20 May, 2020

COVID-19: Norma Baharu Dunia Islam Solat Jamaah 4 Orang














Dunia Islam tidak terkecuali mencatatkan reod penukaran Wabak COVID-19 antara yang tertinggi. Analisis data keseluruhan kes (total cases) Wabak COVID-19 pada hari ini 20 Mei), dikemukakan 10 negara yang cukup berisiko. Tertinggi adalah Tukey (151 615), diikuti oleh Iran (126,949), Arab Saudi (62,545) dan seterusnya ialah Pakistan (45,898), Qatar (37,097), Bangladesh (26,738), Emirate Arab Bersatu (25,063), Indonesia (19,189), Kuwait (17,568) dan Mesir (13,484).

Di peringkat dunia, keseluruhan kes hari ini adalah berjumlah 5,018,584 kes dengan kes baharu sebanyak 35,647 kes, kematian 325,670 dan sudah dirawatpulih (total recovered) sebanyak 1,980,125 orang. Kedudukan Turkey di ranking dunia ialah pada tangga ke-9, sementara Iran tangga ke-10. Tertinggi di dunia masih kekal Amerika Syarikat dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 1,573,720 kes, dengan kes baharu 3,137 kes, kematian 93,697 orang dan jumlah dirawatpulih 361,250 orang. Apa yang pasti di Amerika Syarikat penularan semakin berkurang berikutan mengecil jumlah kes baharu. Berbanding dengan Rusia sebagai negara kedua tertinggi (308,705 kes) dengan kes baharu masih tinggi (8,764) dan dirawatpulih (85,392). Jika dilihat dari prestasi pesakit dirawatpulih, Amerika Syarikat mencapai 22.96%, Rusian 27.66% dan Turkey 74.46% serta Iran 77.83%. Ini bermakna, dunia barat begitu terperangkap dengan kemajuan perubatannya di dalam berhadapan dengan Wabak COVID-19. Ternyata dunia Islam lebih berprestasi dalam merawatpulih pesakit yang bergejala COVID-19.
   
Dari dunia Islam pula perkembangan di Malaysia hari ini (20 Mei) yang terbukti mencapai prestasi lebih baik berbanding kebanyakan negara lain dari segi keupayaan pengawalan dan perawatan. Data hari ini menunjukkan keseluruhan kes sebanyak 7,009 kes dan dirawatpulih mencapai 5,706 orang dengan prestasinya 81.41%, iaitu terbaik berbanding dengan Indonesia (23.84%). Justeru dalam ranking dunia Islam, Malaysia di tangga ke-15 selepas Moroco (ke-14), Algeria (ke-13), Bahrain (ke-12) dan Afghanistan (ke-11).
Tiada penerangan foto disediakan.

Norma Baharu Solat Berjemaah

Apa pun perkembangan yang terbaik di Malaysia, didapati hari ini, kesemua dunia Islam sedang berkongsi satu norma baharu (new norm) yang tidak berlaku di dunia barat atau selain Islam, iaitu ibadat solat berjemaah. Sebagaimana posting blog ini (18 Mei 2020) telah dinyatakan betapa Arab Saudi sedang menghadapi norma baharu ibaday solat berjemaah di dua Kota Suci (Mekah dan Madinah) apabila tiada lagi Umrah jutaan orang pada Ramadhan dan kemungkinan besar tiada juga ibadat Haji pada tahun 2020 ini (rekod Wabak COVID-19 di Arab Saudi hari ini, 62,545 kes, maka upaya menamatkan amat sukar dalam masa enam bulan.

Hal yang sama dihadapi di Malaysia hari ini dari segi ibadat solat di masjid-masjid. Walaupun Malaysia hari ini mengahadapi Wabak COVID-19 sebanyak 7,009 kes, hanya kira-kira 11% daripada jumlah kes di Arab Saudi, namun penularan COVID-19 tidak boleh dipandang kecil akan kemungkinan tamat dalam masa segera.

Sehubungan itu, keputusan sepakat Kerajaan kita bersama-sama dengan Majlis/Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Negeri-negeri melaksanakan norma baharu solat berjemaah dengan jumlah yang minimum adalah sesuatu yang tepat. Hal ini turut disokong oleh rasional Kementrian Kesihatan Malaysia (KKM) yang boleh dikongsi dari laman muka bukunya (FB) hari ini (20 Mei)


Berikutnya, posting ini suka mengongsikan beberapa keputusan terbaharu pihak berkuasa (Negeri dan Agama Islam) berhubung norma baharu solat Jumaat, solat berjemaah, solat terawih dan solat hari raya.

Menteri Hal Ehwal Agama 
Cadangan Pelaksanaan Solat Jumaat dan Solat Berjemaah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diusulkan dalam Muzakarah Khas, adalah satu pandangan dan nasihat untuk dipertimbangkan dan diputuskan oleh pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

Menteri Di Jabatan Perdana Menyeri (Hal Ehwal Agama) Senator Dato’ Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, Perlembagaan Persekutuan menetapkan urusan berkaitan hal ehwal Islam berada di bawah ruang lingkup kuasa dan bidang kuasa negeri di bawah naungan Raja-Raja bagi negeri-negeri.
Hal ini jelas disebut di bawah Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Manakala katanya, bagi Wilayah Persekutuan, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 14 Mei 2020 bersamaan 21 Ramadhan 1441H telah memutuskan dan menerima titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Mesyuarat berkenaan bersetuju supaya semua masjid, surau jumaat dan surau- surau terpilih boleh mendirikan solat Jumaat, solat berjemaah setiap waktu termasuk solat sunat tarawih dan solat sunat Hari Raya Aidilfitri.

Lain-lain solat secara berjemaah di masjid, surau jumaat dan surau-surau terpilih dalam tempoh PKPB boleh dilaksanakan secara berperingkat bermula selepas solat Jumaat pada 15 Mei berdasarkan cadangan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-5, katanya.
Selain itu, mesyuarat juga memutuskan bahawa bilangan jemaah bagi solat Jumaat dan lain-lain solat berjemaah adalah tidak kurang dari 3 orang tidak termasuk imam dan tidak lebih dari 30 orang.

Beliau berkata, keputusan tersebut adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pertemuan Senator Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan Perdana Menteri pada 12 Mei lalu.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dato’ Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri menerusi status Facebooknya yang dimuat naik pada 10 Mei, SOP berkenaan sedang diperhalusi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
“Insha Allah, selepas SOP ini dimuktamadkan dan dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja selaku Ketua Agama Islam persekutuan dan negeri-negeri untuk diperkenankan, kerajaan akan mengumumkan kebenaran untuk bersolat jemaah di masjid,” tulis Zulkifli.
Pada 8 Mei, beliau memaklumkan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-5 telah diadakan.
Ia bagi membincangkan Garis Panduan Solat Jumaat PKPB.

Wilayah Persekutuan

Solat Jumaat, jemaah tak lebih 30 orang dibenar di zon hijau di WP

Semua masjid, surau Jumaat dan surau terpilih di zon hijau di Wilayah Persekutuan boleh mendirikan solat Jumaat, solat berjemaah pada setiap waktu, termasuk solat sunat tarawih dan solat sunat Hari Raya bermula esok.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Mohamad berkata Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menerima cadangan kebenaran itu, tetapi hendaklah mengikut syarat ditetapkan.
Zulkifli berkata, mesyuarat memutuskan bilangan jemaah bagi solat Jumaat dan lain-lain solat berjemaah tidak kurang daripada 3 orang, tidak termasuk imam, dan tidak lebih 30 orang.
Perlis
Perlis membenarkan solat Jumaat bersyarat mulai 15 Mei ini sebagai langkah permulaan untuk membolehkan ‘Syiar Jumaat’ dihidupkan kembali.

Ini menjadikan negeri pertama membenarkan solat Jumaat diadakan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Antara syarat ditetapkan jumlah jemaah termasuk imam dan khatib tidak melebihi 12 orang dan tidak kurang dari tiga orang.

Hanya pegawai masjid dan Ahli Jawatankuasa Masjid yang dibenarkan menunaikan solat Jumaat.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengumumkan perkara itu dalam kenyataannya semalam selepas mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail.

Baginda bertitah tempoh bermula azan hingga selesai solat Jumaat hanya 15 minit dan kontak fizikal seperti berjabat tangan tidak dibenarkan sama ada sebelum atau selepas solat dan semua jemaah perlu beredar dari masjid selepas selesai solat.

“Pengerusi masjid akan dipertanggungjawabkan bagi memastikan semua syarat dipatuhi dan kegagalan untuk mematuhi semua syarat-syarat akan menyebabkan masjid berkenaan tidak dibenarkan untuk mengadakan Solat Jumaat,” titah baginda.

MAIPs mengeluarkan peraturan itu setelah mengambil kira pandangan Jabatan Fatwa Negeri Perlis, Jawatankuasa Muzakarah Khas Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) dan Kementerian Kesihatan.

Terengganu

Kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) telah mengumumkan senarai lapan masjid yang dibenar mengadakan solat Jumaat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 22 Mei ini.
Jurucakap JHEAT, Mat Azmi Arshad berkata, kebenaran mengadakan solat Jumaat itu setelah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin dan kebenaran yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu.
Pada 12 Mei 2020 lalu, Majlis Fatwa Terengganu telah bersidang kali ke-4 dan pihak Majlis Agama Islam Dan Adap Melayu (MAIDAM) telah mengambil keputusan berkaitan kebenaran itu.
Majlis Fatwa Terengganu bersetuju membenarkan untuk diadakan solat Jumaat sepanjang tempoh PKPB bermula 22 Mei 2020 dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Katanya, lapan buah masjid itu adalah masjid di setiap daerah masing-masing termasuk.
1.    Masjid Abidin (Masjid Negeri, Kuala Terengganu)
2.    Masjid Sultan Ahmad (Chukai Daerah Kemaman
3.    Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah (Dungun)
4.    Masjid Sultanah Nur Zahirah (Marang)
5.    Masjid Sultan Mahmud (Hulu Terengganu)
6.    Masjid Wakaf Tembesu (Kuala Nerus)
7.    Masjid Permaisuri (Setiu)
8.    Masjid Sultan Nasiruddin Shah (Besut)
Kelantan

(BERNAMA | | 17 Mei 2020)

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan sedang menunggu keputusan rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) serta perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V untuk membenarkan lebih 40 orang mengadakan solat berjemaah di masjid ketika solat Jumaat dan Aidilfitri ini.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, jawatankuasa khas Maik telah membentangkan cadangan prosedur operasi standard (SOP) mengenai kaedah solat berjemaah di masjid untuk negeri itu kepada kerajaan negeri dan ia telah dipersetujui untuk diangkat kelulusannya.
"Perkara solat ini di bawah (kuasa) majlis agama (Maik) dan kita telah mempunyai SOP lengkap mengenai solat berjemaah ini yang dibentangkan oleh jawatankuasa khas ini dan tunggulah insya-ALLAH mengenai keputusan oleh Maik dengan mendapat perkenan Sultan Kelantan.
"Selepas itu akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri (MKN) (minggu ini) bagi sebarang pengumuman mengenainya nanti," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.
Kelantan sebelum ini membenarkan solat Jumaat hanya dilakukan oleh empat pegawai masjid terdiri daripada imam tua, imam muda, bilal dan siak tanpa kehadiran orang awam, sementara jumlah yang dicadangkan untuk diluluskan adalah tidak melebihi 45 orang, katanya.

Astro Awani |  Mac 14, 2020 12:30 MYT | 
Solat Jumaat dan aktiviti masjid di Kelantan boleh diteruskan seperti biasa walaupun negeri itu mencatatkan satu kes positif COVID-19.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamed Shukri Mohamad bagaimanapun berkata sekiranya keadaan berbeza, satu keputusan lain akan dibuat berhubung perkara itu.


Kebenaran itu diberikan kepada imam tua, imam muda, bilal dan siak yang melepasi saringan pemeriksaan di Pejabat Kesihatan Daerah.

Pahang

Sementara itu, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman pula berpendapat, semua pihak perlu mengambil maklum nasihat dan kebimbangan pelbagai pihak sebelum dapat melaksanakan solat Jumaat di masjid dan surau.
Katanya, ada dinasihatkan supaya solat Jumaat sebaik-baiknya dilaksanakan selepas 30 Mei ini kerana kebimbangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penularan semula wabak.
"Bagi Pahang, semua itu akan dibincang dengan jawatankuasa agama dan bencana negeri. Selepas ada keputusan, kita akan persembahkan kepada Sultan untuk diperkenankan," katanya.
Mengenai cadangan minimum empat orang dibenarkan bersolat Jumaat di masjid, katanya, Malaysia mengikut Mazhab Imam Shafie yang menetapkan minimum 40 jemaah untuk solat Jumaat.
"Sebaik-baiknya dikekalkan dengan 40 jemaah jika mahu syiar Islam itu dikembalikan," katanya.
DOA

Sama-sama kita berdoa agar sinar Islam terus gemilang ketika berhadapan dengan Wabak COVID-19, ins sya Allah.
"Ya Allah, dengan kebenaran al-fatihah dan dengan rahsia yang terkandung di dalam al-fatihah, Ya Allah Tuhan yang melapangkan kedudukan dan yang menghilangkan kesedihan, Ya Allah Tuhan Yang Maha kasih sayang kepada hamba-Nya, Ya Allah, Tuhan yang menjauhkan bala, Ya Allah Tuhan Pengasih yang menjauhkan bala, Ya Allah Tuhan Yang Maha Penyayang yang menjauhkan bala, jauhilah dari kami malapetaka, bala, bencana, kekejian dan kemungkaran, sengketa yang beraneka, kekejaman dan peperangan, yang nyata dan yang tersembunyi, dalam negara kami khususnya dan dalam negara kaum muslimin amnya. Sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu."

"Selawat Allah ke atas sebaik-baik makhluk-Nya Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabatnya. Maha Suci Tuhan kami, Tuhan yang memiliki Kemuliaan dan Keselamatan. Semoga dilimpahkan kesejahteraan ke atas sekalian Rasul dan segala pujian hanyalah untuk Allah, Tuhan Pemelihara seklaian alam."

Amiin ya Rabbal'alamin.

   

No comments:

Post a Comment