26 April, 2020

COVID-19: Interregion - Global, Asia & Asia Tenggara Bertambah Kes




Perkembangan inter-region pada hari ini 26 April turut menyaksikan pertambahan kes Wabak COVID-19. 

Melihat kepada perbandingan dari dua hari lepas (24 April) dan hari ini (26 April), didapati peringkat Global bertambah sebanyak 190,266 kes, Asia 26,009 kes dan Asia Tenggara 2,771. Namun, bagi kes-kes baharu peringkat Global telah berkurang -5,994 kes, Asia bertambah 621 dan Asia Tenggara berkurang -110 kes. 

Pertambahan kes baharu bagi rantau Asia ada kaitannya dengan pertambahan yang agak besar di Negara Saudi Arabia (+1,223 kes) dan Iran (+1,153 kes). Bagi negara lain di Asia sudah menampakkan pertambahan kurang daripada seribu. Misalnya di Singapura hanya 931 dan Qatar 929 kes baharu. Sementara berkurangnya kes baharu di Asia Tenggara selain Singapura, Indonesia (+275) menunjukkan pengurangan kes baharu dan di Malaysia pula juga bertambah kes baharu tetapi dengan jumlah yang lebih rendah berbanding semalam +51 kes (hari ini hanya +38).



Perkembangan  di Malaysia hari ini semakin menampakkan keyakinan bahawa usaha mengekang dan memutuskan rantaian Wabak COVID-19 akan berjaya menjelang tempoh PKPt4 (29 April hingga 12 Mei) nanti. Hari ini juga, Negara kita bergembira walaupun masih bimbang dengan laporan kosong kematian, kes baharu semakin berkurang berbanding semalam, jumlah sedang dirawat juga semakin berkurang dan jumlah yang dirawatpulih meningkat kepada 66.82% berbanding semalam 65.62% (bertambah baik 1.2%). Bersyukur kita kehadrat Allah SWT di atas perkembangan yang semakin baik.

Walaupun demikian, kerjasama dan komitmen semua lapisan masyarakat amatlah diharapkan bagi memastikan aturan PKP cegah Wabak COVID-19 yang masih berbaki 16 hari lagi mencapai kejayaan. Oleh itu, sama-samalah kita mengambil perhatian serius di atas panduan dan SOP yang telah dikeluarkan oleh pihak Kerajaan (menerusi MKN dan KKM). 

Sehubungan itu, kita mendoakan agar semua pihak, terutamanya pihak fronliners dapat berkhidmat dengan cemerlang bagi mengawal sempadan daripada kes import, mengawal dan merawat pesakit positif agar terkawal daripada menjangkiti generasi baru, memantapkan sistem kesihatan (makmal dan wad serta pasukan perubatan), khidmat terbaik bagi melindungi golongan berisiko tinggi, kerjasama baik masyarakat dengan norma-norma baharu (kebiasaan yang baharu) aspek sosial untuk tiada perhimpunan awam, penjarakan sosial dan sentiasa menjaga kebersihan/kerap basuh tangan serta berta'awun ke arah mempertingkatkan langkah pencegahan dalam komuniti agar tiada jangkitan atau penularan baharu. 



Bersama-samalah kita berdoa agar Allah melindugi kita daripada segala wabak penyakit, khususnya Wabak COVID-19 ini. Ins sya Allah.

  WalLahu'alam.


No comments:

Post a Comment