21 June, 2020

COVID-19: Peringkat Global Semakin Menular

Data Worldometer hari ini menggambarkan empat negara tertinggi kes Wabak COVID-19 masih diduduki oleh teratasnya United State, diikuti Brazil, Russia dan India. Berpandukan pie chart di bawah adalah didapati daripada jumlah kes peringkat global (8,966,638 kes) hampir separuh (49.21%) berlaku di empat negara ini. Di US jumlahnya 2,336,604 kes (26.06%), Brazil 1,070,139 kes (11.93%), Russia 584,680 kes (6.52%) dan India 421,279 kes (4.70%). Hal ini mengabsahkan, negera-negara tersebut sudah berada di dalam darurat yang memungkinkan penularan berterusan sehinggalah vaksin merawat COVID-19 ditemui secara terbaik.    

Sementara meneliti data kemulatif Wabak COVID-19 di peringkat Global pada hari ini, ternyata sekali pola penularan di dalam seminggu terakhir ini (14-20 Jun) amat menggerunkan. Ia telah mencecah sebanyak 8,908,555 kes (20 Jun). Jika diteliti jumlahnya pada 14 Jun sebanyak 7,984,067 kes, bermakna dalam seminggu jumlah tambahan kes baharu Wabak COVID-19 peringkat Global berjumlah 924,488 kes - hampir mencecah satu juta kes seminggu. Lihat jadual dan graf garisan di bawah.

  

Secara mudah didapati pola graf garisan ini menujukkan sepanjang seminggu telah bertambah kes baharu - pada 19 Jun mulai mendongak dan menurun semula pada 20 Jun. Namun dalam keadaan pola menurun itu, ia masih dengan jumlah yang lebih besar berbanding pertambahan kes baharu pada 14 Jun hingga 18 Jun. Hal ini adalah benar untuk mengatakan perkembangan Wabak COVID-19 peringkat Global semakin menular dan mengerunkan. Ternyata penularan itu adalah disumbangkan oleh negara-negara yang tertinggi dan bersifat di luar kawalan, iaitu US, Brazil, Russia dan India. Misalnya di US, jumlah kes baharu pada petang semalam sahaja berjumlah 33,388 kes, di Brazil 31,571 kes, Russia 7,889 kes dan India 15,915 kes. Berdasarkan pola ini (15 ribu kes sehari), berkemungkinan besar penularan di India akan mengatasi rekod di Russia pada minggu hadapan.

Kes Baharu di Malaysia

Sementara perkembangan di Malaysia, jumlah kes baharu pada hari ini kembali dua digit dengan 16 kes. Ia membabitkan tiga (3) kes import dan 13 kes penularan kalangan individu tempatan.Bagi penularan tempatan (13 kes) adalah empat (4) kes dalam kalangan warganegara dan sembilan (9) kes dalam kalangan Bukan Warganegara. Pemusatan penularan masih terjadi di Negeri Sembilan, Selangor dan Sabah bagi Bukan Warganegara yang terkait dengan kluster pekerja warga asing. Selagi mana kalangan pekerja warga asing ini tidak dikawal rapi, berkemungkinan penularan akan terus berlaku. Oleh itu ada baiknya pasukan perubatan dan pihak penguatkuasa memberi fokus mendalam bagi membendung golongan pekerja asing bebas bergerak atau memasuki negara sempadan Negara. Kita yakin hal ini dalam perhatian pihak Majlis Keselamatan Negara.   
Hanya sanya kepada Allah kita berserah dan bertawakal dan semoga inisiatif kita mencapai kemenangan jua. Ins sya Allah. 
Tiada penerangan foto disediakan.


Wassalam.  

No comments:

Post a Comment