30 April, 2020

COVID-19: Dunia Menyaksikan Kes Baharu Menurun


Alhamdulillah, di peringkat GOBAL (dunia) menyaksikan kes baharu (new cases) Wabak COVID-19 telah menurun. Ia turut menyaksikan di peringkat ASIA TENGGARA juga menurun. 

Perkembangan semalam dan hari ini (29-30 April), peringkat Global jumlah keseluruhan kes bertambah daripada  3,170,474 kepada 3,246,229 (+75,755) kes dan bagi kes baharu telah menurun daripada 33,966 kepada 28,046 (-5,920) kes. 

Sementara peringkat Asia Tenggara, jumlah keseluruhan kes bertambah daripada  43,216 kepada 44,430 (+1,216) kes dan bagi kes baharu menurun sedikit daripada 1,307 kepada 1,215 (-92) kes. 

Namun berbeza di peringkat ASIA yang menyaksikan pertambahan bagi keseluruhan kes (daripada 501,834 kepada 515,383 bertambah 13,549 kes) dan juga kes baharu (daripada 7,060 kepada  8,055 bertambah 995 kes)

Walaupun begitu, penurunan telah berlaku bagi kes kematian di ketiga-tiga region, iaitu masing-masing menurun - peringkat Global -1,302, Asia -12, dan Asia Tenggara -20.

Suatu bacaan yang baik bagi Dunia dan Asia Tenggara apabila berlaku penurunan bagi kes-kes baharu Wabak COVID-19 dan penurunan bagi jumlah kematian.

Dalam konteks antara negara di Asia Tenggara pula, bagi lima negara yang teratas, Malaysia dan Thailand menunjukan prestasi pemulihan yang lebih baik berbanding Singapura, Indonesia dan Filipina. Ini berdasarkan penurunan bagi kes baharu (new cases), pertambahan pesakit yang dirawatpulih (total recovered) dan menurunnya jumlah yang dirawat (active cases). Malaysia mencatatkan penurunan kes baharu (-37) dan jumlah yang dirawat (-29). Begitu juga Thailand mencatatkan penurunan kes baharu (-2) dan jumlah yang dirawat (-12).  

Sehingga hari ini, Singapura masih unggul sebagai negara terbanyak kes Wabak COVID-19 dengan keseluruhan kes ada hari ini berjumlah (16,169), diikuti Indonesia (10,118), Filipina (8,488), Malaysia (6,002) dan Thailand (2,954). Tiga negara teratas ini adalah penyumbang utama kepada pertambahan jumlah keseluruhan kes dan jumlah yang sedang dirawat peringkat Asia Tenggara.        
  


















Perkembangan dalam Negara pula, hari ini menunjukkan kes baharu menurun (-37), keseluruhan kes bertambah (+57), sedang dirawat berkurang (-29), pulih/discaj bertambah (+84) dan kematian bertambah (+2). 

Kumulatif kes pesakit yang sedang dirawat dan pesakit yang pulih/discaj menunjukkan perkembangan semakin baik. Berbanding permulaan PKPt3 (15 April) menunjukkan jumlah sedang dirawat berjumlah 2,342 pesakit dan pada PKPt4 (30 April) jumlah kumulatifnya telah menurun kepada 1,729 pesakit. Sementara jumlah pesakit yang  pulih/discaj pada 15 April ialah 2,647 orang dan pada hari ini (30 April) jumlah kumulatifnya telah bertambah kepada 4,171 orang.


Kita yakin, perkembangan yang lebih baik boleh dicapai dari segi kumulatif pesakit yang pulih memandangkan beberapa langkah mengawal jangkitan telah ditingkatkan seperti menambah peralatan  rawatan dan keupayaan makmal serta langkah kuatkuasa PKPt4. 


Begitu juga komitmen orang awam bagi mengekang dan memutus rantaian Wabak COVID-19 amat relevan di dalam memastikan gaya hidup sihat terus dipraktikkan dengan kebiasaan baharu (newe norms) - patuh dengan duduk di rumah, mengutamakan penjarakan sosial di tempat awam, sentiasa menjaga kebersihan diri, had masa berurusan dan berurusan secara maya serta menggunakan khidmat atas talian bagi memenuhi keperluan seharian. 

Ins sya Allah, bersempena bulan Ramadhan ini kita umat Islam lebih mengutamakan ibadat sepanjang hari di rumah dengan menyempurnakan solat fardhu termasuk solat terawih dan membanyakkan doa serta zikir bagi mendapatkan belas kasih Allah SWT. Semoga Wabak COVID-19 yang menular sedia diangkat oleh Allah SWT jua. 


Wassalam.


No comments:

Post a Comment