03 May, 2020

COVID-19: Mayat (New York), Ventilator Pembunuh (Britain), Malaysia Terbaik

Dua laporan berita yang tidak senang untuk kita ketahui, tetapi ia suatu hakikat. Satunya berita dengan tajuk "Berpuluh mayat mangsa Covid-19 di New York ditemui terbiar dalam lori" - dilaporkan oleh FMT Reporters (02 Mei 2020) bersumberkan laporan New York Times:  Pihak polis menemukan puluhan mayat yang dibiarkan di dalam lori tanpa pendingin di luar rumah mayat di Brooklyn. Puluhan mayat pula turut dibaringkan di atas lantai di sebuah premis. Antara 40 hingga 60 mayat dikumpulkan di dalam lori di luar Andrew Cleckley Funeral Services di Flatlands, malah ada daripada mayat tersebut juga yang dibiarkan di atas lantai bangunan setelah penduduk sekitar melaporkan bau busuk. Menurut sumber mayat-mayat itu dikumpulkan di atas satu sama lain menyebabkan bau yang hanyir. Ia berlaku disebabkan tempat penyimpanan di rumah mayat (pendinginnya tidak berfungsi). Ia merupakan mayat-mayat manusia mati akibat virus Covid-19... manusia yang mati diperlakukan sudah tidak berperikemanusiaan.”

Berita kedua pula, berlaku di Britain dengan tajuk "Doktor British berkata Ventilators dari China boleh membunuh pesakit Coronavirus" dilaporkan oleh msn.com bersumberkan NBC News, 2 Mei 2020. Dikatakan seorang doktor senior di Britain telah menimbulkan kebimbangan mengenai 250 ventilator yang dibeli dari China. Menurutnya, jika ventilator ini digunakan di hospital, ia bakal membahayakan pesakit menjadi semakin teruk malah boleh menyebabkan kematian. Ventilator itu dengan model Shangrila 510 telah dikeluarkan oleh salah satu pengeluar pneumonia utama, Beijing Aeonmed Co. Ltd. Puncanya, aspek kualiti paling utama iaitu saluran bekalan oksigen bagi ventilator bersifat "variable and unreliable" kerana mesin yang dipakai agak asing dan ia sebenarnya untuk dipakai di dalam ambulan, bukannya untuk penggunaan di hospital. Oleh itu, pihak Department of Health and Social Care (DHSC) telah menjadikan ventilator model Shangrila 510 itu sebagai simpanan sahaja dan tidak dipakai di mana-mana hospital.

Demikian dua kisah yang berlaku di dua negara maju dan terkenal dengan teknologi pengurusan sosial dan memiliki keupayaan sistem perubatan terbaik di dunia. Namun di sebalik penularan Wabak COVID-19 telah berlaku kekalutan dan ketidaktentuan. Akhirnya, China di dunia Asia Timur telah menjadi rujukan meskipun mereka dalam keraguan.

Kita menoleh kepada perkembangan Wabak COVID-19 di rantau Asia Tenggara, hari ini berlaku peningkatan memuncak bagi lima negara teratas.








Indonesia sudah mencecah 10 ribu kes dan sedang mengikuti Singapura yang sudah mencecah 17 ribu kes Wabak COVID-19. Filipina pula sudah mencecah 9 ribu dan Malaysia dengan angka lebih 6 ribu kes sudah tentu membimbangkan. Namun begitu, Malaysia adalah mencapai prestasi pengawalan dan perawatan terbaik dibandingkan dengan Singapura, Indonesia dan Filipina. Melainkan Thailand yang dilihat paling baik prestasi merawatpulih pesakit COVID-19. Malaysia dengan prestasi pulihpesakit tahap 70.05% di belakang Thailand yang mencapai tahap 92.11%. Setakat ini, Singapura masih menunjukkan prestasi pesakit pulih agak rendah (7.23%), iaitu lebih rendah berbanding Indonesia (15.36%) dan Filipina (12.59%).

Perkembangan Wabak COVID-19 di Malaysia pula, setakat yang direkodkan ini bermula PKPt3 (15 April-28 April) dan kini memasuki hari keempat PKPt4, prestasi pengawalan dan perawatan sudah mulai menunjukkan kelok mendatar. Paling penting ialah kumulatif pesakit yang berjaya dipulih sudah melebihi 1,600 orang dan kumulatif kes positif bertambah dengan jumlah yang lebih rendah, sekitar 1,100. Sedangkan kes kematian hanyalah 1.67% daripada keseluruhan kes. Jika dibandingkan kes kematian ini dengan Amerika Syarikat (5.81%) dan Britain (15.50%), Malaysia berupaya mendahului daripada segi komitmen dan prasarana yang mengawal wabak dan merawat pesakit COVID-19.

Kekuatan Negara kita ialah nilai kepatuhan dan kesediaan warganya mempraktikkan norma-norma baharu sebagai sebahagian daripada kehidupan sosial dan ekonominya. Ia diyakini bahawa Negara kita mampu meskipun sedang dikawal oleh PKP untuk mengekang dan memutuskan rantaian Wabak COVID-19. Keyakinan ini penting dipasak ke dalam semua lapisan masyarakat agar kita semua memiliki disiplin dan kepatuhan yang tinggi memandangkan situasi terkini yang masih mencabar dan memungkinkan penularan Wabak COVID-19 ke tahap gelombang ketiga.

Hal ini ada kaitannya dengan pola pertambahan kes baharu walaupun mulai mendatar, namun di sana masih terdapat 13,375 kes (individu) sedang dalam pengawasan di 237 pusat kuarantin di seluruh negara,

Justeru langkah untuk menutup pintu sempadan, mengawal jangkitan kepada generasi baharu dan menyekat kontak sosial dalam kalangan PATI atau sesiapa sahaja kumpulan berisiko adalah tanggungjawab berat pihak berkuasa hari ini. Ia akan berjaya hanya dengan kerjasama semua pihak terutama masyarakat awam untuk tidak mendedah diri kepada risiko jangkitan Wabak COVID-19.

Kita sebagai warga negara tetap mengimpikan kesejahteraan hidup bersama. Maka kita adalah kita untuk sama-sama berjaga-jaga. Paling penting kita sentiasa berdoa agar di sebalik kelebiham ibadat Ramadhan ini, Allah mengurniakan kemudahan dan melimpahkan kerahmatan-Nya, membebaskan Negara kita dari Wabak COVID-19. Ins sya Allah.
Wassalam.



         

  

No comments:

Post a Comment