kedudukan Al-Sultan sebagai Ketua Agama Islam di Negeri yang dilihat telah mendahului negeri-negeri lain ke arah memartabatkan Islam sebagai dasar mentadbir negeri.

Keyakinan bersama harapan rakyat
Pengisian Membangun Bersama Islam kini melangkah maju memenuhi harapan rakyat, sekaligus adalah memenuhi maksud ‘pembangunan’ yang menjurus kepada wujudnya ciri-ciri keislaman dalam diri individu, keluarga, sosial dan kehidupan umat serta keislaman di dalam pengurusan kerajaan negeri. Penegasan makna ini adalah selari dengan penegasan yang menyatakan dinamisme umat sendiri untuk berada dalam keadaan Islam.
Justeru itu, intisari pembangunan Negeri Kelantan berdasarkan Membangun Bersama Islam merupakan suatu pelaksanaan pembangunan yang selari dan seimbang antara dua tuntutan hakiki, iaitu kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Dua tuntutan ini adalah dicapai menerusi program dan projek yang seiring dengan kehendak Maha Pencipta dan hasrat semua rakyat.  Natijahnya, Kelantan kini terkenal sebagai Negeri Berkebajikan untuk semua rakyat. Sekaligus mencetuskan persepsi rakyat, betapa model pembangunan Islam berteraskan dasar Membangun Bersama Islam yang diterajui kepimpinan ulama’ komitmen pemimpinnya adalag bersedia menebarkan kebaikan dan kesejahteraan untuk generasi masi kini dan masa depan.

Karya: Dr Wan Nik Wan Yussof.


1 comment:

  1. HAPPY NEW YEAR HAPPY NEW YEAR HAPPY NEW YEAR
    DARI-rossastanleyloancompany

                              Apakah Anda memerlukan kredit yang mendesak?

    * Sangat Cepat dan Transfer Instan ke rekening bank anda
    * Biaya kembali di bulan setelah Anda mendapatkan pinjaman Anda di bank Anda
    akun bank
    * Tingkat bunga rendah 2%
    * Long term payback (1-20) Long
    * Pinjaman fleksibel dan gaji bulanan
    *. Berapa lama waktu yang dibutuhkan untuk membiayai? Setelah mengajukan pinjaman
    Anda mungkin mengharapkan jawaban awal kurang dari 24 jam
    pembiayaan dalam 48Hours setelah menerima informasi yang mereka butuhkan
    dari kru Pada perusahaan pinjaman ROSSA STANLEY, kami adalah perusahaan pembiayaan yang berpengalaman yang memberikan kemudahan pinjaman gratis kepada individu-individu yang berpikiran tulus, serius, perusahaan, badan hukum dan masyarakat umum dengan tingkat bunga 2%. Kami memiliki akses ke kumpulan uang tunai untuk diberikan kepada perusahaan dan mereka yang memiliki rencana untuk memulai bisnis tidak peduli seberapa kecil atau besarnya, kami memiliki uang tunai. Yakinlah bahwa kesejahteraan dan kenyamanan Anda adalah prioritas utama kami, mengapa kami berada di sini untuk mengurus pemrosesan pinjaman Anda.

    Hubungi perusahaan pinjaman yang sah dan dapat dipercaya dengan rekam jejak pelayanan yang memberikan kebebasan finansial kepada negara-negara bersatu (PBB).
    Untuk informasi lebih lanjut dan pinjaman yang meminta untuk mendirikan bisnis Anda, belilah rumah, beli mobil, liburan, hubungi kami via,

      E-mail resmi: rossastanleyloancompany@gmail.com
      Viber resmi: +15186756750
      Instagram resmi: Rossamikefavor
      Twitter resmi: Rossastanlyloan
      Official Facebook: rossa stanley favor

    untuk respon cepat dan cepat ....
    Mohon mengisi formulir aplikasi di bawah ini dan kami akan menghubungi Anda lagi, Kami tersedia 24/7
                                
                                       DATA PEMOHON

    1) Nama Lengkap:

    2) Negara:

    3) Alamat:

    4) Jenis Kelamin:

    5) Status Perkawinan:

    6) Pekerjaan:

    7) Nomor Telepon:

    8) posisi saat ini di tempat kerja:

    9) Penghasilan Bulanan:

    10) Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan:

    11) Durasi Pinjaman:

    12) nama facebook:

    13) nomor Whatsapp:

    14) Agama:

    15) Tanggal lahir:

    16) Nomor Viber


    SALAM,
    Mrs.Rossa Stanley Favor
    ROSSASTANLEYLOANCOMPANY
    Email rossastanleyloancompany@gmail.com

    ReplyDelete