09 May, 2020

COVID-19: Perkembangan istimewa di Malaysia

Hari ini sudah 11 hari tempoh PKPt4 untuk mengawal dan mengekang penularan COVID-19 di Malaysia. PKP itu seterusnya diperlengkapkan dengan PKP Bersyarat (PKPB) pada 4 Mei lalu.
Hasilnya pola naik dan turun kes baharu masih berlaku. Ia diikuti dengan penurunan jumlah kes yang sedang dirawat. Sementara kes kematiannya adalah rendah..Ini istimewanya hasil kesungguhan pihak Kerajaan menerusi KKM dan MKN di dalam menguruskan penularan Wabak COVID-19 di Malaysia.
Jika dilihat kepada carta garisan ini, perkembangan kes baharu dalam tempoh PKPt4 (fasa Bersyarat) sudah memperlihatkan pola yang mendatar ke bawah. Jumlah kes baharu secara hariannya, didapati paling tinggi pada 3 Me (122 kes), kemudian menurun paling rendah pada 5 Mei (30 kes). Begitu pula, di dalam tempoh 11 hari terakhir ini (29 April-9 Mei), keseluruhan kes baharu yang bertambah ialah 738 kes. Jika dibandingkan dengan kes baharu dalam tempoh PKPt3 (15-28 April), dalam masa 11 hari (15-25 April) jumlahnya 755 kes. Ini bermakna pertambahan kes baharu semasa PKPt3 lebih besar (+17 kes). 

Sementara itu, bagi kes dirawatpulih, didapati dalam tempoh PKPt4 (fasa Bersyarat) jumlahnya terus berkembang dan prestasi perawatan yang menyenangkan. Pada permulaan PKPt4 ini (29 April) kumulatif pesakit pulih/discaj seramai 4,087 orang dan hari ni 9 Mei bertambah kepada 4,929 orang. pertambahan kumulatifnya sebnayak 842 orang. Dalam tempoh PKPt3 (15-28 April) jumlah yang pulih bertambah sebanyak 1,385 orang. Ini bermakna pertambahan pesakit yang pulih lebih besar (+543). Walau apapun, kita tunggu tempoh PKPt4 ini tamat dengan baki tiga hari lagi. Jika pola pulih ini berlaku dengan jumlah sekitar 100 orang sehari, maka jumlah yang dirawatpulih dijangka sekitar 1,200 atau kumulatifnya sekitar 6,000 orang pesakit COVID-19 berjaya dirawatpulih. 

Jika dilihat kepada prestasi rawatpulih dalam enam hari terakhir ini (4-9 Mei) berbanding dengan pertambahan kes baharu, maka didapati jumlah dirawatpulih adalah lebih besar. Pada 4 Mei, jumlah yang pulih 71 orang, sementara jumlah kes baharu ialah 55 kes. Seterusnya pada 9 Mei kes rawatpulih seramai 64 orang dan kes baharu ialah 54 kes. Perkembangan ini agak istimewa daripada segi keupayaan perubatan kerana ia berlaku di dalam keadaan kononnya tidak ada vaksin khusus untuk mencegah dan merawat COVID-19. Ini sudah tentu ada kaitannya dengan kepakaran penyelidik perubatan dalam melakukan kombinasi ubat-ubatan yang berjaya merawat pesakit, meskipun vaksin tepat anti-COVID-19 belum dipastikan. 

Semoga hasrat dan kehendak kita warga Malaysia untuk bebas daripada kegerunan Wabak COVID-19 ini dapat diredakan dengan adanya beberapa perkembangan istimewa kes-kes penularan ini. Pastikan kita semua mengamalakan cara hidup sihat dengan mengikuti panduan dikeluarkan oleh KKM (seperti mana grafik di bawah) demi mempastikan kita tidak terkena jangkitan. 

Apapun kita hendaklah berikhtiar dan sentiasa menaruh keyakinan bahawa Allah SWT akan membantu kita di dalam menyelesaikan Wabak COVID-19 ini. 

 Wassalam.

No comments:

Post a Comment