13 April, 2020

COVID-19: Pola Positif Menurun

Perkembangan Wabak COVID-19 di Malaysia dalam tempoh empat hari terakhir ini (10-13 April 2020) menunjukkan petanda pola menurun, terutama dalam kes positif yang baharu (keseluruhan kes).

Pada 10 April jumlah kumulatif kes positif ialah 4,346 kes, kemudian bertambah kepada 4,530 kes, iaitu bertambah 184 kes. Dalam tiga hari berikutnya, walaupun kumulatif kes positif dilihat bertambah dari hari ke hari, namun polanya pertambahannya mula menurun dari 4,530 (11 April) kepada 4,683 (12 April) dengan jumlah pertambahan 153 kes, iaitu berkurang 31 kes, berbanding dalam tempoh sebelumnya, 10-11 April (dari 4,346 kepada 4,539 kes) yang bertambah 66 kes. Seterusnya pola menurun lagi pada tempoh 12-13 April dengan pertambahan sebanyak 134 kes positif yang baharu, iaitu berkurang 19 kes berbanding tempoh 11-12 April. 

Sementara jumlah bagi kes yang sedang dirawat juga mulai berkurang berikutan bertambahnya jumlah pesakit COVID-19 yang pulih. Pada 10 April, jumlah dirawat sebanyak 2,446, bertambah kepada 2,462 (11 April), bertambah lagi kepada 2,499 (12 April), tetapi berkurang sebanyak 35 orang, iaitu 2,464 pada 13 April. 

Begitu pula, jumlah kematian hanya satu sahaja pada 13 April, berbanding sebelumnya (11 April dan 12 April) masing-masingnya tiga kematian. Ia membuktikan Malaysia merekodkan jumlah kematian terkumpul semenjak awal kes Wabak COVID-19 ini ialah 77 orang atau hanya 1.6% daripada keseluruhan jumlah kes mangsa positif jangkitan COVID-19. Hal ini, membuktikan Malaysia mengamalkan sistem kesihatan yang mampu menangani isu-isu perawatan, seperti berjaya mengesan dan merawat pesakit Wabak COVID-19 ketika pesakit mengalami simpton awal. Di samping kesedaran masyarakat sendiri yang bersedia menjalani saringan dan kuarantin, terutama individu yang terkait dengan kluster pembawa virus COVID-19. 


Sekadar ingatan semula, semalam telah dinukilkan bahawa Malaysia adalah di antara enam negara di dunia yang mendapat pengiktirafan International Living sebagai negara mengamalkan Penjagaan Kesihatan Terbaik di Dunia dalam Indeks Persaraan Global Tahunan 2019, dengan skor 95 per 100. Pengktirafan ini mengatasi Peranchis dengan skor 93, Thailand skor 92, Ecuador skor 89, diikuti oleh Costa Rica dan Mexico.


Walau bagaimanapun di dalam perkembangan pengekangan Wabak COVID-19 ini, Malaysia adalah di antara di dunia yang membuktikan keupayaan dan kesungguhan tinggi dari segi inisiatif. Di antaranya langkah kuat kuasa PKP, aktiviti nyah kuman atau sanitasi dan paling utama pasukan perubatan yang disokong oleh tindakan pantas makmal pengesanan penyakit serta pengurusan frontliners, termasuklah pusat-pusat kuarantin kluster yang positif dari dalam negeri dan kluster yang baru balik dari luar negara.


Justeru itu, di peringkat global kita masih digeruni dengan penularan Wabak COVID-19 yang membesar di negara-negara termaju di dunia. Amerika Syarikat masih mencatatkan rekod terburuk saiz jangkitan, diikuti dengan Sepanyol, Italy, Perachis, Germany, Britain dan China.   



Berdasar data-data ini, keenam-enam negara ini masih mengalami penularan ratusan atau puluhan ribu dalam tempoh dua hari terakhir (12-13 April), kecuali Britain dan China.

Bagi negara Britain, pada 12 April menduduki ranking ke-7 dengan jumlahnya lebih kecil berbanding China (ranking ke-6), namun pada hari ini (13 April), jumlah jangkitan COVID-19 bertambah hampir 10 ribu dan telah mengatasi China. 

Apakah, persoalan besar yang menyebabkan negara-negara maju ini dilihat amat sukar dalam inisiatif pengekangan Wabak COVID-19 kali ini? Berkemungkinan, negara-negara tersebut tersangat alpa (kecuali China) dalam mengambil langkah awal bagi mendorong pesakit ke hospital semasa mengalami simpton ringan. Di samping, rekod yang pasti majoriti populasi mereka yang mengalami simpton jangkitan COVID-19 adalah warga negara yang berumur dan mengalami daya tahan rendah. Oleh itu, keadaan Wabak COVID-19 di negara-negara sana agak berisiko kepada penularan secara massa.

Kita bersyukur dengan langkah dan pendekatan Kerajaan Malaysia dalam mengekang Wabak COVID-19. Di sana terdapat nilai kesungguhan dan komitmen tinggi meredakan kegerunan masyarakat apabila perkembangan perubatan dan informasi terkini kes-kes penularan telah diuruskan secara berpusat melalui jawatankuasa khas berkaitan Wabak COVID-19di bawah MKN dan KKM. ia disokong lagi dengan pengumuman pakej-pakej rangsangan ekonomi bagi meredakan psikologi masyarakat yang terjejas akibat PKP dan penularan Wabak COVID-19. 


Sesungguhnya kita berusaha, maka urusan Allah jua yang akan menyempurnakan apa yang kita usahakan. Doa kita agar Wabak COVID-19 dapat diputuskan rantaiannya dalam tempoh menjelang 28 April nanti, ins sya Allah.



     
     Wassalam.

No comments:

Post a Comment