13 June, 2020

COVID-19: Nilai Penularan Tinggi, Kes Sembuh Rendah


Dalam meneliti perkembangan Wabak COVID-19 sekarang ini, ada yang berminat melihatnya dari aspek kadar penularannya berbanding dengan saiz populasi di negara berkenaan. Aspek ini mungkin signifiken juga bagi menilai tahap jangkitan dalam nisbah kependudukan berbanding amalan kesihatan dan polisi kesihatan di negara berkenaan. Jika di 10 negara teratas peringkat Global, jumlah kes penularan Wabak COVID-19 pada hari ini (13 Jun) adalah seperti mana berikut:-
Rank
Negara
Jumlah Kes
Saiz Populasi
% kes/ Populasi
1
USA
2,122,343
330,906,997
0.64%
2
Brazil
831,064
212,483,982
0.39%
3
Russia
520,129
145,931,552
0.36%
4
India
310,760
1,379,307,780
0.02%
5
UK
292,950
67,868,549
0.43%
6
Spain
290,289
46,753,936
0.62%
7
Italy
236,305
60,465,875
0.39%
8
Peru
220,749
32,947,280
0.67%
9
Germany
187,256
83,771,107
0.22%
10
Iran
184,955
83,936,074
0.22%

Di sini menunjukkan daripada 10 negara tertinggi kes positif COVID-19, tiga negara yang berkadaran agak tinggi (berbanding populasi) ialah Peru mengalami kadar tertinggi (0.67%), diikuti dengan USA (0.64%) dan Spain (0.62%). Ini menunjukkan bahawa USA sebagai negara paling banyak kes Wabak COVID-19, tetapi penularan berbanding populasi hanya 0.64%, Brazil tempat ke-2 tertinggi hanya 0.39% dan Russia 0.36%. Ini membuktikan kadar penularan Wabak COVID-19 bukan boleh diukur pada nilai jangkitan atas saiz populasi di sesebuah negara.
Mungkin agak sesuai untuk dikatakan, pola (trend) penularan bersifat rendah, sederhana, tinggi dan kritikal berpandukan kepada jumlah kumulatif penularan harian dibandingkan dengan jumlah kes yang berjaya dirawatpulih (sembuh).

Misalnya (rekod hari ini, 13 Jun) bagi rantau Asia Tenggara, tiga negara tertinggi penularan Wabak COVID-19 ialah Singapura (40,197 kes), Indonesia (37,420 kes) dan Filipina (25,392 kes). Namun apabila dinilai aspek kumulatif kes dibandingkan dengan jumlah kes yang berjaya dirawatpulih (sembuh), maka nilai penularan agak signifiken di antara tiga negara ini - seperti mana berikut:-
Tarikh
Rank
Negara
Jumlah Kes
Jumlah Kes Sembuh
% Sembuh/ Jumlah Kes
13-Jun
1
Singapura
40,197
28,808
71.67
2
Indonesia
37,420
13,776
36.81
3
Filipina
25,392
5,706
22.47

Berdasarkan peratusan kes sembuh, boleh dianggap nilai penularan terkini (13 Jun) di Singapura agak terkawal kerana usaha merawatsembuh pesakit agak tinggi (71.67%). Ini sekaligus menunjukkan penularannya berkadar rendah. Ini dapat dilihat kepada baki pesakit yang masih dirawat di hospital telah berkurang iatu pada kadar sekitar 28.33% sahaja. 
Berbeza dengan Indonesia dan Filipina, nilai penularannya masih tinggi berdasarkan dengan usaha merawatsembuh pesakit agak rendah, iaitu masing-masingnya 36.81% (Indonesia) dan 22.47% (Filipina). Atau kedudukan baki pesakit yang masih dirawat di hospital, masing-masingnya 63.19% dan 77.53%. 
Justeru nilai penularan tersebut merupakan nilai kebolehjangkitan Wabak COVID-19 kepada orang lain adalah berdasarkan jumlah pesakit yang aktif (sedang dirawat). 
Secara mudah dapat dihitung (quck count) jumlah pesakit sedang dirawat di hospital ialah 11,389 kes di Singapura, 23,644 kes di Indonesia dan 19,686 kes di Filipina. Maka dari segi kuantiti kebolehjangkitan (nilai penularan) tertinggi ialah di Indonesia diikuti dengan Filipina dan Singapura. 
Oleh itu, ada kemungkinan jumlah kes penularan Wabak COVID-19 di Indonesia akan mencecah ke angka yang mengatasi Singapura dalam minggu ini. Sementara Filipina dijangka akan juga melonjak rapat ke angka 30 ribu.

Malaysia di ambang pulih
Sehubungan dengan itu, bagi Malaysia nilai penularan semakin mengecil berikutan perkembangan terkini jumlah pesakit yang dirawatpulih (kes sembuh) semakin tinggi berbanding dengan pesakit yang sedang dirawat di hospital. 
Hari ini, Malaysia mencatatkan 43 kes baharu dan 143 pesakit yang sembuh, menjadikan kumulatif keseluruhan kes sebanyak 8,445 kes dengan kes yang telah dirawatpulih sebanyak 7,311 orang (86.57%) dan pesakit yang masih dirawat 1,014 orang (13.43%). 

Natijahnya, kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia adalah lebih rendah (prestasi pemulihan lebih baik) berbanding dengan Singapura, Indonesia dan Filipina. Sekiranya prestasi ini berterusan di dalam minggu ini - pertambahan kes baharu pada dua angka dan kes dirawatpulih berkembang kekal pada tiga angka - dijangkakan kadar kebolehjangkitan COVID-19 dalam Negara kita akan menurun kepada tiga angka, sekitar 700 kes. Ins sya Allah.
Sesungguhnya, kita berusaha dan hanyasanya Allah yang Maha Berkuasa menentukan apa hasilnya nanti. Maka bersama-sama kita memanjatkan hajat, agar Allah membebaskan Negara dari beban Wabak COVID-19. 

Wassalam.     

No comments:

Post a Comment