08 September, 2024

Webinar Ekonomi Politik Islam - KUIZM

3 RabiulAwwal 1446/7 September 2024 jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang.
Google Meet.

Mengikuti pembentangan tiga narasumber:

1) Dr Mohd Syakir Mohd Rosdi USM

2) Zaharudin Muhammad, UZM Group

3) Dr Mohd Zuhdi Marsuki, ALP KUIZM

Kandungan penting

1. Pendedahan teori ekonomi politik dari perspektif Barat dan Islam - perlu kembali kepada mempraktikkan ekonomi politik Islam.

2. Punca permasalahan ekonomi semasa banyak berlaku kerana berorientasikan Ribawi - tidak berteraskan Islam. Penyelesaiannya perlu Negara mengamalkan ekonomi Islam. Perbincangan berkisar kepada Produksi Ekonomi hasil daripada kuasa tawar menawar.

    Rumusan saya, Produksi berlaku berpaksikan 5 elemen ekonomi:

    Pertama: Pemodal berhajat makin membesar hasil pelaburannya (untung)

    Kedua:  Pengguna mahukan barangannya murah dan memuaskan (sempurna)

    Ketiga: Pengusaha @Pengilang mengurangkan kos dengan hajat kualiti memenuhi selera                     pengguna dan capai pengeluaran melepasi maksimum (untung)

    Keempat: Pemasar berhasrat melaris jualan dengan persetujuan pengusaha dengan khidmat jualan terlaris (untung)

    Kelima: Merangkumi kesemua (empat) elemen di atas yang dinayatakan sebagai Persekitaran Ekonomi kondusif bagi sesuatu kitaran ekonomi berkonsepkan pengeluaran. ia termasuk di dalam nilai-nilai aktiviti ekonomi mikro yang bernaung di bawah polisi ekonomi makro (sektor ekonomi nasional).

Terima kasih KUIZM atas perkongsian tersebut.


No comments: