20 April, 2020

COVID-19: Tertinggi Dunia (Amerika); Tertinggi AT (Singapura)

Dalam perkembangan hari ini (20 April) Wabak COVID-19 peringkat GLOBAL mencatatkan jumlah kes sebanyak 2,423,470 diikuti dengan 166,041 kematian dan sejumlah 635,861 telah pulih. Dalam pada itu, dunia masih menyaksikan enam negara utama di dunia yang paling terkesan, iaitu Amerika Syarikat sebagai negara tertinggi sebanyak 764,265 kes, diikuti Sepanyol 200,210, Italy 178,972, Peranchis 152,894, Germany 145,743 dan Britain 120,067 kes.



Sementara dalam perkembangan di Asia Tenggara pula, 10 negara yang direkodkan adalah tertinggi ialah Singapura, diikuti dengan Indonesia, Filipina, Malaysia, Thailand, Vietnam, Brunei, Cambodia, Myanmar dan terendah ialah Laos. Rekod kes-kes penularan Wabak COVID-19 bagi negara ini, seperti mana data-data yang ditunjukkan di dalam jadual di bawah.










Singapura mempamerkan data tertinggi kes Wabak COVID-19 dengan jumlah 8.014 kes mengatasi Indonesia 6,769, Filipina  6,459, Malaysia 5,425, Thailand 2,792, Vietnam 268, Brunei 138, Cambodia 122, Myanmar 111 dan terendah ialah Laos 19 kes. Singapura juga mengatasi negara-negara lain di Asia Tenggara dari segi pertambahan kes baharu, iaitu 1,426 kes pada hari ini (20 April) dan hari semalam 696 kes. 


Malang juga bagi Singapura adalah jumlah pesakit COVID-19 yang pulih setakat ini di bawah seribu (768) orang. Dalam hal ini, Malaysia dan Thailand menunjukkan kejayaan baik berjaya memulih pesakit dengan masing-masingnya ialah 3,295 dan 1,999 orang. 


Kenapa Singapura begitu teruk? Apa yang dapat dikatakan secara awalannya, ialah sedikit sebanyak dipengaruhi oleh survival negara tersebut yang terdedah dan terkait kuat dengan dunia luar, khususnya China dan Malaysia. Paling utama ialah dari segi survival ekonomi dan sumbernya.


Memahaminya, mungkin kita dapat meneliti pola mendongak data-data penularan Wabak COVID-19 di Singapura seperti mana jadual di bawah.



Berdasarkan sumber data https://www.worldometers.info/coronavirus/ dan juga  https://www.moh.gov.sg/covid-19/past-updates,  pola pertambahan tersebut boleh difahami berdasarkan pendekatan pengurusan penularan Wabak COVID-19 oleh Kerajaan Singapura itu sendiri dan tahap keyakinan di atas keupayaan yang dikatakan terbaik. Namun, polisi yang dilihat terbuka itu menyebaban penularan mendongak Wabak COVID-19.

Informasi dan kronologi berikut adalah beberapa isu menjelaskan realiti Wabak COVID-19 di Singapura.
Kes pertama COVID-19 telah disahkan pada 23 Januari, dan ini bersesuaian dengan langkah awal Kerajaan Singapura yang telah menubuhkan multi-ministerial committee pada 22 Januari. Jawatankuasa itu dianggotai Minister for National Development, Lawrence Wong dan Minister for Health, Gan Kim Yong sebagai pengerusi bersama. Sementara Prime Minister, Lee Hsien Loong dan Deputy Prime Minister serta Minister for Finance Heng Swee Keat sebagai penasihat. 
Kemudian pada 27   Januari, negara itu telah menasihatkan rakyatnya supaya mengelak daripada mengunjungi negara China atas urusan non-essential travel. 
Berikutnya pada 25 Februari, Singapura mengumumkan larangan pelancong daripada Cheongdo dan Daegu di Korea Selatan bermula 26 Februari, ekoran daripada pengesanan penularan Wabak COVID-19. Langkah itu diikuti dengan perintah Stay-Home Notice (SHN) selama 14 hari kepada warga negaranya yang telah kembali daripada Cheongdo dan Daegu.
Pada 3 Mac berikutnya, larangan dikeluarkan kepada pelancongan yang tiba daripada Korea Selatan, Iran dan bahagian utara Italy mulai 4 Mac. Larangan berikutnya lagi pada 13 Mac kepada pelancongan/penumpang dari negara-negara Italy, Peranchis, Sepanyol dan Germany berkuatkuasa 15 Mac.
Kemudiannya pada 15 Mac, diumumkan pula mana-mana rakyatnya yang kembali ke Singapura dan mempunyai rekod perjalanan antara negara ASEAN, Japun, Switzerland dan Britain (United Kingdom) akan diperintah tinggal di rumah selama 14 hari. 

Pada 16 Mac, perkembangan di Malaysia yang telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order) berkuatkuasa 18 Mac menyebabkan kira-kira 300,000 warga negara Malaysia yang bekerja di Singapura mula mengambil langkah untuk balik. Sekaligus memberi kesan agak besar kepasa economi termasuk pelbagai sektor perkhidmatan penting Singapura. Apa lagi, apabila difahami langkah Malaysia itu juga sebagai larangan meninggalkan Singapura. 

Sehubungan itu, pada 17 Mac, Kerajaan Singapura mengumumkan bahawa 10,000 pekerja Malaysia telah ditempat di perumahan sementara. Namun ada sebahagian pekerja terpaksa mencari tempat tinggal atau tidur di tempat-tempat awam. Hal ini turut mempengaruhi Kerajaan Singapura yang keesokannya, 18 Mac mengumumkan mana-mana pelawat yang memasuki Singapura pada 20 Mac akan dikenakan perintah Stay-Home Notice selama 14 hari.

Perkembangan selanjutnya, pada 3 April, Singapura mengumumkan satu set langkah pencegahan yang ketat yang secara kolektif disebut sebagai 'pemutus rantaian' ('circuit breaker') bermula 7 April hingga 4 Mei 2020. Ekoran daripada itu, Singapura turut menyumbang USD500,000 untuk menyokong usaha WHO terhadap COVID-19.

Implikasi daripada langkah pencegahan ketat itu (pemutus rantaian), banyak tempat yang terkesan penularan serius Wabak COVID-19 telah diisytiharkan sebagai kawasan pengasingan menurut Infectious Diseases Act oleh Kementerian Kesihatan. Di antaranya Sungei Tengah Lodge dan kebanyakan penempatan pekerja asingnya telah diisytiharkan sebagai kawasan pengasingan.
Situasi yang menggerunkan terus berkembang dan Wabak COVID-19 telah menjadi keutamaan tindakan Kerajaan Singapura. Sebagaiamana perkembangan daripada 19 April, dilaporkan 6,588 kes COVID-19 telah disahkan dengan 768 kumulatif pesakit yang pulih dan 11 kumulatif kematian.

Namun agak memeranjat lagi, pada hari ini 20 April, Kementerian Kesihatan mengesahkan pertambahan kes baharu COVID-19, iaitu sebanyak 1,426 kes menyebabkan rekod keseluruhan kes hariannya mendongak kepada 8,014 kes

Menurut pihak kementerian itu, sebahagian besar kes baharu adalah dalam kalangan pekerja asing yang tinggal di asrama, selain itu 16 orang sahaja adalah warga negara Singapura dan penduduk tetap. Realiti ini menjadi hambatan bagi Kerajaan Singapura dan mesti diusahakan secara lebih agresif dalam mengekang penularan Wabak COVID-19;  dalam keadaan negara jiran terutama Malaysia yang sedang menunjukkan penurunan kes jangkitan dan peningkatan jumlah pesakit yang pulih.

Kita di Malaysia bersyukur dengan prestasi langkah PKP dan komitmen tinggi para frontliners khususnya pakar perubatan serta warga perubatan seluruhnya dalam menangani penularan Wabak COVID-19. Kita harus yakin, bahawa kesungguhan merupakan sebahagian daripada jalan untuk mendapat pertolongan Allah SWT agar mengangkat Wabak COVID-19 ini menjelang Ramadhan 1441 ini. Ins sya Allah.


Wassalam.

   

No comments:

Post a Comment