05 May, 2020

COVID-19: Malaysia-Kes baharu menurun, Asia menaik lagi


Alhamdulillah, kes baharu Wabak COVID-19 di Malaysia menurun kembali dengan kelok menjunam. Seminggu pertama tempoh PKPt4 dan hari kedua selepas PKP Bersyarat, jumlah kes baharu hari ini sebanyak paling rendah dengan 30 kes berbanding hari pertama PKPt4 (94 kes) dan paling tinggi pada 3 Mei sebayak 122 kes.
Berdasarkan perkembangan keseluruhan kes Wabak COVID-19 dalam seminggu pertama PKPt4 pula, pada 29 April berjumlah 5,945 dan pada hari ini 5 Mei sebanyak 6,383 kes. Bermakna dalam seminggu ini 438 kes baharu dilaporkan. Berbanding dengan perubahan kes yang sedang dirawat adalah berubah dengan jumlah yang tidak selari, iaitu pada 29 April sebanyak 1,758 kes, tetapi pada 5 Mei menurun kepada 1,710 kes (perbezaan hanya 48 kes. Namun agak singifiken pola menurun untuk jumlah pesakit yang diraeatpulih, daripada 29 April seramai 4,087 orang dan pada hari ini (5 Mei) seramai 4,567 orang. Ini bermakna jumlah yang dirawatpulih bertambah sebnayak 480 orang dalam seminggu.

Justeru itu, bandingan di antara pertambahan kes baharu (438 kes) dengan pertambahan jumlah kes diraewat pulih (480) maka dapat dikatakan ia suatu keupayaan pengawalan dan pemulihan yang baik. Kadarnya satu kes baharu bertambah bersamaan 1.1 pesakit yang dirawatpulih - upaya Malaysia untuk bebas adalah lebih baik.

Hal ini munhgkin berbeza dengan beberapa negara Asia Tenggara yang lain. Misalnya sehingga hari ini (5 Mei), daripada 16 buah negara tertinggi di Asia menular Wabak COVID-19, Malaysia kekal ditangga ke-16, Filipina ke-15 dan Indonesia ke-12.
Sementara itu, Singapura adalah mengalami perkembangan yang berbeza dengan negara dari Asia Tenggara lainnya, apabila mencecah rekod ke-7 tertinggi pada hari ini dengan total cases 19,410. Maka dalam senarai Asia, setakat 10 negara teratas, hanya Singapura berada bersama-sama dengan Turkey yang tertinggi (127,659 kes), diikuti ke-2 Iran (99,970 kes), China (82,881 kes), India (46,476 kes), Arab Saudi (39,251 kes), dan Pakistan (21,501 kes). 
Merujuk kepada ranking tertinggi bagi tujuh negara Asia, pola perubahan bagi tiga kes, total cases, total recovered dan aktive cases - Turkey kekal dengan pertambahan keseluruhan kes tertinggi dari semalam kepada hari ini ialah sebanyak 17,921, diikuti yang kedua tertinggi India sebanyak 3,806 dan ketiga ialah Arab Saudi sebanyak 3,240 kes. Berikutan itu, menyebabkan active cases juga meningkat di Turkey sebanyak 6,012, India 2,563 dan Arab Saudi 1,927 kes. Berdasarkan pola perubahan dan pertambahan kes baharu, maka Singapura dijangka akan mencecah 20 ribu kes pada esoknya jika jumlah pertambahan hari ini sebanyak 632 akan berulang.

Apa yang dapat diperhatikan, di dalam tujuh negara tertinggi ini, negara-negara seperti China, India dan Pakistan boleh dinggap sebagai negara yang penduduknya ramai berada di luar negara di kebanyakan pelusuk dunia, termasuklah di Malaysia. Maka tidak peliklah kebanyakan negara di dunia yang menerima kedatangan pekerja daripada negara ini, didapati angka Wabak COVID-19 agak besar. Termasuklah di Singapura yang mempunyai sumber daya di dalam pelbagai sektor ekonomi adalah bergantung kepada pekerja dan ekspertise dari China, India, Pakistan dan juga Indonesia.

Satu lagi perkembangan yang agak luar biasa berlaku di Arab Saudi yang terletaknya dua kota tanah suci umat Islam. Dengan penduduknya jauh lebih kecil berbanding dengan India, tetapi jumlah Wabak COVID-19 hampir setara dengan India. Oleh sebab itu, ramai umat Islam sekarang ini, tertanya-tanya mungkinkah tiada lagi peluang untuk  menunaikan ibadat Haji dan Umrah pada pertengahan tahun ini. Namun harus diyakini, kesemuanya adalah ketentuannya terletak ada pada Allah SWT. 
إِنَّا كُلَّ شَيْءٍ خَلَقْنَاهُ بِقَدَرٍ
Maksudnya: Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan). (Surah al-Qamar, 49)
Demikian juga kita beriman dan meyakini bahawa apa jua musibah hanyaalah di bawah kekusaan-Nya, sebagaimana maksud hadis yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah RA, sabda Nabi SAW:
وَإِنْ أَصَابَكَ شَىْءٌ فَلاَ تَقُلْ لَوْ أَنِّي فَعَلْتُ كَانَ كَذَا وَكَذَا ‏.‏ وَلَكِنْ قُلْ قَدَرُ اللَّهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ
Maksudnya: Sekiranya kamu ditimpa sesuatu musibah, janganlah kamu mengatakan “kalaulah aku melakukan itu dan ini”. Akan tetapi katakanlah “takdir (ketentuan) Allah, dan apa yang dikehendakinya pasti akan terjadi. (Hadis riwayat sahih Muslim, 2664)
Bersamalah kita menjaga kita demi mengekang Wabak COVID-19 dengan istiqamah berdoa dan berusaha mematuhi segala arahan pihak berkuasa. Marilah kita kekal hidup dengan penuh disiplin diri.
Wassalam.


     



    

No comments:

Post a Comment