25 July, 2021

GENERASI RABBANI, GENERASI YANG MENANG

*Bersempena sambutan Hari Raya Qurban 1442 dlm Norma baharu PKP Kawal COVID-19 ini, seharusnya kita beringat² juga betapa tanggungjawab Jemaah Islam hendaklah berusaha dgn sengoti² untuk melahirkan GENERASI YANG MENANG!* 

Bersumberkan apa yg ditanggapi oleh Dr Yusof al-Qardhawi (buku, Generasi Mendatang Generasi Yang Menang) berikut ini dinukilkan:- 
1) *Generasi yg Menang* ini perlu jadi keutamaan pertama dalam keperluan umat Islam 
2) *Generasi yg Menang* akan membawa harapan bagi umat kembali ke wadah Islam yg murni 
3) *Generasi yg Menang* membawa kebenaran, kekuatan, keilmuawan, kekayaan, mujahadah dan ijtihadiah 
4) Misi kehidupan *Generasi yg Menang* adalah untuk Allah (al-Q, S. Al-An'am 162) 
5) *Generasi yg Menang* melawan kekufuran umat agar kembali kpd ad-Din 
6) *Generasi yg Menang* bersedia menghadapi kezaliman pihak penguasa 
7) *Generasi yg Menang* menjadi pembela mustadh'afin dgn menganjurkan bantuan drp hartawan 
8) *Generasi yg Menang* sentiasa menyeru umat berjihad membebaskan mustadh'afin — lelaki, wanita dan kanak² yg lemah 
9) *Generasi yg Menang* memiliki kekuatan iman hanya kepada Rabb-Nya, mengenal agama dan dunia serta kawan dan lawan atas jalan Allah 
10) *Generasi yg Menang* seharusnya disertai kaum Musimin dan Muslimat 
11) *Generasi yg Menang* pastinya berkarakterkan atas panduan Al-Quran dan As-Sunnah (al-Q, S. Al-Maidah 54). 

Wallahu'allam. 
 Wan Nik Wan Yussof Khamis, 
12 Zulhijjah 1442/22 Julai 2021

Sifat Generasi Rabbani

1) Berpegang teguh pada tali Allah 
2) Langkahnya sentiasa disuluhi sinar-Nya 
3) Qalbunya dimakmurkan dengan cinta-Nya 
4) Lidahnya sentiasa menyebut Asma'-Nya 
5) Hidupnya penuh taat kepada-Nya. 

Keseluruhan cara hidup GENERASI RABBANI (fikir, gerak geri, kecintaan dan kebencian, khidmat, ikhlas dan culas serta dunianya) semata-mata bermatlamatkan Allah dan mengimpikan keredhaan-Nya. Semoga impian melahirkan GENERASI RABBANI ini menuju realiti yang sengoti. #KelantanMaju #RakyatSejahtera #GenerasiRabbani Wallahu'alam Wan Nik Wan Yussof 13 Zulhijjah 1442/23 Julai 2021

No comments: