Kebarangkalian penularan semula (kebolehjangkitan) Wabak COVID-19 boleh berlaku dan ia
bergantung kepada diri kita semua. Jika kita tingkatkan disiplin dengan
mematuhi panduan dan SOP bagi memutuskan rantaian penularannya. Pastikan aktiviti
dan pergerakan sharian kita ketika PKP Bersyarat (PKPB) ini berlaku dengan
kesungguhan agar kita jaga kita – jarak diri dari orang lain sekurang-kurangnya
satu meter, tidak menghadiri perhimpunan ramai, sentiasa bersih diri, basuh
tangan, guna sabun atau sanitizer, sentiasa memakai penutup mulut dan hidup dan
bekerja dalam penjarakan diri dengan rakan sekerja.
Berdasarkan data perkembangan Wabak COVID-19, sudah menampakkan ke arah situasi
terkawal dan pemulihan yang semakin baik. Petunjuk jelas dalam tempoh 11 hari
tempoh PKPB (4 -14 Mei) ialah berkurangnya kes baharu, kadar kes rawatpulih
lebih tinggi berbanding kes baharu dan jumlah kematian yang rendah dan jumlah
pulih meningkat lebih baik berbanding kumulatif keseluruhan kes.
Bermula 4 Mei, kes baharu bertambah dalam dua digit, meskipun pada 11 Mei nampak memuncak, tapi setakat 70 kes sahaja. Selepas iti, jumlah kes baharu menurun dengan jumlah terendah kepada 16 kes pada 12 Mei. tetapi meningkat kepada 37 kes (13 Mei) dan 40 kes pada hari ini (14 Mei). Ini tandanya penularan sudah terkawal berikutan kita semua berjaya mengawal diri daripada menyambung rantaian penularan Wabak COVID-19.
Satu lagi situasi daripada perkembangan data penularan Wabak COVID-19 ialah perbezaan kumulatif keseluruhan kes dengan jumlah yang pulih yang semkain mengecil. Misalnya pada 4 Mei jumlah keseluruahn kes ialah 6,353 dan jumlah pulih 4,484 orang - bezanya 1,869. Seterusnya pada 10 Mei jumlah keseluruhan kes ialah 6,656 dan jumlah pulih 5,025 orang - bezanya 1,631. Pada hari ini (14 Mei), jumlah itu bertambah agak setara, iaitu 6,819 keseluruhan kes dan 5,351 kes pulih - bezanya 1,468.
Apapun, kebarangkalian penularan semula (kebolehjangkitan) atau penularan semakin mengecil, jawapannya ada pada kita-kita semua. Jika kita bersama-sama meningkatkan disiplin diri dalam mematuhi PKPB korelasinya positif mengekang penularan.
Di sini diperturunkan ulasan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah,
"Lihat dan teliti graf pemodelan dan ramalan COVID-19 oleh KKM ini. Garis
hitam adalah kes harian sebenar:-
1. Graf dan garis biru menunjukkan unjuran pencapaian baik negara dalam
usaha kita bersama-sama menurunkan jumlah kes COVID-19 semasa PKP 1 hingga 4
dan 10 hari PKPB. (Kebolehjangkitan atau nilai “R naught” telah menurun
daripada 3.5 kepada 0.3.)
2. Kini pilihan di tangan kita semua. Sekiranya majikan, pekerja,
peniaga, ahli keluarga dan masyarakat umum patuh kepada SOP serta
nasihat-nasihat yang diberi KKM, garisan biru ini akan terus menurun. Begitu
juga dengan kes COVID-19.
3. Namun jika rakyat leka dan tidak menjalankan tanggungjawab sosial
untuk sama-sama membanteras COVID-19, graf dan garis merah menunjukan ramalan
yang bakal berlaku. (Nilai R akan naik semula ke 1.6). Jumlah kes akan mula
meningkat secara mendadak dan kita akan dilanda gelombang wabak COVID-19 yang
baharu."
Sumber: FB Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Semoga dengan berdisiplinnya kita, ins sya Allah kita menyumbangkan kepada situasi positif memutuskan rantaian Wabak COVID-19.
Ya. Allah permudahkan segala urusan pengawalan dan perawatan Wabak COVID-19 yang menggerunkan kami ini.
WalLahu'alam.
RAMADHAN memudahkan mematuhi panduan dan SOP.
ReplyDeleteApa pun,sikap penentu.
Ins sya Allah, syeikh sama-sama kita haormat dan patuh, Ramadhan Kareem.
ReplyDelete